Thursday, October 4, 2012

CENDAWAN KUNING...

 Haritu ada cendawan kaler kuning tumbuh kat dalam pasu pokok cili kaler purple.... entahlah... tak penah nengok pulak cendawan kaler nih.... cantik dan pelik kaler dia... selalunya kaler putih....

Esoknya dia kembang macam nih....

CUTIES

 Mereka ni adalah anak2 kucing B.Chah yang terbaru.... sungguh comel...

Hehehe...
 Ada lima ekor semuanya... macam2 kaler...
Ada saper2 berkenan untuk adopt boleh mintak kat tuannya...

CHICKEN MENDEY

 Fullamak... cakap pasal nasi mandi ni tiba-tiba teringin nak makan nasi arab al-Rawsha tu... hari tu dah makan masa kat rumah B.Chah (masa hari gi hantor Maktok pegi haji tu)... tiba2 rasa macam nak makan lagi pulak... seddapp sungguh nasi dan ayam dia... last2 kita buat sendiri je lah... maka saya gi le google untuk resipinya...
Maka nilah hasil nasi mandi saya....
bersama ayamnya sekali....
 Untuk menampakkan ke Arabannya siap letak dalam dulang lagi....
 Pastu tak tau nak makan dengan apa... kita pi petik le ulam2 yang tumbuh kat tepi rumah tu... dengan buat sambal tomato dia sekali...
 Ulam raja, pegaga dan kacang botol... tapi cuma kacang botol je beli punya... sebab pokok kacang botol kat tepi pagar tu tak berbuah lagi.... hehehe....

Tuesday, September 25, 2012

SEKALI LAGI..........

Kali pertama kejadian berlaku pada bulan April. Masa tu kami dan Maktok berada di Kampar, Perak untuk membantu Opah membersihkan kesan banjir besar yang melanda Kampar pada masa tu....  pada waktu tu Maktok menerima panggilan dari jiran yang memberitahu bahawa rumah Maktok telah dipecah masuk oleh orang yang tak bertanggungjawab... Kini peristiwa yang sama berlaku sekali lagi.... sigh.... Dalam masa 5 bulan kejadian sama berlaku sebanyak dua kali.... apa nak jadi dgn manusia2 ni??? Ceh... tak guna betul...

Pagi ni saya menerima panggilan daripada B.Chah yang memberitahu bahawa ada orang telah menghubunginya dan memberitahu bahawa beg dan buku bank maktok telah dijumpai di Kubur MAS ( kubur untuk mangsa kapal terbang MAS yang terhempas di Tg Kupang).... Maka saya pun dengan segera pergi ke rumah maktok dan mendapati rumah Maktok berada dalam keadaan yang agak familiar... dejavu lah kejap... pintu2 kabinet yang terbuka, keadaan bilik yang bersepah... hmmmm... confirmlah ada orang dah pecah masuk rumah maktok ni....

Kabinet kasut bersepah...

Lagi gerobok Maktok yang dah dibuka dan digeledah... 

Sampul2 duit raya yang penat dikumpul oleh Maktok juga turut menjadi mangsa keadaan... baik juga sampul2 tu kosong...

Gril tingkap dapur dah dipotong dan dibengkokkan oleh sipenceroboh untuk laluan masuknya...

 Gerobok baju Maktok bilik atas diselongkar...

Lagi gerobok di bilik tingkat atas yang diselongkar...
Kali pertama dulu gerobok ni lagi dahsyat diselongkar...
 Kabinet bawah tangga....
 Tingkap dapur dari luar....
 Bahagian tepi tingkap telah dipotong tapi tak jadi diteruskan...
 Batang besi dari gril dicampak keluar....
Daun tingkap kaca seperti tak diusik tapi yang pasti dia berjaya membukanya... entah taktik apa dia pakai boleh bukak tingkap tu dengan mudah...
 Bahagian tengah gril tingkap yang dipotong dan dibengkokkan ke dalam...
 Kuali2 Maktok yang sengaja maktok sangkutkan kat tingkap dapur supaya bahagian dapur lebih terlindung telah dicampakkan ke atas lantai untuk memudahkan laluan masuknya...
 Ahh... tak sanggup nengoknya...
 Kalau Maktok nengok ni pasti dia sedih...

 Katil Maktok dah tak rupa katil dah....

Nak jalan pun dah tak boleh... penuh dengan barang yang disepahkan...

Tapi kali ni bilik tingkat atas ni bernasib baik sikit sebab tak digeledah cuba terdapat tanda2 telah dibuka dan diperiksa sambil lalu saja... berlainan dengan kejadian kali pertama dulu pihak polis telah menjumpai sebilah pisau di atas tilam dibilik ni... nasib baik ketika kejadian rumah ni takde orang.
 Dulu baju2 ni habis bersepah...  kali ni dia tak bongkar lak... agaknya yang buat kerja ni orang yang sama kot... mungkin dia dah tau kat bilik takde barang berharga...

Bilik jahit Maktok pun OK jer.. kali pertama dulu pun bilik ni seperti tak diusik... maybe dia dah tau sini takde barang bernilai... mesti orang sama punya kerja ni...

Selepas B.chah pegi buat report polis, dalam pukul 3 ptg IO pun datang... (cewah... tercengang jugak masa mula2 dengor B.Chah cakap IO on the way... saya tertanya2 amende IO tu... rupanya 'investigating officer')... So... akhirnya tingkap dapur pun telah ditutup sementara waktu menggunakan papan plywood dan ditahan dgn kayu kat tiang dapur tu, sementara menunggu grill baru siap... lepas maktok balik dari haji nanti akan diusahakan pulak untuk memagar rumah ini dengan bacaan2 Al-Quran dan doa. InsyaAllah...

Tuesday, July 17, 2012

WALKATHON TADIKA NURIN

Lama sungguh saya tidak berbelog... sampai sudah tak ingat bagaimana caranya....

Hari ni saya decide nak cuba menulis di belog ini kembali.... cuba2 nak mengembalikan mood berbelog... antara sebab saya berhenti untuk berbelog adalah kerana laptop dan desktop kat rumah ni semuanya rosak... tu sebab le dah takde mood nak menulis...

Dek kerana dah tak tahan saya pergi hantar repair ini desktop.... laptop dan ipad semua orang lain dah conquer... desktop lama ni je diorang tak layan... hehe... ada can nak guna... tapi selow banget....

Oleh yang demikian untuk menyambung cerita, marilah kita lihat sekitar hari Mini Olympathon tadika Nurin tempohari....

Lebih kurang pukul 8.45 pagi kami sampai di Dataran Merdeka.... ingatkan dah mula, rupanya ramai parents belum sampai.... Baba tak dapat menyertai kami sebab kena pergi kerja, ada shutdown katanya.... cuma saya, kakak Nurul dan Nurin saja yang menghadirkan diri....


Menunggu acara untuk bermula... lambatnya mula... hari semakin panasss ni...


Selesai sudah walkathonnya... jom balik.... maleh nak nunggu lama...

Snap jap gambo bunga teratai ni...



Thursday, January 26, 2012

KAMI RINDU KAT HILMI......

25 Januari 2012 merupakan tarikh bagi Hilmi untuk mendaftar untuk kemasukan Tingkatan satu di Maktab Rendah Sains MARA, Batu Pahat. Malam sebelum bertolak, saya tak tidur semalaman dek kerana sibuk menyiap dan mengemaskan barang2 Hilmi untuk dibawa ke asrama semasa pendaftaran. Dokumen2 dan borang2 perlu di semak lagi sekali bagi memastikan semua keperluan pendaftaran dipenuhi.

Orang yang paling terasa dengan pemergian Hilmi ke asrama ialah abang Aniq.... moody sungguh dia... tengoklah apa dia buat kat background skrin laptop dia..... entah apalah yang dimaksudkan tu... dia sedih sungguh adik dia nak pergi asrama sebab nanti dia dah takde kawan, takde siapa nak menemankan dia tidur, selama ni memang dia tidur berdua aje, kalau Hilmi takde terpakasalah dia tidur sorang2.

Pada hari pendaftaran, kami telah bertolak dari rumah pada pukul 7.05 pagi... kami sampai di maktab pada pukul 8.45 pagi... sepanjang perjalanan, Hilmi banyak berdiam diri, bukan sebab dia melayan perasaan tapi sebab dia menyambung tidurnya dalam kereta.... tiba di maktab kami disambut mesra oleh para pelajar maktab. Kami diberikan carta alir tentang proses pendaftaran. Rupa2nya setiap keluarga akan di assigned dgn seorang pelajar untuk menolong kelancaran proses pendaftaran kami.

Seorang pelajar lelaki tingkatan 2 telah membawa kami ke tempat pendaftaran dan menolong kami dari A sampai Z. Dari mula kami sampai, mendaftar, beli barangan di koperasi, membawa masuk barang ke bilik, sehinggalah selesai dia bersama kami. Ke mana saja dia akan menunjukkan tempat dan menerangkan tentang apa yang perlu dibuat seterusnya..... Namanya Engku Aiman berasal dari Pasir Gudang. Bila ditanya nama bapanya, beliau menjawab "Tuan Adani". Alaaahaiiii..... kami kenal benor dengan nama tu... sama kerja Titan rupanya....

Bila dah selesai, kami berkumpul di dewan untuk mendengar penerangan dari pengetua. Pengetuanya berasal dari Perlis, cakapnya masih ada loghat Utara. Dia memperkenalkan guru2 yang terlibat termasuklah 2 orang guru perempuan mat saleh yang didatangkan khas dari Cambridge untuk menolong melaksanakan program IGCSE ni.
Hilmi mendengar ucapan pengetua sambil mengusik adik Nurul, adik Nurin yang duduk disebelahnya. Saya dah tak kuasa nak larang dia sebab saya pun dah ngantuk sangat masa ni sbb tak tidur satu malam....
Kami dibenarkan membawa keluar anak2 dan mesti pulang ke asrama sebelum pukul 6 ptg. Oleh kerana kelaparan, kami pun pergi makan dulu, kemudian pergi solat di masjid, lepas tu pulang ke asrama semula. Masa ni Hilmi mencari2 jalan untuk tidak balik ke asrama.... apakan daya, kami dah penat sebenarnya. Terpaksa juga hantar balik.

Masa daftar dan bawa masuk barang ke bilik tadi, kami telah ditolong oleh lima orang pelajar yang offer untuk tolong angkat barang2 Hilmi ke bilik dia.... students maktab ni lain sikitlah... memang di ajar skill untuk berinterksi dengan parents dan org tua2... Oleh kerana kami orang yang pertama masuk bilik, maka boleh kami pilih dulu katil dan loker yang elok sikit. Aiman mencadangkan kami pilih loker yang telah tersedia tempat untuk kunci mangga ni... loker yang lain ada yang dah patah2 tempat letak mangga tu..
Maka inilah loker pilihan kami, memandangkan ianya pun bersebelahan dengan katil yg dekat dengan tingkap. Sebelah tingkap tu ada meja sekali, senang nak letak barang Hilmi.
Loker yang setelah dibersihkan, dilap dan di kemaskan baju2nya... siap letak alas bunga2 lagi... saya beli alas meja tu berharga RM1.30 sekeping kat kedai 1 ringgit.... pastu potong2 buat alas loker dia.... cuma corak bunga je yang ada... tak macho pun takpe... janji loker elok beralas...
Hilmi puashati..... bukan dia yang kemas pun... dia nengok je...
Barang2 dalam loker.... bahagian atas, diletakkan baju2, tuala, cermin muka, dll. Baju2 uniform, baju melayu dan separuh baju2 lain disangkut pada hanger.... bahagian bawah sekali diletakkan rak toyogo kecil warna hitam untuk boxer, singlet, stokin, dan tuala kecik.
Meja cuma ada di sebelah tingkap aje... katil dibelah pintu takde meja pulak....
Katil yang dah siap dikemas.... Nasib baik juga Makteh menasihatkan supaya kami membeli mattress protector untuk alas tilam dia... kalau nengok tilam dia memang tak sanggup tido atas tilam tu... macam belacan..... kesan tapak kasut pun ada pada tilam Hilmi tu.... Rasanya dia sorang je yang pakai alas tilam... orang lain tak nampak pun bawak alas tilam.

Dibawah katil diletakkan sebuah kotak Toyogo untuk extra storage buat Hilmi simpan barang2 dia.... ini pun atas nasihat Makteh juga yang memang pakar dalam urusan2 penyediaan barang2 asrama anak2.... Makteh juga menyatakan yang memang takkan ada orang lain yang teringat nak bawak kotak Toyogo ni dan katanya nanti akan kelihatan parents lain yang keluar semula untuk mengikut beli kotak ni untuk anak2 mereka pula.... memang benar sungguhlah telahan Makteh itu... sebab selepas tu mak bapak roomate Hilmi pun turut keluar membelikan anaknya kotak Toyogo tu....
Bilik Hilmi ni memuatkan empat katil, empat loker dan sebuah meja panjang sebelah tingkap tu... Roomates dia 3 orang melayu dan seorang berbangsa India.
Ini pula katil di sebelah pintu... takde meja, pelikkan...
Saya turut membekalkan Hilmi sebatang penyapu, sebatang mop, sebatang pengaut sampah dan juga sebuah bakul sampah... (ini juga atas nasihat Makteh yang pakar itu) Cecair floor cleaner dan spray multipurpose cleaner pun saya sediakan.... tak taulah diorang rajin nak guna ke tidak...
Sabun dan Syampu untuk kegunaan Hilmi, di simpan dalam bakul plastik kecik, dan diletak dalam baldi... bakul tu ada tulih nama Aniq sbb bakul tu saya belikan diorang sorang satu untuk kegunaan diorang masa program PESKIL di Maahad Tahfiz al-Akhyar dulu tu.... nengok tu, sabun, syampu, ubat gigi seme dah siap bertulis nama Hilmi...
Tempat letak kasut, kat luar bilik...
Bilik Hilmi berada di tingkat paling atas iaitu tingkat 3, kelas dia pun ditingkat paling atas, tingkat 3 jugak.... so, hari2 dia kena turun naik tanggalah jawabnya..... ada harapan nak kurus tak?
Dekat pukul 4 lebih, kami pun bergerak pulang ke JB.... Bye.bye Hilmi.... take care and belajar rajin2 tau.... Dalam perjalanan balik, kami baru je sampai di Simpang Renggam, saya sudah mendapat panggilan telefon dari Hilmi... katanya dia dah selesai solat Asar di surau bersama kawan2 lain... tak sempat cakap panjang, talian dah terputus.... Pada pukul 11.30 malam pula, Hilmi talipon lagi sekali menggunakan henpon kawan dia.... kali ni suara dia macam nak nangis gitu.... alaahaiii....kesiannya dia.... takpelah Hilmi... berkorbanlah demi untuk kejayaan dia... WE MISS U TOO HILMI... Bukan dia je sedih, kami pun sedih gak..... huwaaaaa....... semasa saya nak tidur, kelihatan Abang Aniq mengangkut tilamnya dan diletakkan di dalam bilik kami.... saya diamkan saja, tak sampai hati nak melarang.... maka malam itu Abang Aniq tidur bersama2 kami... kesian dia.