Friday, November 7, 2014


CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN ANIQ DAN HILMI

Pada hujung bulan Mei 2014 iaitu pada cuti sekolah pertengahan tahun yang lalu, Aniq dan Hilmi menghabiskan cuti mereka di Arab Saudi bersama2 kami di sini.  Alhamdulillah... lega rasanya bila mereka berada di depan mata.. hehe... terima kasih pada ahli keluarga yang lain yang menguruskan mereka semasa di Malaysia... Hanya Allah sahaja yang membalas jasa mereka.

Aniq dan Hilmi travel berdua saja... risaunya tak terkira bila kami menunggu mereka yang tak muncul2 dari ruang arrival... telefon masing2 takde line pulak tu... kami lost contact dgn mereka... nmpak macam penumpang lain semua dh keluar tapi dia berdua sahaja x keluar2... lama menunggu akhirnya diorang keluar juga.. Alhamdulillah...







Dari Airport Dammam kami ke Dhahran untuk makan malam dahulu di AppleBees.... itulah first time kami makan disitu... Aniq dan Hilmi tak berapa sihat masa tu... katanya mabuk sikit semasa flight dari Doha ke Dammam.... tapi Hilmi masih berselera untuk makan,  Cuma Aniq saja tidak berapa larat untuk makan... badannya pun panas sedikit... kami masuk dulu di Mall bersebelahan dan beli bantal dan selimut untuk mereka sebelum pulang ke Jubail... 

PINDAH RUMAH BARU

Setelah 3 minggu kami tinggal di First Home barulah kami berpindah ke rumah lain pula.  Maka sebelum pindah bermulalah proses mencuci rmh, mencari peralatan asas seperti dapur, peti sejuk, mesin basuh dan air-cond.  Air-cond mesti pasang dulu sebab waktu kami tiba masa tu dah nak masuk musim panas,,, bayangkan kalau takde air-cond... 




Kami menyewa sebuah apartment kecil yang terletak di tingkat bawah....


Setelah selesai mencuci rumah kami pun mengangkut barang2 dan check-out dari  FirstHome.... Bye-bye First Home.... 


RUMAH SEWA SEMENTARA KAMI - FIRSTHOME

Mula-mula sampai Jubail kami menetap di bilik sewa di FirstHome.  Ada sebuah bilik, sebuah bilik air, dapur dan ruang tamu.... hehe... comel je... 







Setelah dah masuk bilik dan angkat barang semua ke bilik, Baba terus keluar semula dibawa oleh pemandu teksi tadi untuk mendapatkan kereta sewa.



Setelah kami mandi dan berehat2 Baba pun balik dengan membawa makanan iaitu nasi arab... wah.. .. lapar...
pastu tido time... semua orang sambung tido... pastu tido lagi... dan tido... dan tidooo...


Bersebelahan dengan bangunan First Home ada sebuah kawasan tanah lapang di mana setiap petang akan ada bbrp kumpulan orang bermain kriket dan bola sepak di kawasan itu. Maka kalau boring2 kami akan menonton mereka bermain kriket melalui satu2nya tingkap yang ada di bilik kami. hehehe...

PERJALANAN KE JUBAIL 

Letih dan mengantuk.... kami meneruskan perjalanan ke Jubail.  

Maka layan lah gambar2 pemandangan sepanjang perjalanan kami itu,  Inilah sahaja gambar2 yang sempat di ambil sebelum saya melelapkan mata tertidur sambil berdengkur di seat belakang teksi yang disewa.... Nurul dan Nurin telah lama tertidur.... akhirnya saya pun tewas juga... turut sama2 tertidur... hehe....

































AIRPORT DAMMAM

Akhirnya sampailah kami di bumi Arab Saudi ni.  Tiba di lapangan terbang Dammam,,.. satu daripada kotak yang kami bawa tak muncul2... setelah membuat laporan kehilangan barang barulah kami meneruskan perjalanan ke Jubail...












KAMI BERPINDAH KE ARAB SAUDI

Tarikh 8 Mei 2014 merupakan tarikh kami sekeluarga memulakan chapter baru dalam hidup kami.
Tarikh itulah saya, Nurul dan Nurin memulakan perjalanan ke Arab Saudi. Manakala Aniq dan Hilmi terpaksa meneruskan perjuangan di Malaysia. Mereka berdua perlu meneruskan pendidikan di sekolah masing-masing. Maka saya hanya berserah pada Allah untuk memelihara mereka berdua



Azman kelihatan sangat slim masa ni kan...

Nurin... semacam sedih nk meninggalkan keluarga yang lain... especially abang2nya...


Nurul dan Nurin tidak begitu bersemangat untuk perjalanan kali ini....

Mungkin rasa takut2 untuk menghadapi pengalaman baru yang akan datang ini...


Tapi bila dah mula duduk dalam kapal terbang untuk kali pertama baru lah mereka excited sikit...

Maka... bermulalah pengembaraan kami ke Arab Saudi... bermula dari Senai, Johor ke Kuala Lumpur.  Dari Kuala Lumpur ke Doha, Qatar. Kemudian dari Doha ke Dammam, Arab Saudi.  Akhir sekali dari Dammam ke Jubail,