Saturday, September 25, 2010

MOH BERAYA KE PANTAI TIMUR...

Raya kedua kami semua pergi beraya ke rumah bapak dan mak sedara.... Rumah pertama yang kami pegi serang ialah rumah Tok Itam yang baru siap pembinaannya.... teruja sungguh kami tengok rumah Tok Itam begitu rapi dikemas....
Tok Itam memang minat menanam pokok2... Ini antara pokok2 Orkid yang baru ditanam oleh Tok Itam.... tersusun cantik gitu... rumput2 pun baru ditanam juga...
Kemudian kami pi serang pula rumah Cik Bet... pokok2 hiasan dirumahnya cantik2 belaka... kami sekali lagi teruja dengan tekstur kemasan dinding di ruang tamunya.... cantik...

Esok paginya kami memulakan perjalanan ke Kelantan... tapi sebelum tu singgah dulu kerumah orang kawen di Kg. Tualang Sekah...

Sambil kami manjamu selera, pengantin pun sampai...

Bila dah kenyang, kami pun berangkat untuk menyambung perjalanan kami ke Kelantan...


Kami pun menuju ke Kuala Kangsar, selepas itu kami ke Gerik pula ... tapi sebelum tu berhenti di suatu tempat perhentian untuk ke tandas... tak ingat nama tempat nih tapi ada pemandangan sebuah tasik yang besar... kalau tak silap Tasek Cenderoh kot...

Kemudian kami masuk jalan lama yang jalan itu dikiri kanannya adalah pemandangan tasek juga.. cantik sungguh...

di kiri...

di kanan...
sebenornya saya tak tau yang mana pemandangan belah kiri, yang mana belah kanan... tapi kat kiri kanan le ada tasik camni....

Kemudian kami tiba di Gerik dimana perjalanan seterusnya memang mencabar sekali...
Maka bermulalah perjalanan kami di kawasan yang agak mencabar sedikit... agak berbukit juga...

Sungguhpun mencabar tapi pemandangan di situ tetap cantik....
Ada satu lagi kawasan tasek yang kami lalui.... tak ingat tasek apa... kalau tak silap Tasek Banding kot....
Kemudian berhenti untuk ke toilet di kawasan perhentian... kalau tak silap di Hutan rekreasi Belum kot... saya memang tak hingat nama2 tempat ni sebab first time kami lalu kawasan ni...
Mak Su membeli belah minuman dan makanan ringan....
Our navigator.....dia yang take over GPS Mak Su nya...
Sepanjang perjalanan ni hujan renyai2...
Oleh kerana hujan renyai2, dan kami pun berada dikawasan yang tinggi, maka cuaca pun menjadi sejuk menyebabkan kami sekali lagi berhenti untuk ke tandas... hehehe....
Di kawasan ni kita boleh melihat pemandangan dari atas bukit yang cantik sangat....
Ala-ala macam kat Cameron kan...
Pemandangan bukit2 di situ... siap berkabus2 lagi...

Ni banjaran Titiwangsa ker? kena check balik geographical map nih..


Wah cantik kan...

Sepanjang perjalanan..... hujan renyai2 dan berkabus... bahaya kan.... kena extra berhati2...

Oleh sebab hujan, mungkin jalan menjadi licin gaknya... kerana di sepanjang perjalanan tu banyak sungguh kereta accident.... ada tu selang 1 km ada kereta accident.... ada yang masuk parit, ada yang masuk hutan, ada yang berlanggar sesama sendiri... wah ngeri sungguh...


Wah.. jauh sungguh perjalanan kami ni.... penat dah nak upload gambar... lenkali kita sambung lagi ye... nantikan episod seterusnya...

KAWAN DTG BERAYA

Sebelum naik sekolah haritu, dua orang kawan2 sekelas Hilmi telah datang beraya... kedua2nya kawan2 pompuan.... terima kasih le pada Nabila dan Ili kerana sudi datang beraya... Hilmi pun cam malu2 aje nak layan tetamu dia.... Bila kawan dia talipon kata nak dtg kejap lagi, maka kelam kabut le kami dua beranak mengisi kuih raya ke dalam bekas kuih... itu jam le baru nak bukak salotape kat tepi kotak2 kuih tu... habis dah semua kuih Maktok kami tayang.... hehehe... kalau kawan Hilmi tak datang memang tak bukak2 le kuih2 tu.... dudok je dalam kotak kuih tu sejak dibeli...
Untuk pengetahuan semua, sekarang ni kuih2 Maktok telah pon habis... bukannya dimakan oleh para tetamu hari raya tetapi dimakan oleh budak2 dalam rumah nih.... takpe lah ... kalau tak, sampai raya haji TAHUN DEPAN pun tak habis2 lagi...

CIK SITI - GANASSSS.....

Baru2 ni Cik Siti ini telah 'mengamuk' dan men'terrorize' dalam dapur Maktok... habih semua dia rosakkan.... entah hapa yang dimarahkannya pun entahlah... akhirnya dapat juga ditangkap untuk dipindahkan ke tempat lain.... harap2 dia tak datang balik...

Cik Siti Wan Kembang ni punyalah ganasss.... habih semua suratkhabar yang dibuat pengalas untuk trap ni dia geget2nya sampai hancur... sampai beralih trap tu.... mula2 trap tu elok je saya letak kat tepi dinding sebab memang telah kuduga dia akan lalu kat tepi dinding tu... bangun pagi tengok dah bergerak trap tu sampai ke tengah.... memang mengamuklah tuuuu....

Surat khabar kat tepi2 ni pun dah hancur dibuatnya.... memang meradang habis dia...
Ni lah antara barang2 yang dah dirosakkan oleh Cik Siti Wan Kembang yang ganasss itu... electric cable untuk blender Maktok dah digeget olehnya... boleh pakai lagi ke blender ni??? takutlah saya nak pakai lagi... kena 'electric shock' lak nanti... naya...

Satu lagi blender Maktok yang telah digigit cablenya... total blender yang dah dirosakkan dek Cik Siti adalah sebanyak dua bijik... habih semuanya.... Maktok dah takde blender... agak2 boleh pakai lagi tak blender yang ni??? sekarang ni terpaksa le beroperasi menggunakan batu lesung semula... takpe le... boleh exercise tangan yang dah 'menggeleber' ni... bila lambai orang, lemak kat bawah lengan pun turut melambai jua... isyyy... isyy.. horror betul...


Bukan blender saja... kabinet dapur Maktok pun turut digeget juga... nak kata dia lapar takkan le dia makan kayu, getah, plastik dan sebagainya... kenapalaaaaaahh yang engkau pegi gigit barang2 ni semua??

Ini le lubang kat siling dapur Maktok yang dibuat oleh Cik Siti tu.... ni le tempat laluan keluar masuk dia... mula2 dah di tutup dgn kertas oleh Maktok...akan tetapi dah ditebuknya semula... pastu saya sumbat semula lubang tu dan ditampal dgn 'duct' tape lagi... hah kau... rasakan... tu yang dia tak dapat balik rumah dia tu... pastu pasang trap.... nasib baik dia masuk...
Oh ya... kenapa saya panggil tikus ni Cik Siti?? entahlah... pesan orang tua2 dan juga Maktok jangan panggil dia 'tikus'... kena panggil dia 'Cik Ti' atau 'Cik Siti'... kalau tak dia ngamuk... betul ke dak tak tau le teman...
Kadang2 ada juga tikus yang memang payah nak masuk trap ni... berminggu2 pasang trap tapi tak masuk2... jenis yang bijak sikit le tu... jenis tikus mondok atau cencorot yang kecik yang muncung panjang tu pulak kemain bising lagi... kalau masuk trap, kita dtg dekat je.... ciiiitt....ciiiiitt...ciiiittt... dia jerit... kalau dia buat kerja kat dapur pun dia memang bising... so kita boleh agak dia ada kat bahagian mana... senang sikit nak agak nak letak trap kat bahagian mana...
Ok... lepas ni nak buat operasi 'pindah' rumah pulak untuk Cik Siti kita ni... hmmm... kat mana nak pegi cari rumah baru yang sesuwai ye... selalunya saya bawak kaum kerabat diorang ni pindah kat semak kat Larkin tu... on the way hantar Aniq gi sekolah, saya akan berhenti kat tepi semak tu dan lepaskan mereka... jauh sikit dari rumah orang.... jangan le lepaskan dekat2 dgn rumah orang.... aniaya orang lain pulak nanti...

Friday, September 24, 2010

BALIK BERAYA DI KAMPUNG....

Tahun ni kami sekeluarga menyambut raya di rumah Opah i.e di Kampar, Perak... memandangkan Baba tak boleh cuti awal, maka pada malam raya itu, setelah Baba pulang dari kerja dan ketika orang sibuk bertakbir raya, kami pun bertolak pulang ke kampung.... sempat juga kami berhenti sekejap di Dengkil sebab Baba mengantuk.... setelah melelapkan mata sekejap Baba pergi minum kopi dan kami pun meneruskan perjalanan ke Kampar... sampai rumah Opah dalam pukul 4.00 pagi gitu...

Anak bulan Syawal di rumah Opah... kemain terang lagi, sepasang, sebijik bulan dgn sebijik bintang...

Pada tengahari hari raya pertama, Opah menjemput kaum keluarga untuk membaca tahlil diikuti dgn makan2... malamnya pula budak2 sibuk bermain mercun ... terima kasih pada MakLong yang bermurah hati menyumbangkan mercun dan bunga api pada budak2 nih...


Nurin, Nurul dan Syahmi .... berani tapi takuuuutttt.... si Syakir pulak paling takut kalau orang main bunga api kat belakang dia... "punggung saya... punggung saya...", si Syakir jerit... rupanya dia takut punggung dia terbakar kena bunga api... hehehe... kelakau...
All the sepupus... camera-shy Syakir 'ditangkap' oleh Hilmi.... samping pun siang2 dah tanggal... tak sempat nak amek gambar Syakir siap bersamping....
Malam raya kedua, sahabat sekuliah semasa di ITM Shah Alam, Robitah sekeluarga dtg beraya ...Robitah bersama dua org anak daranya dan saya bersama salah sorang anak dara saya sempat bergambar kenang-kenangan... terima kasih Bitah kerana sudi datang... entah bila kita dapat berjumpa lagi yea...

Thursday, September 2, 2010

INTRODUCING..... DR. NURUL IMAN

Suatu hari... dalam perjalanan pulang ke rumah dari sesi sekolah agama, Nurul telah menyatakan hasratnya untuk memasuki pertandingan pakaian beragam... dan cuba teka pakaian apakah yang dia teringin untuk menggayakannya??.... "Nurul nak pakai baju doktor lah ...", kata Nurul... Hmmm.... baju doktor ya.... sonang bah itu.... bisa diaturrrr.... Nasib baik dia tak mintak nak pakai baju princess ke, baju superman ke, spiderman ke, wonder woman ke....
poning kepalo den nak cari...
Maka bermulalah misi untuk mencari baju doktor.... baju doktor ni senang je nak cari.... just ask Maktok.... Maktok memang selalu menyimpan barang2 atau pakaian2 yang ada sentimental value gitu... termasuklah baju doktok Maklongnya yang dipakai semasa zaman Maklong belajar2 lagi iaitu dalam tahun 80an dulu... hahaha.... ingatkan dah takde dah... masih ada Maktok simpan dalam kotak.... setelah dibasuh dan di 'alter' labuhnya maka siaplah baju doktor Nurul.... hahahha...
Pada hari yang dijanjikan tiba.... saya pun tercari2 'stetoskop' lama Maklong dalam simpanan Maktok tetapi malangnya tidak berjumpa... so pergi je kedai dua ringgit dan belikan dia mainan 'doctor set' yang ada stetoscope' mainan... jadiklah...
Nurul yang menggayakan pakaian seorang doktor... siap dgn stetoscope, mask, name tag, pen kat kocek dgn clip-board...

Dr. Nurul Iman in the making...

CATERPILLAR

Kitaran hidup atau life cycle untuk seekor rama2 bermula dengan telur. Kemudian bertukar kepada seekor ulat beluncas.

Ulat beluncas atau pun 'caterpillar'...
Kemudian bila dah kenyang makan daun2 limau tu dan tiba masanya, dia akan bertukar bentuk pula untuk menjadi 'pupa' atau 'chrysalis'. kalau dulu2 kecik2 saya panggil ni kepompong je...

Kepompong....


Akhirnya...... setelah hampir 2 minggu menunggu, maka keluarlah seekor rama2 yang cantik dan akan terbang untuk mencari bunga.... hehhe...

NURIN KALAU BERJUMPA GUNTING

Nurin sangat suka bermain dengan gunting... dia selalu menggunting kertas2 termasuklah suratkhabar Baba, buku2 abang dan kakaknya, baju orang yang saya sedang dalam proses menjahit sehingga saya terpaksa pergi ke Gulatis untuk mencari kain yang sama untuk diganti dan lain2 lagi.... pantang jumpa gunting, habis semua dia guntingnya...

Hinggalah pada suatu petang saya yang selalu mengantuk di bulan puasa ini sedang terlelap tapi masih sedar2 (tidur2 ayam camtu) terdengar yang Nurin menggunting sesuatu... sedap je bunyi benda yang dia gunting tu... KRRAAAPPPP.....KRRRAAAAAAPPPP.... nak kata dia gunting kertas tapi lain sikit bunyi nya.. tak macam bunyi gunting kertas pun.... apa benda yang dia gunting ni.... malas saya nak tengok sebab mata cam tak boleh bukak gitu.... tapi telinga mendengar.... tiba2 terdengar pulak jeritan si kakak Nurul, "Mamaaaaaaa..... Nurul gunting rambut dia...." Huh?? terus saya terjaga dan kelihatan Nurin yang panic terus berlari kesuatu sudut sambil menutup mukanya dengan bantal... (dia kalau dah buat salah memang dia akan sembunyi)....

Rupa2nya memang betollah dia gunting rambut dia sendiri.... nengok tuh rambut depan dia macam kena gigit tikus gitu....

Nasib baik tak terok sangat kesan guntingan dia tu... masih boleh disorokkan lagi....

Akhirnya saya terjumpa juga rambut yang dia gunting dan sorokkan dalam kotak ni.... isy3... bukan sikit2 tu...