Sunday, May 30, 2010

KARANGAN BAHASA MELAYU

Pada suatu malam yang indah, Hilmi nampaknya masih lagi terkial-kial untuk menyiapkan kerja rumahnya iaitu karangan Bahasa Melayu. Memang lazimnya Hilmi akan menyiapkan homeworknya hanya pada hari Ahad malam Isnin iaitu hari yang esoknya akan bermula hari persekolahan... maka oleh kerana Hilmi sedikit lemah dalam subjek ini maka dia pun meminta pertolongan saya (yang memang lemah bab2 membuat karangan ini) untuk membantunya.... adoihh... leceh... memang saya tak gemar buat karangan nih sejak dari tadika lagi... tapi memandangkan dah tugas saya yang kena tolong dia (sapa lagi nak tolong... ) maka saya pun cubalah pahamkan soalannya...

Tajuk karangan sangat simple iaitu 'Buah-buahan Tempatan'. Masa tu Hilmi telah cuba membuat introductionnya tapi lepas tu dia buntu untuk meneruskan karangannya... bila saya baca je intro dia saya pun 'terkesima'... (perkataan 'terkesima' tu sampai sekarang saya tak tau apa maksud dia tapi banyak sekali digunakan dalam cerpen2 melayu, kes malas nak rujuk Kamus Dewan Bahasa yang sangat berat itu)... dipersilakanlah baca karangannya itu di bawah ini....

Kalau tak dapat baca tulisan dia yang cantik dan kemas itu, biorlah saya taipkan balik :

Buah-buahan Tempatan.

Buah-buahan tempatan adalah buah yang ditanam di Negara Malaysia dan Mungkin telah ditanam di negara lain.

Buah yang saya hendak cerita adalah buah pisang. Cara untuk menanam pokok pisang adalah menanam bijinya di tanah. Warna buah pisang adalah warna kuning dan isinya berwana....

??????????????? hmmmmm......

Memang saya tau yang sesetengah pisang memang ada biji hitam yang besar2 tu yang kadang2 memang irritating sikit bila tergigit sebab rasa dia pahit. Tapi buleh tanam ke biji2 tu? ... Anak2 pokok pisang tu tumbuh dari apa ek?... bila dah tebang pokok pisang tu pun dia still keluarkan anak even though kita dah amek pisangnya kan... so.... buleh ke kita tanam biji dia tu??? Buleh kot... Sapa penah try????

Thursday, May 27, 2010

FOREST....GUMP...

Tengoklah keadaan laman rumah kami yang ditinggalkan itu penuh dengan semak samun.... macam hutan belantara....
The forest....

Rumputnya tinggi2 belaka.... maka kami mengambil keputusan untuk membuat kerja2 'deforestation'

Salah seorang pekerja 'deforestation'...

Pekerja sedang tekun membuat kerja2 'deforestation'....

Dah macam menuai padi pun ada....

After the 'deforestation' work.... waaahh... sudah clear...

Barulah nampak pokok-pokok bunga yang kami tanam tu...

Pokok limau purut yang banyak berbuah...

Barulah boleh bernafas pokok2 bunga yang lain....

Wednesday, May 26, 2010

DAM-DAM-DUM BUNYI MERCUN

Pada suatu malam, sedang kami duduk-duduk sambil menonton TV, tiba2 kedengaran bunyi berdentam-berdentum.... dah agak dah ni mesti bunyi mercun punya.... tapi dari arah mana dan apa occasion nya.... pastu baru teringat yang pada malam tu adalah malam pembukaan acara sukan MSSM (acara padang dan balapan) kat stadium Larkin.... so kami berlari le keluar rumah nak nengok acara bunga api ni... wah.... lama sungguh.... cantik pulak tu... sure besor budgetnya... takpe lah sekali sekala bagi budak2 sekolah suka kan... sure seronok peserta2 sukan tu...

Macam2 bentuk dan kaler....

Masa ni Hilmi dah tertidur... so dia miss this firework display...
Nurin pulak sibuk nengok TV... dia tak layan pun bila orang ajak dia nengok bunga api.....

Cuma saya, Aniq dan Nurul je yang keluar rumah nengok the firework display.... Baba sibuk bertenet (berinternet)...


Tak payah pegi stadium pun... dari rumah Maktok pun dah nampak jelas.... sbb dekat je dengan stadium tu...

Nurul tak berapa teruja tengok sebab dia takut bunyi2 mercun tu kuat sangat... so dia tengok sekejap je pastu dia masuk dalam balik...

bentuk macam cacing kerawit pun ada....

Bentuk obor-obor tuuu... agaknya... obor-obor upside-down...

Sebenornya saya yang tak gheti amek gambor.... tu yang jadik bentuk pelik2 tu... apa taknya... kita baru nak focus, bentuk formation bunga api tu dah pecah2 dah ... tak sempat nak snap...

Ni last sekali.... dia keluar jadi berterabur macam ni... fuh.. kelllaaas mak...
Itulah saja pertunjukan bunga api untuk hari ini... sekian...

Saturday, May 8, 2010

BUDAK KEMARUK DESIGN STADIUM

Tak habis2... ni le keghoje dia... asek buat design stadium idaman dia... pukul 12 malam pun still menggodeh benda nih.... kalau kita tak sedar entah pukul berapa lah dia tidur... nasib baik terperasan lampu bilik still 'on'... nengok2 dia dok buat benda nih... kena marah suruh tidur baru dia stop...


Konon ceritanya mula2 dia nak buat bentuk bulat tapi susah, then dia try bentuk lonjong pun tak menjadi jugak... last2 dia try bentuk rectangle with curved corners... sikit punya lama nak siapkan...


ni pun tak siap lagi nih...
kalau kita tak marah suruh tidur memang dia tak tidur nak menyiapkan benda ni...

Hai.... Aniq...Aniq... kalau dah obsessesd dgn bola tu memang habis-habisan.....

Saturday, May 1, 2010

GENG BAHASA ARAB

Anak2 teman ini kalau ujian atau peksa subjek Bahasa Arab mesti dapat dakwat merah punyer.... kalau sekali-sekala dapat dakwat biru pun cukup2 makan, paras hidung je... kalau diorang mintak tolong buat homework Bahasa Arab, teman siang2 surrender ler sebab memang tak gheti nak nolongnye... yang herannya Aniq yang dah belajar Bahasa Arab kat sekolah selama 6 tahun (dari drjh 1 sampai drjh 6 sekolah agama) pun tak master2 lagi Bahasa Arab ni ... Hilmi lagi le... dah 4 tahun belajar satu habuk pun dia tak paham.... bila buat homework dia suruh teman ajarkan... manalah teman gheti.... teman kalau cakap bahasa Arab P.Ramlee style teman tau le... papaya = fayaafa, petola = falaato, ana tok-tok la... ana tok-tok laa...

Oleh sebab itulah mula dari tahun 2010 ni teman berazam untuk belajar bahasa arab supaya teman buleh tolong anak2 teman dalam subjek bahasa arab ni... so teman pun daftarkanlah diri sendiri dan anak teman si Aniq tu untuk mengikuti kelas bahasa arab yang diadakan setiap hari Jumaat malam Sabtu lepas Maghrib di UDA... so every Jumaat lepas Maghrib kami dua beranak akan rushing ke kelas bahasa arab tu. Ustaz yang ngajor tu namanya Ustaz Mohammad , muda lagi orangnya baru 24 tahun tapi dah banyak pengalaman mengajor...

Inilah ghuper kelasnya yang selesa lagi berhawa dingin...

Ini kelas Aniq dan geng bahasa arabnya.

Ini pula kelas dewasa. Mereka2 itu adalah geng bahasa arab teman... teka lah yang mana satu teman...
Semua gambar2 ni teman cilok dari website ustaz.... mintak halal ye ustaz... teman nak bawak camera sendiri tapi segan pulak nak amek gambor... mengikut kata ustaz belajar Bahasa Arab itu hukumnya wajib... supaya kita buleh faham bacaan Al-Quran... itulah yang priority nya...
lepas ni teman kena makan kismis banyak2 supaya senang ingat... al-maklum le dah tua2 ni kureng sikit daya ingatan teman ni... hehehe...

PRAKTIS BOLA SEPAK DI TAMAN MERDEKA

Hujung minggu lepas kami decide tak nak jogging but instead kami pegi practice main bola. jenuh jugak cari padang yang sesuai tapi tak jumpa.... kat kebun bunga istana rasanya tak boleh main bola.. pergi ke padang seri gelam, katanya kena mintak kebenaran bertulis dahulu... last2 kami head ke taman merdeka...



Kat sini pun actually takde tempat yang sesuai untuk main bola tapi at least dia tak tulis kat papan tanda tak boleh main bola kat situ... so coach diorang pun memulakan sessi latihan...


Kat situ ada la space lapang sikit untuk budak2 ni berlari2 .... setakat practice passing2 bola tu buleh lerr....

Aniq in action... lari pun macam ghuper berjalan jer... camana nak main liga ni ...
Budak ni pun nak menendang bola jugak... kalau dia tak dapat bola dia merajuk lerrr....


Abang pun kasi can le... pass bola kat dia... fuh dia tendang kalah abang... ada skill gitu...


Yang bahayanya kat sini kalau bola terbabas terus masuk dalam tasik kat belakang Nurin tu... haritu pun bola yang ditendang oleh Aniq tak berjaya ditahan oleh Hilmi sudah masuk itu tasik... panik kitorang kejap... ingatkan bola tu nak tenggelam ke dasar tasik ke apa... rupanya dia float... nasib baik ada ranting kayu yang panjang kat situ... so kami kait je le bola tu pakai ranting pokok tu.... nasib baik juga berjaya... sessi latihan pun disambung semula... tapi sebelum tu riuh le Aniq dan Hilmi bergaduh menyalahkan masing2 yang menyebabkan bola masuk ke dalam tasik... "Abang Aniq punya pasal lah ni... siapa suruh tendang kuat2".... "Hilmilah punya pasal, siapa suruh tak kejor bola tu???..." it goes on and on and on lah....

Kakak Nurul yang sentiasa ceria....


Kat sini ada jugak orang jogging tapi tak seramai kat istana tu... tapi ramai yang memancing kat tasiknya...


wow... Nurin buat sign apa tu? macam rocker gitu...
Abang Aniq yang cukup bersemangat untuk main bola....

Kat tasik tu banyak sangat bunga teratai ni... geram nengok nyer... besor2 pulak tuh... layan ler gambor2nya...

macam2 pesen ada... pink ada, putih ada, besor ada, kecik pun ada...