Saturday, June 26, 2010

BERMALAM DI BATU PAHAT

Selepas pulang dari majlis kahwin di Parit Rambai, Baba tak drive terus balik JB but instead kami head ke Batu Pahat pulak... saja je nak berjalan... bukan ada apa nak dicari pun... sampai di Batu Pahat dah petang.... lepas solat Asar di Masjid jamek Batu Pahat, kami pusing2 bandar dia.... oleh kerana hari pun dah nak malam, kami pegi cari hotel untuk bermalam di sana....

Pemandangan bandar Batu Pahat waktu nak Maghrib...
Matahari nak turun....

Batu Pahat ni di kelilingi bukit rupanya.... Ni dari sudut lain pulak...

Dalam bilik... takde kerja lain... menconteng kertas ....

The Jakooons... sibuk menekan control panel untuk lampu, air-cond dan sebagainya...

Dah habih boring gaknya ni..
Balik dari makan malam ....

Pemandangan selepas Subuh.....
Pagi Ahad di Batu Pahat...

Dari jauh nampak masjid...

Matahari nak naik...

Matahari dah tinggi...

The Katerina Hotel...



Check-out lepas breakfast...


Tunggu Baba 'throw-water' dulu...




Selepas Baba dah siap, kami meneruskan ekspedisi kami mengelilingi Bandar Batu Pahat...

Friday, June 25, 2010

MISI MENCARI RUMAH PENGANTIN DI PARIT RAMBAI

Hujung minggu lepas kami pergi ke majlis perkahwinan sepupu Baba lagi sekali, tapi kali ni belah lelaki pulak.... belah pompuannya kat Kolumpo haritu... belah lelakinya di Parit Rambai, Pontian... kami takdak alamat rumah pengantin dan kami jugak takdak GPS... yang kami tau rumahnya di Parit Rambai... main redah je ni...so berhenti sana sini tanya orang... sib baik jumpa... kalau tak jumpa.... naya..

Rombongan pengantin perempuannya datang menaiki bas dari Kuala Lumpur... maka kami hanya berjumpa di majlis tu sahaja...

Mercu tanda bandar Pontian.... nenas le... apa lagi...
Pengantin dah sampai... diiringi dengan paluan kompang.......

Persembahan 'Silat Pulut' atau 'Silat Pengantin'...

Dah naik pelamin...

Masa ni cuaca sangat panas... bahang yang amat...
Bakal cikgu nih...

Pengantin lelaki anak ustaz tau...
Nurul bersama 'Opah Yang' yang sama2 mengikuti rombongan dari K.L ....
Hari panas... budak2 ni apa lagi... kejap2 pegi amek air minum... Nurin dah tido dah....

Kek pengantin... nak cair dah bunga dia sebab cuaca panas...

MISI KE MAJLIS KAWEN DI KOLUMPO

Musim cuti sekolah memang musim orang kawen kan... kami juga tak ketinggalan juga memenuhi permintaan jemputan kawen iaitu majlis perkahwinan sepupu Baba di Kolumpo. Sebelum ke majlis kawen di Kolumpo tu kami dengan Opah dan ahli keluarga yang lain mempunyai misi sampingan iaitu bermalam di Legend International Water Homes di Port Dickson. Mula2 tempat ni dah penuh tapi last minute MakSu Perak mendapat call bahawa ada last minute cancellation... so dapat le kami bermalam disini...


Cantik sungguh biliknya... dalam setiap unit ada kolam mandi...

Puas le budak2 ni mandi... tak hengat dunia...

Bangun pagi je terus masuk kolam...
Abg Syahmi berenang kuak dada...

Kakak Nurul tak puas2 main air...
Dari awal dia duduk sini....

Sampai akhir dia masih disini juga... rambut pun tak basah.... tak berani masuk air...

Adik Syakir yang cedera matanya tak berapa berani juga untuk masuk ke dalam air... hanya memerhati dari jauh...

Abang Hilmi buat apa tuh???

Dalam bilik ada lantai kaca untuk melihat laut di bawah unit bilik kami.. masa ni air surut... tu yang nampak pasir je...

Pagi2 lagi Opah dah bangun untuk 'mencucuk' bunga Halwa yang Opah buat sendiri untuk dibawa ke majlis perkahwinan di Kolumpo nanti...

Bunga Halwa Opah setelah berada di meja pengantin...


Nurul setelah dipaksa untuk bergambar... ehehe...

Thursday, June 24, 2010

LAWATAN KE STESEN KERETAPI KAMPAR, PERAK

Cuti sekolah haritu kami balik kampung sekejap, maka lawatan ke stesen keretapi Kampar telah diadakan untuk budak2 kecit neh...


Menunggu dengan sabar keretapi yang datang untuk ke Kolumpo....
Awat tak sampai lagi...

Sat layee dia mai lar...

Haa... tu pon dia...

Phenn... phenn... pheeennn....
Dapat nengok keretapi pon jadik ler... yang lemah tu dia ajak naik tu yang tak tahan tuuu...