Thursday, September 15, 2011

RAYA KAMPAR

Selepas menghantar Maktok ke Senai Airport, kami pun meneruskan perjalanan kami untuk balik ke kampung di Kampar, Perak pula.... maka aktiviti kami di sana tidaklah banyak mana... cuma acara yang wajib ialah makan, makan dan makan... hari rayalah katakan.... Oleh itu satu acara barbeque telah berjaya dilaksanakan dimana kami membakar sate ayam, sate daging, daging ayam, lembu, kambing dan juga hati lembu.... pilihlah yang mana satu berkenan dihati... semuanya sedap2 belaka....




Para-para bapa yang sedang sibuk membakar..... kita bako.. kita bako....

Huishh.... banyak lagi daging yang nak dibako nih... ate... bila nak habih membako ni?


Budak2 makan sate... cinta sateyyyyy.....

Acara berbarbeque diteruskan jua sehingga kesemua daging2 telah habis dibako walaupun kami telah lama surrender sbb dah kekenyangannn....

Pada sebelah petangnya, kanak2 telah dibawa untuk menonton wayang di Ipoh.... bukan cerita Smurf tapi cerita Cars...



Kanak-kanak yang sungguh berpuashati kerana tercapai cita2 mereka untuk menonton wayang...


Kita E N JO Y....

Pada sebelah malamnya pula, kami menyambut hari lahir Opah....



Opah memotong kek coklat yang di buat khas untuk Opah oleh MakTeh Lina...


Bukan saja rupanya cantik tapi rasanya sungguh lahh menawan juga......



Bukan kek saja........ coklat yang cute miut ini pun dibuat oleh Mak Teh Lina juga.....


Wednesday, September 14, 2011

BALIK KAMPUNG.........

Hari raya ke 3, pagi2 lagi kami telah betolak untuk ke Airport Senai.... nak hantar Maktok untuk ke Pulau Pinang...


Nurin dalam lif semasa di airport....
Selepas Maktok dah check-in dan masuk untuk boarding, kami pun jalan2 dan singgah di MPH kat airport tu untuk membelek2 buku2 disitu.... pepagi lagi dah bukak MPH ni.... pukul berapa agaknya dia mula bukak? Pastu rayau2 kejap macam kutu rayau....


PROUD TO BE JOHOREAN.........


Sebelum kami meneruskan perjalanan untuk balik kampung di Perak, kami tak melepaskan peluang untuk bergambo sekejap ala-ala kad raya gitu....

Saturday, September 10, 2011

RAYA JB

Pagi raya saya terjaga dari tidur dengan disambut oleh bau lauk pauk dan nasi beryani B.Chah dan Abg. Zul..... sungguh harum bau itu sehingga membuatkan kami tak dapat lena lagi.... Maka bangunlah kami untuk bersolat Subuh dan bersiap2 mandi serta memakai baju raya untuk pegi ke masjid...

Setelah budak2 dan bapak2 budak balik dari solat hari raya, kami pun menjamah lah juadah yang ada.... emmm..... sedapnya.... nasi itu.... sampai sekarang masih teringat2 lagi... jiran sebelah pun ada memberi sedikit ketupat nasi dan ketupat pulut (tak tau dipanggil apa... mcm ketupat palas tapi dia pjg2 dan bukan bentuk segitiga).



Setelah kenyang, maka bertebaranlah kami pergi mencari kamera untuk berposing pula dgn baju raya masing2...
Maka acara wajib iaitu acara bermaaf-maafan dengan penuh emosi pun berlangsung secara langsung.... dimulakan oleh individu yang kecil2 dulu... (sbb dorang dah tak sabor nak dapat duit raya)...

Diikuti dgn individu yang sedang nak dewasa.... malu2 je kena cium kat pipi.....



Tibalah pula giliran yang dewasa.... penuh emosi I tell you....


Acara bergambar pun disambung semula... Maktok dan anak2 pompuannya.... tak cukup sorang... sbb yang sorang tu gi raya kat Kedah pada tahun ini....


Nurul dan Nurin dgn henbeg raya masing2 yang sudah penuh dgn duit raya.....



Boyz To Men ..... lawa sungguh skirt kembang Hilmi... nasib baik ada Abang Aiman untuk tolong ikatkan tuu...


Anak2 dara ibu doktor..... katanya semuanya berpakaian dengan bertemakan warna oren... walaupun baju Syikin tu warna hitam tapi don't worry, still ada dot-dot kaler oren...





SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN....

Friday, September 9, 2011

TAKBIR MALAM RAYA

Setelah malam raya tiba, kami pun busy le memasak utk juadah raya esok harinya.... tapi malam tu juga ada acara bertakbir dari rumah ke rumah.... kami pun bersiap siagalah dengan 2 jug air teh dan juga kuih muih buat hidangan untuk tetamu yang datang untuk bertakbir....

Nurul sedang setia menunggu kedatangan tetamu .....


Maka lampu warna-warni pun dipasang untuk menambah kemeriahan suasana....
Tidak lupa juga dengan lampu lip-lap..... telah kami pasang juga...


Antara juadah yang dihidangkan..... tapi bila tetamu tiba, kuih yang penuh sepinggan telah tinggal separuh pinggan sahaja akibat di kidnap oleh Nurin yang amat gemarkan kuih cheese tart ini...

Kek yang baru dibakar ini juga dipotong untuk hidangan tetamu...



Kuih2 raya yang telah siap diisi ke dalam balang kuih....


Sambil menunggu giliran rumah kami tiba kami menonton le cerita2 di peti TV yang ditayangkan khas pada malam raya itu..... akhirnya tiba juga rombongan penduduk yang datang untuk bertakbir ke rumah kami.... dalam pada itu sempat juga saya terlelap 2 - 3 round depan TV tu sbb lama sangat menunggu....


Setelah selesai.... B.Chah dan A. Zul pun memulakan aktiviti memasak nasi beryani.... akan tetapi saya tak dapat menolong kerana terlalu mengantuk... maka masuk beradu le saya dalam bilik sampai esok pagi.... zzzzzzzzzzz....

BIRTHDAY NURUL

Birthday Nurul jatuh pada bulan puasa haritu.... Oleh kerana pada waktu siangnya kami berpuasa maka kami sambut pada waktu berbuka.... buat kek oren sebijik tapi punyalah tak cantik.... merekah sana sini... ingatkan nak convert kek tu jadik kek tiramisu.... dah bancuh kopi... Maktok pulak macam tak berkenan.... terus tak jadik buat... akhirnya... jadik kek apa ntah... luar rupa tiramisu tapi orange flavor gitu...


Tiup ajelah Nurul.... asalkan ada candle... tak kesahlah kek apa pun....






Abis jugak akhirnya.... walaupun tidak sekelip mata....