CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN ANIQ DAN HILMI
Pada hujung bulan Mei 2014 iaitu pada cuti sekolah pertengahan tahun yang lalu, Aniq dan Hilmi menghabiskan cuti mereka di Arab Saudi bersama2 kami di sini. Alhamdulillah... lega rasanya bila mereka berada di depan mata.. hehe... terima kasih pada ahli keluarga yang lain yang menguruskan mereka semasa di Malaysia... Hanya Allah sahaja yang membalas jasa mereka.
Aniq dan Hilmi travel berdua saja... risaunya tak terkira bila kami menunggu mereka yang tak muncul2 dari ruang arrival... telefon masing2 takde line pulak tu... kami lost contact dgn mereka... nmpak macam penumpang lain semua dh keluar tapi dia berdua sahaja x keluar2... lama menunggu akhirnya diorang keluar juga.. Alhamdulillah...
Dari Airport Dammam kami ke Dhahran untuk makan malam dahulu di AppleBees.... itulah first time kami makan disitu... Aniq dan Hilmi tak berapa sihat masa tu... katanya mabuk sikit semasa flight dari Doha ke Dammam.... tapi Hilmi masih berselera untuk makan, Cuma Aniq saja tidak berapa larat untuk makan... badannya pun panas sedikit... kami masuk dulu di Mall bersebelahan dan beli bantal dan selimut untuk mereka sebelum pulang ke Jubail...