Thursday, August 19, 2010

BERBELOG DIBULAN RAMADHAN

Agak lama juga saya tidak berbelog sejak bulan puasa nih... Agak sibuk dengan rutin harian barangkali... 4.30am masak air, buat air MILO, panaskan makanan untuk sahur... 5.00am kejutkan warga2 seisi rumah yang sedang nyenyak tidur.... tahukah anda bahawa pekerjaan mengejutkan orang itu amatlah berat? kejut2 tak bangun.... kejut2 tak bangun.... naik fedap nak kejut dah... nak biorkan tanpa bersahur takut tak larat bebudak tu nak puasa kang.... sehingga kini saya sudah dapat cara yang berkesan untuk mengejutkan mereka... saya dapati jika saya mengejutkan mereka sambil memanggil nama mereka dengan intonasi suara saya yang normal, iaitu nyaring dan tinggi, ianya tak akan berkesan... akan tetapi sekiranya jika saya menggunakan intonasi suara yang rendah dan dalam, sambil menggaraukan suara saya,mereka akan senang untuk terjaga. Tak tau kenapa ... tapi saya selalu gunakan 'trick' yang begini... dengan menggaraukan suara saya, senang pulak mereka terjaga.... hehehe.... mungkin anda juga boleh mencubanya...

Pada hari pertama Aniq dan Nurul bersahur...

Pada hari pertama Hilmi bersahur sambil matanya terpejam lena....

Selepas seminggu berpuasa Hilmi masih bersahur dengan matanya terpejam lena juga....

Sekiranya tidak dikejutkan, dia akan tetap berada di dalam posisi sebegini sehingga waktu imsak....
Sejam sebelum waktu berbuka orang yang pertama yang akan setia menunggu dimeja makan ialah Nurul.....

Akan tetapi selepas waktu berbuka puasa orang yang terakhir yang masih setia duduk dimeja makan ketika orang lain semua dah bangun dan surrender dengan perut yang kekenyangan ialah Abang Hilminya....


Antara hidangan berbuka kami hari ini.. roti jala... dijala oleh Maktok..

Kek batik sebagai pencuci mulut .... cukuplah sebagai manisan walaupun corak kek batik ku ini tak de rupa macam batik eksklusif gitu...

SELAMAT BERPUASA EVERYBODDY...

Monday, August 9, 2010

MISI KE KEBUN TOKSIRA44

Pada Hari Sabtu yang lalu-lalu (tak ingat minggu bila), misi kami untuk ke Kebun Toksira44 telah dijalankan dengan jayanya... Lumayaaannn... berkilo2 buah duku langsat telah berjaya dikutip dan dibawa balik ke Johor Bahru dan telah diagih2kan oleh Maktok dengan jayanya juga..

Kebun Toksira44. Penuh dengan pokok duku langsat.
Buah durian yang menanti gugur. Pokoknya rendah yang amat. Macam boleh petik je buah tu sebab rendah sangat.... tapi actually ni pokok dalam kebun orang lain... saja geram nengok buah dia... Untuk mengumpul buah2an, pokok perlu dipanjat untuk mendapatkan buah yang cantik. Sekiranya dikait buah2 yang jatuh akan cepat rosak dan 'pecoh' (bahasa ngganu 101 bermaksud 'pecah').
Kerja2 ini hanya boleh dilakukan oleh pemanjat2 pokok yang expert saja... sesapa yang tak expert dinasihatkan melupakan saja niat itu...

Sebelum memanjat pokok anda memerlukan beberapa peralatan penting seperti tali, guni dan juga yang paling penting sekali ialah ' begong'.
Jangan pula salah sangka... 'begong' sebenarnya bukan merupakan salah satu peralatan untuk memotong seperti pisau, sabit atau yang sewaktu dengannya... akan tetapi 'begong' setelah dialih bahasa dari bahasa Ngganu 101 bermaksud penyembur racun serangga atau aerosol yang berjenama ' Baygon'. 'Begong' amat penting untuk menyembur pokok2 yang penuh dengan semut dan kerengga dan kaum keluarga mereka yang lain... ini bagi memastikan ketidak selesaan ketika memanjat pokok tersebut dapat dihindari....


Guni yang telah penuh di isi buah dibawa turun dari pokok..
Satu lagi yang perlu ada semasa masuk ke kebun... kasut but berjenama bagi memastikan anda masuk kebun dengan 'style'... dan juga untuk mengelak dari gigitan pacat.

Bakul ni belum penuh lagi ni....

Buah durian juga ada yang gugur untuk menghabiskan saki baki buah di pokok...

close-up sikit...

'Tokey' kebun...

Maktok busy sokmo... ada je kerja yang dilakukannya...

Hard at work... membersihkan kebun...
Hard at work... mencangkul dan menyediakan batas untuk menanam ubi kayu yang dibawa khas dari Johor....

Hard at work... memproses buah2 durian yang dikutip...

Buah2an dalam guni yang dibawa turun dari pokok di kumpul pula ke dalam bakul...

Rumah pondok di kebun... tempat untuk melepaskan penat dan lelah...

Bilik air bertaraf 5-star... ada berani???
Terdapat sebuah perigi didalamnya...

Cikgu berehat seketika di pondok.

Pasangan petani moden yang berjaya.... jauh bermenung, mengenangkan apa ya ?

Selepas sesi mengumpul buah di kebun berjaya dilakukan kami pun bertolak pulang ke Johor Bahru dan sempat singgah di Restoran Nusantara di Endau untuk membasahi tekak dengan sedikit minuman dan mengalas perut dengan sedikit makanan ...
Budak2 kecit ini perlu dibawa ke tandas dahulu sebelum meneruskan perjalanan... tandasnya pun boleh tahan cantik....
Sekitar kawasan tandas dan surau terdapat sebuah fountain... sebelah belakang tu tandas... sebelah kiri tu surau...


mamat ni order nasi goreng lah ...apa lagi... tapi awas... pembantu kedai yang mengambil order tu ada sikit 'bengkeng' atau 'cengih' kata oghang Perak... tapi 'secengih-cengih' dia pun tetap efficient gitu... hahahahaha... eeee.... takut teman nak order... pulak Aniq mengambil masa yang amat lama untuk decide apa nak order... apa lagi... naik 'ghadang' (meradang) le dia nunggu lama untuk Aniq to decide...

Maktok rehat sebentar.... Maktok rilek je suruh waiter yang cengih tu bungkuskan air yang tak habis... saya dah lari dulu...

Kue-teow goreng.... sikitnya lama nak decide nak makan kue-teow... sampai kena sound dengan waiter cengih tu...

Sampai rumah buah2an di alih ke dalam bakul supaya tidak berpeluh...
Awat la gambaq semua terpusing ni... kat picture file okay je...



Kemudian Maktok membahagi2kan buah2an ke dalam plastik2 yang lebih kecil untuk diagih2kan kepada jiran2, teman2, kawan2 dan sedara-mara....
Buah manggis ni telah dihadiahkan oleh seseorang kepada Hilmi semasa kami berehat di Restoran Nusantara tu. Kata orang tu Hilmi sebijik macam anak dia, siap dengan badan2 dia sekali semuanya seiras dengan anak dia... hehe..

Selain manggis, rambutan ni pun dihadiahkan kepada Hilmi juga...


Ni dari kebun Toksira44....
Ni Tokey kebun beli semasa balik dari Kelantan...

Friday, August 6, 2010

MISI KE SARANG BUAYA

Seperti biasa, kadang2 pada cuti hujung minggu kami akan pergi ke 'Sarang Buaya' di Tanjung Langsat, Pasir Gudang untuk melihat kapal terbang yang lalu disitu untuk mendarat di Changi Airport, Singapore. Dah selalu juga kami pergi ke sini tapi tak pernah masuk pun ke 'Sarang Buaya' tu untuk melihat buaya peliharaan di dalamnya.... antara sebabnya ialah kami memang tak minat sangat dengan haiwan nih dan satu lagi nak masuk kena bayar entrance fee... baik nengok kapal terbang... free gitu...

Ada macam2 jenis kapal terbang yang akan lalu disini.... kalau dalam waktu awal tahun dulu kapal terbang ini akan 'take-off' mengikut laluan ini... akan tetapi bila tiba pertengahan tahun mereka akan tukar haluan dan mengikut laluan ini untuk 'landing' pulak... bila time diorang landing baru sedap amek gambar... sebab dekat sikit....


AIR ASIA - MALAYSIA
QANTAS - AUSTRALIA

GAMBAR KANGAROO KAT EKOR DIA



CHINA AIRLINES - KALAU TAK SILAP LAH....

TIGER
SILK AIR



KAPAL TERBANG CARGO - PROBABLY FROM CHINA


FIREFLY
LALU ATAS KEPALA..

QANTAS LAGI...
KAPAL TERBANG KECIK...


ETIHAD - PALING CANTIK NIH... BERKILAT2 BODY DIA...

TIGER

CATHAY PACIFIC



AIR ASIA

SIA - SINGAPORE AIRLINE - DEKAT NAK LANDING... DAH NAMPAK MENARA CHANGI AIRPORT TU...

SIA - SINGAPORE AIRLINES



GARUDA - INDONESIA

SILK AIR

Sambil kami menunggu kapal terbang datang, budak2 ni main2 di kawasan tu... ramai orang gi memancing kat sini... tapi takyah nunggu lama pun... kalau weekend macam ni memang banyak kapal terbang... berderet2 amek turn nak landing... busy betul waktu petang2 camnih...

"Boring ahh nengok kapal terbang ni... baik main bola lagi best..."

Permainan 'lenyek bola'....

Nurin tidak melepas peluang meneropong kapal terbang yang lalu... teropong 'Bushnell' ehsan dari Pakteh Perak.
Kereta yang banyak2 tu kepunyaan orang2 yang gi mancing kat situ... ada yang siap pasang khemah lagi...

SILK AIR.

JET STAR.





MAS - MALAYSIA AIRLINES

KAPAL TERBANG KECIK... DAH NAK LANDING SANGAT NIH... MENJUNAM SEMACAM JE...

AIR ASIA

AIR ASIA

ANOTHER QANTAS..




SIA

SIA

ADA JUGA KAPAL TERBANG YANG BERLEPAS IKUT LALUAN NI... TAPI DAPAT AMEK GAMBAR BAWAH BADAN DIA JER...


ANA - ALL NIPPON AIRWAYS - JAPAN

ANA

CUBA TEKA KAPAL TERBANG APA NI?

DAPAT TEKA TAK?

JAWAPANNYA BRITISH AIRWAYS....



SINGAPORE AIRLINES - SIA


KALAU TAK SILAP - SHENZHEN AIRLINES - FROM CHINA KOT

CEBU PACIFIC - FROM PHILIPPINES ??? (CEBU IS IN PHILIPPINES RIGHT?)



SILK AIR

THIS IS THE LARGEST AIRCRAFT - AIRBUS A380 - SINGAPORE AIRLINES PUNYA

WIDE BODIED.... 4 ENGINES..... DOUBLE DECKED....

MAS

BANGALADESH AIRLINES