Wednesday, September 30, 2009

TERCAPAI SUDAH HASRAT DIHATI

Maka tercapailah sudah hasrat dihati Aniq untuk memiliki sebuah henpon sendiri yang mana dia beli dgn duit rayanya sendiri.... setelah puas mencari di Low Yat maka inilah henpon yang dia 'grab' kat situ. Mula2 kata dia nak cari henpon paling murah sekali dan paling basic sekali... akan tetapi apabila mendapat suntikan ke dalam tabung dana utk membeli henponnya dr insan2 yang bermurah hati ( i.e. dari PakTeh, Mak Yang dan Opahnya), maka seleranya pun tiba2 berubah utk membeli henpon yg lebih mahal sikit.... Maka beberapa syarat telah ditetapkan oleh Baba utk penggunaan henpon ini... sekiranya didapati henpon ini telah disalahgunakan oleh Aniq atau Aniq telah melanggar syarat2 yang ditetapkan, maka Baba tidak akan teragak2 utk merampas henpon ini utk beberapa waktu mengikut berat kesalahan yang dilakukan....

Yang ni henpon sapa pulak nih?.... begini ceritanya.... selepas Aniq menerima henponnya, tiba2 kami perasan yang ada yang tak kena dengan Hilmi.... macam orang sakit perut aje lagaknya... masam mencuka aje wajahnya.... puas ditanya apa yang tak kena tapi dia masih tidak menjawab... selepas keluar dari Low Yat kami pun terus berangkat pulang ke JB.... dalam perjalanan pulang Baba decide utk singgah di Putrajaya utk makan tengahari dan solat disitu... maka kami pun singgah di Alamanda Putrajaya.... disitu keadaan Hilmi kami lihat semakin teruk dan membimbangkan.... mulutnya muncung sedepa dan telah mengingatkan kami akan paruh burung Enggang yang besar itu.... setelah disiasat maka kami mendapat tahu akan punca perubahan yang drastik terhadap Hilmi itu.... puncanya tak lain dan tak bukan kerana dia tidak berpuashati kerana Abang Aniq mendapat henpon sedangkan dia tidak.... kami cuba memujuk dan Hilmi sedia menerima penjelasan dan alasan yang kami berikan... akan tetapi dia masih tidak berjaya untuk menghilangkan paruhnya itu....
Setelah makan tengahari kami berjalan2 disekitar kedai2 yang terdpt disitu dan tiba2 kami terlihat kedai 'Sony Ericson' kat situ... kami decide nak masuk utk saje2 tengok dan membandingkan harga henpon Aniq disitu dgn di Low Yat.... tapi tak kelihatan pulak model yang Aniq beli tu.... tiba2 seorang sales person disitu mempromosikan sebuah henpon basic dengan harga RM199.... ada radio, camera, torchlight, boleh tengok YouTube dan bbrp function lain yg basic2 lagi... kami pura2 tanya Hilmi samada dia nak beli tak henpon tu? Tiba2 dia tersengih2 dan wajahnya yang dari tadi macam ayam berak kapur terus berubah dgn serta merta... tak sampai hatinya kami..... akhirnya henpon tu menjadi milik Hilmi juga... hatinya yang dari tadi membengkak akhirnya dapat pulih juga dan dia tidak berdaya utk berhenti sengih hingga ke telinga.... maka syarat2 pengunaan henpon juga telah ditetapkan utk Hilmi sama seperti syarat2 yg telah ditetapkan utk Abang Aniqnya.... sekiranya syarat2 dilanggar maka henpon mereka akan dirampas...

Malam itu kami sampai di JB dalam pukul 9.00 malam gitu.... tiba2 Aniq tanya sempat lagi ke nak beli simcard.... haiiii.... satu hal lah pulak nak pegi beli nombor pulak.... maka sebelum sampai rumah, Baba pun singgah di Giant Extra... kami pun pergi le beli nombor kat situ sementara Baba tunggu dlm kereta sbb Nurin masih tidur... Aniq memilih utk memiliki nombor Celcom, begitu juga dgn Hilmi.... maka saya pun belikanlah pek Celcom Blue RM10 sorang satu...

Malam itu mereka tidur dengan tenang dan aman damai sambil tersenyum2.... entah apalah yang dimimpikan....

Thursday, September 17, 2009

AKTIVITI BUDAK HABIS UPSR

Maka inilah dia aktiviti budak yang baru saja habis UPSR... main game PS2 sahaja... takdak kije lain... kalau ada kije lain pun dia takmau buat... dia masih nak buat kije ni jugak....

Haritu saya dah bungkus balik PS2 ni dan tak benarkan dia main sbb bila main dia tak hingat dunia... satu lagi sbbnya ialah bila dia main, dia akan mengganggu ketenteraman awam especially ketenteraman Hilmi yang sudah merengek2 mintak kebenaran utk main sama... mana bulehhhh... abiss peksa akhir tahun nanti baru buleh Hilmi main.... akan tetapi oleh kerana tidak tahan akan godaan dibulan puasa ini yang amat tidak tertanggung olehnya, Hilmi akan curi2 juga main semasa ketiadaan kami disitu... memang nak kena budak nih... dia ingat kita tak tau agaknya... Abang Aniq pun satu... kita dah simpan, dia pegi keluarkan balik benda nih... mana tak adik Hilmi dia tak tahan nak main sama....

Wednesday, September 16, 2009

SHOPPING CARPET RAYA PULOK...

Kali ni kami shopping carpet raya pulak kat kilang di Pasir Gudang... nama kilang tu Carpet Raya... macam2 jenis carpet ada... kami cari carpet yang paling murah sekali utk digunakan oleh bebudak ni...

Selepas meninjau2 carpet yang ada disitu kami pun belilah 2 keping karpet ... satu saiz sederhana (harganya RM35) dan satu lagi saiz kecil (harganya RM11). Yang saiz sederhana tu kalau kat Jakel harganya RM50... so sapa beli kat kilang ni harganya jauh lebih murahlah....
Nasib baik jugak ada sorang Bang Aji ni nak tolong kami angkatkan carpet2 tu ke kereta... terima kasih Bang Aji ye....

Baru beberapa hari pakai carpet tu... nengok2 Nurin dah conteng dgn kaler dia dah... maka itulah tujuan utama kami beli carpet yang paling murah sekali.... supaya darah kami tak 'go upstairs' gitu... nak conteng... conteeenglaahhhh.... tak kisaaaaahhh....

Tuesday, September 15, 2009

SHOPPING RAYA

Kami dah pi shopping baju raya utk Aniq dan Hilmi dah... beli t.shirt dgn seluar aje... shopping pun kat Tesco jer... Baju Hilmi senang jer nak cari sbb apa je kita tunjuk semua dia berkenan... tak choosy sgt...



Baju abang Aniq payah sikit nak cari.... choosy kemain.... baju semua tak nak yang berkolar.... semua nak round neck.... pastu semua kaler hitam....




Ni budak tak puasa sibuk nak ais krim... tak belikan dia baju raya pun dia tak kisah asalkan dapat ais krim...



Lepas tu kami pegi Jusco pulak untuk cari seluar Nurul.... sebelum tu saya pegi 'recki' dulu kasut atau selipar raya kot2 ada yang berkenen... hmm... belum ada rezeki lagi nampaknya utk tukar selipar buruk nih...


sementara mama dgn Nurul pi cari seluar.... diorang buatlah aktiviti diorang sendiri.... Baba layankan ajerlah...







Budak tak puasa ni dah mintak air pulak.... abang dgn kakak nengok jer laa sambil menelan air liur.... minum depan orang puasa pulak tuh... tak sensitip langsung...