Friday, October 31, 2008

FADHILAT SURAH YAASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: 'Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan' , iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, 'Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya'.

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: 'Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya.

BEKALAN DI HARI AKHIRAT

SEDEKAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.

2. Ajarkan seseorang sebuah do'a . Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.

3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.

4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.

5. Tempatkan pendingin air di tempat awam .

6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.

7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid .

8. Edarkan CD Quran atau Do'a.

9. Bantulah pendidikan seorang anak .

10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain . Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.

TANDA-TANDA MATI

Semua orang tidak akan tahu bila dia akan mati. Walaubagaimana pun tanda-tandanya akan dapat dirasai oleh sesetengah orang. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang di kehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak. Saling berpesan2lah sesama kita.....

Wassalam.

Thursday, October 30, 2008

SALE...SALE...SALE...

Semalam maktok keluar dengan kawan dia... katanya kawan dia ajak gi Telekom nak bayar bil... so maktok pun ikut bayar bil juga... pastu sampai tengahari tak balik2... Dekat pukul 3.00pm baru balik siap bawak beg plastik JUSCO lagi...haaa...tentu semua dah boleh agak Maktok gi mana kan...kan....kan...rupa2nyer lepas pergi Telekom diorang pergi Jusco Permas Jaya ada sale gitu.... tengoklah apa dia beli ni.... sampai dua bijik gitu....



Nengok nih...kulit boya lagi.....



Handbag lama maktok mesti le dapat kat saya... hee. heee...

Wednesday, October 29, 2008

DUIT RAYA

Memandangkan bulan Syawal sudah hampir melabuhkan tirainya... rasa2nya dah takde lagi le sesiapa yang nak menghulurkan duit raya lagi... so rasa2nya dah boleh tutup akaun duit rayalah untuk tahun nih... Pagi tadi budak2 pun mengiralah duit raya mereka campur dengan duit belanja sekolah yang diorang simpan setiap hari.... Lepas kira kitorang pun pegi le ke Lembaga Tabung Haji cawangan Larkin Perdana untuk mendepositkan duit mereka...

Gumbira sungguh anak2ku...pastu diorang gaduh le sesama sendiri kerana mempertikaikan kenapa duit diorang tak sama banyak..ada yang lebih..ada yang sikit...ate..nak buat cane...
pening kepala teman dibuatnye....

Sebelum pegi Tabung Haji sebenornye kami singgah dulu ke klinik...sebab semuanya sedang batuk dan selsema....Yeop Aniq tu lagi teruk...siap dengan lelah sekali... sampai pening kepala doktor sebab sekali masuk bilik dia sampai lima orang sekali gus...

So lepas periksa doktor, dapat le sorang satu beg plastik ubat

Balik rumah apa lagi .... terus le diorang makan ubat .....
TOKSIRA44 tau tak camana nak guna daun pokok kapur barus tu untuk buat ubat batuk? Rasa2nya macam ada pokoknya kat rumah Megah Ria tu.




Monday, October 27, 2008

THE OTHER SIDE OF MY OTHER HALF

Actually ahhh.....he was a scientist you know...Syed Muzaffar punya senior...dulu pernah gi bulan but sekarang ahhh...retired already... coz sekarang kalau gi bulan dia manyak susah mau float you know...other astraunaut float tapi dia tak float float pun...


Tapi lu jangan kasi dia marah ohh... kalau dia marah ha...manyak susah ooo....dulu dia manyak garang punya olang.... nak kata along bukan along tapi olang putih panggil itu pirate lah....
fuyohh manyak takut.. tapi lu dont worry.... sekalang sudah taubat lah dia... sekalang manyak baik...


Dulu dia join the dark side tapi sekarang dia sudah join the other side lah... sudah jadi baik...

Sunday, October 26, 2008

KOLEKSI SAYA

Kalau orang lain ada koleksi mangkuk kristal, barang2 kemas, koleksi painting, koleksi barang2 silverware dll, saya pulak cuma ada koleksi pemadam yang saya collect sejak dari zaman persekolahan iaitu seawal umur 7 tahun lagi... Maka, nilah koleksi saya kalau nak tengok... taklah banyak... orang lain punya lagi banyak sampai penuh satu bilik dengan drawers yang penuh dengan erasers yang bermacam-macam bentuk...geram tengoknya... saya punya cuma dalam satu kotak penuh je.. tapi takpe...ni just untuk seronok2 je...



Ni erasers dengan Disney characters.

Ni erasers bentuk pensel, crayon dan pen.

Ni pulak dalam bentuk cartoon characters.

Ni erasers dalam bentuk animals.... ada koala bear, pepatung, rabbit, whale, butterflies, etc.

Erasers bentuk Hello kitty characters.

Erasers dalam casing.


Erasers bentuk buah dan sayur.



Duit matawang Malaysia


Bentuk botol air dan susu

berus gigi, mentol lampu, jam, kompas, buku etc.
Baju, kasut dan beg tangan...

chocolate bar, ice-cream, gula-gula, lollypops...

kitchen utensils

slipper jepun

radio and cassette player, record

Friday, October 24, 2008

JANGAN, JANGAN DAN JANGAN

Ni ada satu lagi e-mel yang saya terima yang dapat memberi peringatan pada kita....sesamalah kita ingat mengingati ......


JANGAN sengaja lewatkan solat kerana Allah tidak suka akan perbuatan ini.

JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai selipar kerana ditakuti kalau-kalau terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya dan kecewa apabila gagal.

JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

TUJUH KALIMAH ALLAH

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah tersebut perkataan yang tidak patut.
4.. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang
siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Mudah-mudahan dapat diamalkan sentiasa...

DOA SEMASA MENGAMBIL WUDUK.

Hari ni hari Jumaat....teringat saya pada sabda Rasullullah s.a.w "Sampaikanlah ajaran ku walau sepotong ayat". Jadi saya nak lah memanjangkan ilmu2 yang saya dapat dari e-mail2 yang saya terima dulu2 tu...Semuga mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada orang lain hendaknya...InsyaAllah...

BACAAN ATAU DOA YANG BOLEH DIBACA SEMASA MENGAMBIL WUDUK.

1. Ketika berkumur,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan ,
berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Mahsyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Semoga sama-sama kita dapat mengamalkannya...InsyaAllah.

Thursday, October 23, 2008

BALIK KAMPUNG PART2 - PULAU PINANG

Sehari sebelum Hari Raya, kami bertolaklah ke P.Pinang. Hari ni last day berpuasa...kami berkonvoi sebanyak 3 buah kereta termasuklah kereta Piee dan Epol (mereka ni adik ipar saya). Maka ni le antara pemandangan yang dapat dilihat sepanjang perjalanan kami ke P.Pinang. Oleh kerana Negeri Perak ni terdapat Banjaran Titiwangsa yang merentasinya (masuk sikit ilmu Geografi jap), maka negerinya memang berbukit bukau lah.



Ini le pemandangan Gua Tempurung. Kalau nak masuk gua ni memang boleh tapi mesti ada orang yang dah berpengalaman untuk bawak kita.

Bukit lagi.......

Kalau dah ada bukit mestilah lalu terowong pulak..

Kami decide nak naik feri untuk pergi ke Pulau Pinang. Sebelum sampai ke tempat feri tu kami lalu jambatan ni...confuse gak kejap...ingatkan ni jambatan P.Pinang..rupanya bukan. Bentuk dia macam seakan-akan Jambatan P.Pinang.


Sebelum sampai Penang, hujan pun mula turun. Sebelum tu amaran banjir telah dikeluarkan di Penang. Risau juga kalau pergi beraya di Penang tiba-tiba kena banjir plak...tapi alhamdulillah...tempat kami tuju tu tak naik air...


Ni dah nak masuk ke tempat feri tu le. Kereta biru depan sekali tu kereta Epol, then kereta hijau belakang dia kereta Piee..
Kereta kena beratur dulu sebelum masuk naik feri.

Dari kiri belakang : Hilmi, Aniq and Anis. Depan : Nurul and Syahmi

Pemandangan dari atas feri. Nampak tu..... Jambatan Pulau Pinang

Ni bangunan apa ni? Bangunan Komtar ke? Kena tanya orang Penang le...

Feri-ferinya dinamakan dengan nama pulau2 kat Malaysia contohnya Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Kapas dll.


Nurul dan Syahmi ni kemana pergi berdua je...masa ni kat balkoni bilik yang kita sewa tu. Belakang tu Batu Feringghi Beach. Tak tau le tempat ni dulu kena Tsunami ke tak...

Pagi raya tak pergi mana-mana...budak-budak pergi mandi kolam kat bawah. Saya sempat jugak pergi beraya rumah member En. Kayu Rule @ En Keyrol (dia tak bagi kitorang mention nama dia dlm blog, so pakai nama samaran je le) kat Balik Pulau. Cuma Nurin sorang je ikut sbb yang lain tak nak ikut. Jalan ke Balik Pulau ni seghope macam jalan nak ke Genting Highlands. Banyak corner sana-sini. Nurin memang suka banget jalan cam ni...macam biasalah dia menghadiahkan saya semburan minyak wanginya yang spesel tuh...masa tu terlupa lak nak bawak beg plastik.... so... tadah pakai tangan je le...

Raya Kedua kami check-out dan terus pergi lunch...Kami pergi makan Nasi Kandar kat "LINE CLEAR"... famous weh tempat nih... ramai betul orang...lambat sikit takde tempat duduk... tapi... kalau dah pekena dia punya KARI SPESEL....perghhh.... jamban kat sebelah pun tak perasan...
Lepas makan gi jalan2 jap kat CHOW RASTA market...tapi tak beli apa pun...Hilmi je beli komik Naruto kat kedai buku 2nd hand. Pastu, kami balik Kampar. Masa balik tak naik feri tapi lalu Penang Bridge..


" THE END"