Thursday, July 22, 2010

MANGGIS DAN RAMBUTAN

Haritu kami pergi ke kebun kami yang pokok2nya sedang merimbun dengan buah-buahan. Kami pun memetik buah2an tersebut dan membawa balik sebakul penuh dengan buah rambutan dan juga manggis.... malas nak petik banyak2 nanti tak termakan pula. Maka berkata2lah Maktok "hahahaha... nengok... nengok... warga Toksira44 belum sempat masak buah di kebun mereka tetapi buah2 dikebun kita dah masak ranum dulu.... hahahahah...."


Buah2 manggis yang manis2...


Buah2 rambutan pon manisssss....

Yaa... begitulah kisah kami yang telah pergi memetik buah2an di kebun kami yang terletak di "S-mart".... nak petik buah durian pun boleh... berlambak2 durian di situ.... sesiapa yang berminat dijemput pergi ke kebun kami di S-Mart atau Kip-mart atau Todays (kebun kami memang banyak)... sediakan je lah duit manyak2...

Thursday, July 15, 2010

MARI BELAJAR BAHASA NURIN 101

"Huh... tak nak kawen..... tak nak kawen Mama.... tak nak kawen Abang Aniq...", jerit Si Nurin....

Sekiranya anda mendengar Nurin berkata2 demikian, maka janganlah anda berasa gusar, bimbang atau pun susah hati... Sebenarnnya apa yang dimaksudkan oleh Nurin ialah bukannya dia tak nak berkahwin.... tetapi setelah dialih bahasa dari Bahasa ibunda Nurin kepada bahasa Melayu ianya bermaksud demikian,
"Huh... tak nak kawan... tak nak kawan Mama.... tak nak kawan Abang Aniq..."..
Sekian sahaja untuk pelajaran Bahasa Nurin 101 untuk kali ini.

Thursday, July 8, 2010

PERLAWANAN BOLA SEPAK ANTARA KELAS

Pihak sekolah Hilmi telah mengambil pendekatan untuk melaksanakan 'Program Seorang Murid Satu Sukan'... jadinya tiap2 orang kena mengambil satu jenis sukan yang mereka minati dan akan menjalani latihan sehari dalam satu minggu... walaupun begitu cikgu memberi peluang murid untuk memilih 2 jenis sukan yang mereka minati untuk latihan setiap minggu (selepas waktu sekolah) ... maka Hilmi memilih latihan bola baling (setiap hari Isnin) dan juga latihan bola sepak (setiap hari Selasa)... hari Rabu pula dikhaskan untuk aktiviti ko-kurikulum.... maka dalam satu minggu hanya hari Khamis dan Jumaat saja yang dia akan pergi ke Sekolah Agama pada sebelah petang...

Hari ini sekolah akan mengadakan Perlawanan bola Sepak antara kelas... Hilmi dikatakan akan menyertainya... (tak boleh bayangkan macamana Hilmi nak main bola)... kita tunggu dan lihatlah saja... dan doa...

Sebagai persiapan, mereka berlatih di padang sekolah pada hari Selasa yang lepas... Hilmi yang memakai jersey biru Chelsea tu dengan penuh konsentrasi menumpukan perhatian kepada latihan pada petang itu...



Tak taulah latihan apa yang mereka buat, tapi nampak gayanya macam duduk-duduk aje...

dan bersantai-santai...

Akhirnya, bila tiba giliran Hilmi untuk membuat latihan tendangan dia pun bangun... tetapi oleh kerana jam sudah pukul 6.00 menunjukkan waktu latihan dah tamat, maka cikgu suruh bersurai tanpa sempat Hilmi membuat tendangan berbisanya itu...
tetapi itu semua tidak memutuskan semangatnya untuk menghadapi perlawanan pada hari ini... dengan penuh semangat dia menyenaraikan keperluan2nya untuk dibawa ke sekolah nanti... antaranya ialah.............

1) Sepatu bola. (Baba baru belikan nih kat Jusco... paling murah sekali... member mintak kasut Adidas atau Nike.... nangeh baba dengor...)

2) setokin bola (baru beli semalam kat Mydin..... paling murah jugak)

3) Pad tulang kering ( ni pun baru beli gak semalam cari kat UDA Ocean Angsana)... Aniq kata ni bukan pad untuk main bola tapi untuk main kriket... udaaaaah... tersalah beli ker? kita nengok dia tulih 'Shin guard' kita pun main amek jer... tapi buleh pakai kan.... hentam sajalah Hilmi... rasanya yang orang dok main kriket punya tu besor lagi kann... yang ni kecik aje...
4) Air Red Bull atau air isotonik... (yang ni dia kata cikgu suruh bawak ... buleh ker budak2 minum air Red Bull????), baba belikan sebotol besor air 100Plus aje ...
5)Pagi ni, semasa lagi 30 saat van pak Ali nak datang amek dia pegi sekolah baru dia cakap, "Oh, ya... lupalah mama... cikgu suruh bawak 4 biji telur setengah masak...".... memang rasa nak cubit2 pipi dia yang tembam tu tau... baru sekarang nak cakap!!! sabar... sabar.... " Err... tak sempatlah nak masak Hilmi.. tak payah bawaklah yea....", saya menjawab... " OK.. Takpe.. tak payah bawak pun takpe..." jawab Hilmi lembut.... tak jadi saya nak marah...