Tuesday, March 29, 2011

7 HRS RENDEVOUS IN KL

Bermulanya kisah pada hari Sabtu yang lepas.... kami sekeluarga ingin ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis kahwin Salleh (sepupu Baba - haritu kami meraikannya di Kuala Pilah sebelah pihak perempuan), kali ini sebelah pihak lelaki pula... Sabtu pagi tu Baba menemani Hilmi untuk program motivasi di sekolahnya (ibubapa wajib hadir sekali) manakala saya menemani Aniq ke mesyuarat PIBG dan Majlis penyampaian hadiah di sekolahnya pula... lebih kurang pukul 1 tengahari baru kami balik dari program masing2... Baba mengambil keputusan untuk ke KL dgn menaiki keretapi sahaja (itu pun kalau ada tiket lagi)... maka dengan perasaan nekad kami pun pergi ke JB Sentral untuk membeli tiket keretapi.... nasib baik ada lagi tiket tren dari Singapura ke Kuala Lumpur pukul 11:50 malam.... balik dari membeli tiket, saya pun mengemas sepersalinan baju untuk kami sekeluarga... kali ini kami travel light sahaja... maka pukul 10 malam MakLong telah berbesar hati untuk menghantar kami sekeluarga ke JB Sentral... maka bermulalah perjalanan kami ....






Sampai di JB Sentral kami pun menunggu kedatangan keretapi dari Singapura di ruang menunggu....

Tapi sayang di ruang menunggu takde Wifi....


Oleh kerana Nurin berada di Zon waktu tidurnya maka dia pun of course le tertidur di atas kerusi di situ... Jam sudah menunjukkan waktu pukul 11:50 malam, akan tetapi keretapi masih tidak muncul lagi....



Sementara menunggu tren yang tak kunjung tiba, kami pun meninjau2 kawasan JB Sentral...
Pemandangan ruang menunggu..... bila tren dah sampai barulah kami akan dipanggil untuk turun ke ruang bawah untuk menaiki tren...
Yahoooo.... tren sudah sampai... adik Nurin terpaksa dikujutkan untuk sama2 merasai pengalaman menaiki tren... hehehe.... sebenornya maleh nak dukung dia.... keh..keh..keh.... maka inilah dia sekumpulan 'backpackers' yang agak jakoon juga.... orang lain dah habis seme naik tren kitorang masih rilek amek2 gambo lagi... kejap2 bergambo... kejap2 bergambo...
Masih ada masa untuk bergambo.... don't worry... tren bulum jalan lagi...
Maka inilah dia cabin kami.....
terpaksa ambil 2 cabin untuk menampung keluarga backpackers kami yang begitu ramai... hehehe..
setiap cabin ada TV... tapi sayang cuma untuk show-off je... takleh pakai pun....
Ada sebuah kerusi untuk duduk or letak barang2... belakang kerusi tu disangkutkan tangga untuk memanjat katil atas...
Ada juga sebuah toilet yang boleh tahan bersih....
Dalam toilet ada sebuah sinki kecil...
Disediakan juga tisu yang mencukupi.....
Penumpang juga diberikan dua helai tuala mandi dan 2 pack toilettries untuk setiap cabin...
Dalam toilet juga ada shower.... siap ada air panas lagi... kalau ditanya "Siapa penah mandi dalam tren, sila angkat tangan..".... maka Baba sorang saja yang akan mengangkat tangannya sbb Baba sempat mandi dalam tren tu sebelum sampai KL.... kami yang lain maleh nak mandi kat situ sbb mcm sempit je tmpt showernya ditambah lagi dgn tren yang bergoyang-goyang... terhantuk2 dinding dibuatnya...


Tren sudah pun memulakan perjalanannya kembali.... tetapi kami masih lagi meninjau2 keadaan bilik cabin tersebut yang mempunyai 2 katil (atas dan bawah)... menerai itu dan ini... menekan button itu dan ini... mencuba membuka dan mengatup sana dan sini....
Setelah penat meninjau keadaan cabin, maka tibalah masa untuk lampu ditutup dan masa untuk tidur pula....
Katil atas... disinilah saya dan Nurin berkongsi untuk tidur... sempit giler.... tapi nasib baik Nurin dapat tidur dengan lena...
Hanya katil bawah sahaja yang ada tingkap....
Aniq mengambil katil sebelah bawah kerana mempunyai tingkap.... tak tau le dia nak nengok apa tengah2 malam buta begini....

Waktu pagi kami disajikan dengan 2 cawan nescafe dan 2 bungkus roti berinti kacang merah...
Ni pula meal sebelah malam... naik je tren kami dihidangkan 2 bungkus nasi goreng... tapi saya tak makan sbb dah ngantuk... dah pukul 12.00 lebih tengah malam... maka telah dimakan oleh Aniq dan Hilmi pada sebelah paginya...
Bangun.... bangun... bangun... dah Subuh.... kami solat Subuh atas tren saja... mulanya dalam tiket menyatakan tren akan sampai KL pukul 6:00 pagi... bila saya tersedar dari tidur saya melihat jam sudah menunjukkan jam 6:15 pagi... saya ingatkan kami dah terlepas ke atau tren sudah berlepas menuju ke Butterworth ke hapa.... naya je... cepat2 saya mengejutkan Aniq... kami tengok keluar tingkap.... rupa2nya baru sampai Seremban je... ek..elehh...
"Mama... SUN dah bangunn....." kata Nurin... maksudnya dah siang le tu... matahari dah bangun kata dia... Hilmi pun sudah berasa lapar.... seb baik ada nasi goreng malam tadi....
Baba mengemas barang2 sbb kejap lagi kami nak sampai KL Sentral.... katil atas tu buleh dilipat ke atas kalau tak nak sempit sangat... nak duduk lapang sikit...
Masih lagi bersarapan budak 2 nih..
Bila nak sampai KL Sentral ni?
Sebelum tu ronda2 kejap di koc buffet.... tapi takde jual apa2.. duduk2 saja..
Hari dah siang... barulah nampak pemandangan di luar....
Lebih kurang pukul 7:45 pagi kami sampai KL Sentral..... bergambar pula lagi dengan enjin keretapi .... kepala enjin ini bernama 'MAT KILAU'..... tuuu diaaa....
Biasalah... platform keretapi dah kosong sbb penumpang semua dah keluar tapi kami masih lagi merayau2 di platform... bergambar sana... bergambar sini...
Dah puas bergambar... kami pun singgah di Cafe untuk minum2 pagi...
Selepas minum2....kami merayau di sekitar KL Sentral untuk mencuba mencari tiket untuk balik ke JB semula... mula2 ingatkan nak beli tiket kapal terbang tapi dek kerana Aniq terlupa membawa IC nya, maka kami tak dibenarkan membeli tiket... maka niat untuk membeli tiket balik terpaksa dibatalkan saja...
Maka merayau2 lah kami di KL Sentral tanpa hala tujuan....
Baba decide untuk melupakan dahulu hal pembelian tiket balik ke JB... "We just play it by the ear", kata Baba... Kemudian kami menaiki LRT untuk ke Wangsa Maju iaitu stesen terdekat dgn rumah Ayah Alang dan Mak Yang mereka...
Nurul dan Nurin seronok berdiri di depan sekali tren untuk melihat pemandangan luar...
Abang Aniq tunjuk macho... banyak tempat duduk kosong dalam tren dia tak nak duduk.... bergayut lagi macho gitu....

Setelah sampai di rumah Ayah Alang dan Mak Yang mereka... kami pun mandi-manda dan bersiap sedia sambil menunggu Opah, Mak Teh dan Pak Teh tiba... kemudian kami pun pergi bersama2 ke rumah pengantin.... seperti selalu Opah juga telah menyediakan bunga halwa untuk diletakkan di meja pengantin....


Setelah makan2, rombongan pengantin pun tiba dan diraikan....


Giliran pengantin pula untuk bersantap.... kami dah kenyang dahhh......


Setelah meraikan pengantin, kami pun dihantar oleh MakSu ke Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan. Kami sampai lebih kurang pukul 2:15 ptg... Baba pergi mencari tiket bas dan berjaya mendapatkan kami tiket bas ke JB pada pukul 2:45 ptg... kami pun dgn kelam kabutnya pergi ke toilet dan kemudian bersolat Jama' utk Zohor dan Asar... setelah selesai semuanya jam sudah menunjukkan pukul 2.45pm... maka berlarilah kami utk turun ke platform menuju bas yang sedang menanti ketibaan kami itu.... nasib baik dia tak jalan lagi....


Maka bermulalah perjalanan kami ke JB pula... selamat tinggal KL.... sekejap benor rasanya kami berada di KL....
Kami menaiki bas NICE.... memang selesa.... penumpang diberikan sorang satu headphone untuk menonton TV....
Wah... dah macam dalam kapal teghobang business class... cer nengok Hilmi tu...ada gaya business man atau eksekutip gitu....
Diorang khusyuk menonton cerita 'Harry Porter'.....
Kami dihidangkan dengan makanan dan minuman serta tisu... keh3...
TV nya terletak di belakang seat penumpang...
Bila hampir2 sampai ke JB kami dihidangkan dgn minuman panas pula....
Hilmi masih lapar.... dia bercadang nak mintak makanan extra dari 'pramugari' bas tu... nasib baik dia membatalkan niat murninya itu... kalau tak malu saya dibuatnya....
Anda dinasihatkan agar tidak minum air banyak2 semasa menaiki bas ini kerana bas ni tak berhenti dimana2... di dalam bas juga tidak disediakan toilet..... nasib baik kami dah pergi toilet siang2 sebelum menaiki bas.... akan tetapi biasalah kanak2 ni.... mana diorang nak tahan dalam perjalanan yang jauh dan suasana yang sejuk berair-cond tu.... oleh itu anda dinasihatkan membawa plastic container atau botol plastik yang bertutup untuk kegunaan semasa emergency... keh...keh..keh... pastikan ditutup rapat2 setelah digunakan dan bungkus serta diikat kemas2 sebelum dibuang setelah turun dari bas... jgn aniaya orang lain pulak...
Notice the plastic container yang terletak di belakang tempat duduk penumpang itu yang akhirnya telah digunakan untuk menyelamatkan keadaan....
Tukang bocor rahsia... "heeii... kakak Nurul buat apa tu?"kata Nurin.... "ssshhhhhhh!!!!!!! diamlah.... jgn cakap kuat2...." saya dan Nurul panik sekejap.... nasib baik kami duduk di bahagian belakang bas... Dah sampai Skudai barulah seme nak tertidur..... apaa laahh...
Sampai JB kami menaiki teksi ke rumah Maktok... Nasib baik Teksi driver tak bising kami naik ramai2 satu teksi.... hehehe... maka selesai sudah perjalanan kami....