Thursday, September 15, 2011

RAYA KAMPAR

Selepas menghantar Maktok ke Senai Airport, kami pun meneruskan perjalanan kami untuk balik ke kampung di Kampar, Perak pula.... maka aktiviti kami di sana tidaklah banyak mana... cuma acara yang wajib ialah makan, makan dan makan... hari rayalah katakan.... Oleh itu satu acara barbeque telah berjaya dilaksanakan dimana kami membakar sate ayam, sate daging, daging ayam, lembu, kambing dan juga hati lembu.... pilihlah yang mana satu berkenan dihati... semuanya sedap2 belaka....




Para-para bapa yang sedang sibuk membakar..... kita bako.. kita bako....

Huishh.... banyak lagi daging yang nak dibako nih... ate... bila nak habih membako ni?


Budak2 makan sate... cinta sateyyyyy.....

Acara berbarbeque diteruskan jua sehingga kesemua daging2 telah habis dibako walaupun kami telah lama surrender sbb dah kekenyangannn....

Pada sebelah petangnya, kanak2 telah dibawa untuk menonton wayang di Ipoh.... bukan cerita Smurf tapi cerita Cars...



Kanak-kanak yang sungguh berpuashati kerana tercapai cita2 mereka untuk menonton wayang...


Kita E N JO Y....

Pada sebelah malamnya pula, kami menyambut hari lahir Opah....



Opah memotong kek coklat yang di buat khas untuk Opah oleh MakTeh Lina...


Bukan saja rupanya cantik tapi rasanya sungguh lahh menawan juga......



Bukan kek saja........ coklat yang cute miut ini pun dibuat oleh Mak Teh Lina juga.....