Wednesday, December 22, 2010

PESKIL - PESantren KILat...

Balik dari Hong Kong dan setelah bersuka ria di sana, Aniq dan Hilmi telah berjaya dipujuk untuk mengikuti pula program PESKIL atau singkatan kepada Pesantren Kilat.... Pesantren tu merujuk kepada sekolah agama di Indonesia .... Kilat tu maksudnya cepat... sebab sekolahnya cuma 15 hari jer.... so program ni berjalan selama 15 hari, diadakan di Maahad Tahfiz Al-Akhyar... dan mereka dikehendaki menetap di asrama Maahad tersebut sepanjang program dijalankan...

Ini merupakan penyertaan kali kedua bagi Aniq dan Hilmi.... tahun lepas pun diorang pegi jugak...
Di sini mereka telah diajar untuk menghafaz beberapa potong mahfuzot, hadis, hafazan surah Al-Mulk dan surah Al-Waqiah, Bahasa Arab, Motivasi dan lain2 lagi lah... Of course semuanya ikut kemampuan budak2 untuk menghafaz... Aniq dan Hilmi pun sampai habis 15 hari tu tak habis lagi hafaz surah2 tu.... hafaz separuh je.... tapi ada budak yang terang hati tu, boleh hafaz surah2 tu dalam masa yang singkat aje...
Semua anak2 tak dibenarkan berhubung dengan ibu-bapa langsung.... maksudnya tak boleh bawak hand-phone.... ini untuk memastikan mereka fokus dalam program tersebut... Kat sini mereka akan bangun pagi seawal pukul 5.00 pagi (ustaz akan kejutkan), solat berjemaah, makan ramai2 dalam dulang, beriadah, basuh baju sendiri, tidur atas lantai ramai2 (bertilam cuma takde katil), makan pun diberi cukup2 aje dan tidak berlebihan sampai kenyang sangat2... pendek kata, diorang diajar untuk menghayati kehidupan saudara2 mereka yang kurang bernasib baik macam di Palestin sana....
Lepas seminggu di sana, barulah ibubapa boleh jenguk anak2 sekejap pada hari Sabtu dari pukul 2.00 sampai 4.00 ptg.... masa ni lah mak bapak hantar makanan pada anak2.... ada yang bawak ayam kentucky lagi untuk anak diorang.... untuk budak berdua ni saya cuma bawakkan biskut2 kering jer...
Ni masa nak balik naik ke asrama diorang.... bawak sorang sebungkus biskut2 kering.... hehehe...
Kemudian.... pada tiga hari terakhir, mereka telah dibawa berkhemah di Hutan Bandar Putra, Kulai.... bermacam2 aktiviti dibuat disana.... antara aktiviti yang paling digeruni oleh Aniq dan Hilmi ialah masuk hutan sorang2 tengah2 malam buta hanya berpandukan tali untuk guide diorang keluar dari hutan .... mungkin tujuannya untuk melatih anak2 ni supaya berani dan bersemangat waja... budak dorang tu dah lah penakut... masuk toilet sorang2 tengah malam pun takut... inikan pulak masuk hutan tengah malam sorang2 dalam gelap gelita tu... hehehe... tapi alhamdulillah, pada tahun ni mereka berjaya melakukannya... tahun lepas Hilmi demam masa acara masuk hutan tu... so dia dikecualikan... Aniq pulak terlampau takut yang teramat sampai sekerat jalan je dia patah balik... tapi tahun ni dorang berjaya keluar hutan tu, walaupun terjerit2 ketakutan (sbb kat dalam tu ada AJK yang sembunyi dan tunggu untuk sergah2 diorang).... Saya teringat cerita oleh seorang ustaz, beliau menceritakan bahawa pada zaman Rasulullah saw dulu, ada sorang remaja (namanya saya tak ingat) yang umurnya dalam lingkungan 17 atau 18 tahun gitu yang berjaya mengetuai pasukan tentera semasa berperang... hebat sungguh.... zaman sekarang mana nak jumpa....
Pada hari terakhir, ibubapa dijemput hadir untuk sama2 meraikan acara penyerahan sijil dan seterusnya mengambil anak2 masing2 pulang ke rumah ... masa nilah anak2 ni akan menunjukkan kepada ibubapa apa yang mereka telah belajar selama berada di PESKIL....
Masa ni diorang sedang menyanyikan sebuah lagu nasyid tentang Palestin (Kalau tak silap Untukmuuuu.... Hai Palestina.... lebih kurang gitulah liriknya, lagunya tentang keinginan diorang nak bersama2 berjihad untuk Palestin)
Ada jugak persembahan2 sketsa tentang hadis dan mahfuzot yang mereka dah hafal.... kalau tahun lepas, salah satu mahfuzot yang saya ingat ialah "Bencana ilmu adalah Lupa" (maksud dlm bahasa arabnya saya dah lupa), lagi satu "Man Jadda Wa Jadda" ( maksud dlm bahasa melayunya saya dah lupa)... memang bencana ilmu betul!!!

Oleh kerana Hutan Bandar Putra ni terletak berdekatan dengan Airport Senai, maka memang banyaklah kapal terbang2 yang lalu rendah di atas mereka semasa nak landing .... bunyinya memang kuat sekali.... ustaz telah menyuruh mereka menggambarkan keadaan semasa Palestin diserang Israel pada setiap kali ada bunyi kapal terbang lalu dia atas mereka .... maka, setiap kali ada kapal terbang lalu atas mereka, semua anak2 akan meniarap atas tanah sambil meletakkan tangan di atas kepala untuk menghayati keadaan saudara2 mereka di Palestin semasa diserang Israel... tidak kira mereka sedang buat apa sekali pun, setiap kali bunyi kapal terbang yang kuat itu, diorang akan meniarap atas tanah, kecuali waktu solat dan waktu makan sahaja....

Setelah bersalam-salaman dengan ustaz... mereka dibenarkan pulang... dengan hati yang berat dan sayu Hilmi dan Aniq pulang meninggalkan ustaz2 dan rakan2 yang mereka sudah mula sayang.... sampai sekarang diorang masih rindu pada ustaz2 tu...

Sijil penyertaan .....Maka berbondong2lah mereka membawa barang2 masing2 termasuklah bantal busuk, baldi, baju busuk, kasut dan stokin busuk mereka....
Adik Nurul dan adik Nurin dah rindu pada abang2 setelah 2 minggu tak jumpa....
Abang2 pun dah rindu pada adik2...
Posing jap kat tasik sebelum balik...
On the way balik, ada pulak kejadian kereta terbakar.... macamana leh terbakar pun tak tau... sib baik bomba dah padamkan....

Thursday, December 16, 2010

HONG KONG DISNEYLAND

Pada awal cuti sekolah haritu Aniq dan Hilmi berpeluang mengikut Maksu, Ayah Alang, MakYang, Opah dan Anis pergi ke Hong Kong, .... terima kasih semua kerana sudi membawa mereka berdua untuk pergi bersama ke Hong Kong.... inilah pengalaman pertama mereka pergi keluar negeri selain dari Singapore.... pengalaman pertama mereka menaiki kapal terbang... excited sungguh diorang masa tu... oleh kerana ni first time mereka nak jalan jauh, maka sibuklah kami pergi mencari dan membeli beg luggage sorang satu... pastu oleh kerana takut kat Hong Kong susah cari makanan halal, mereka dibekalkan jugak berjenis2 biskut dan roti serta mee maggi... maka penuhlah beg berisi makanan sahaja... lebih makanan dari baju2....

Maka inilah gambar2 mereka yang sempat dirakam di Disneyland sana... tak larat nak letak semua.... banyak sangat gambarnya... sampai penuh memory card camera tu... tak dapat le saya nak explain kat mana mereka berada masa ni, diorang je yang tau...

According to them, ni kat Disneyland Hotel...
Ni pun sama...


Ni pun sama...

Ni pun sama...
Ni pun sama...


Ni kat dalam Disneyland....













Kemain lagi Hilmi, siap 'merangkul' bahu si Minnie... dipeluknya betul2....







Nak amek gambar dgn Disney characters ni pon kena beratur, diorang tak dapat amek gambar dgn Disney Princesses sbb beratur panjang sgt....


Sekian....