Sunday, March 29, 2009

SEKITAR KLINIK UPSR DIDIK DI UTM SKUDAI

Aniq telah berpeluang untuk menghadiri Klinik UPSR tempohari yang diadakan di UTM Skudai. Jadi dapatlah dia merasa belajar kat dalam dewan kuliah UTM sekejap walaupun untuk 2 hari shj. Klinik UPSR ini diadakan pada hari Sabtu dan Ahad dari pukul 8.30 pagi sampai 5.30 ptg. Dapat jugaklah dia merasa belajar dalam suasana di Universiti.. Hilmi pun nak merasa juga pergi Klinik UPSR ni... so dia cakap tahun depan dia pun nak pegi jugak... nanti dapat sijil (sijil kehadiran)... kononnya nak kumpul sijil bior penuh satu fail macam Kakak Qila (Aqilah kumpul sijil dapat nombor satu... Hilmi pun sibuk nak kumpul sijil jugak... apa2 sijil pun takpe asalkan banyak, kata dia...), sukatilah...


Nasib baik ada penunjuk arah... senang aje nak cari tempatnya...

Masa hantar Aniq tu, kami pun round2 dulu kawasan Universiti... terkonang le kejap tempat lama belajar dulu...

Ni Masjid UTM..
Ni pun mesjid dia..


Ni bangunan Fakulti FPPSM. Dulu2 pernahlah amek kelas kat sini. Banyak pokok zaitun kat tepi2 bangunan tu.
Ni bangunan Fakulti apa ntah... tak ingat... Jabatan Fizik
Ni... library dia... ambik nama sempena Sultanah Johor....

Ni tangga pi naik ke mana ek.. ke Pejabat kot... kalau tak silap atas tu ada Pos Opis.
Ni landskap2 dia... nengok jer lah...

Jalan kat UTM ni macam roundabout... dari Pintu Gerbang Entrance tu jalan je pusing satu round jumpa le balik Exit dia.
Turun dari Masjid pun boleh terus jumpa Exit... Ni le Pintu Gerbang Entrance / Exit dia.
Keluar dari Pintu Gerbang tu ada tasik / kolam kecik kat sebelah dia... kat sini pelajar2 UTM belajar canoeing....

Rupa2nya kat UTM ni ada kawasan ternakan Rusa... lepas dari kolam tadi tu jumpalah kawasan ternakan Rusa ni... kami berhenti tepi jalan aje bagi Nurul dgn Nurin tengok Rusa.
Cantik jugaklah Rusa2 ni.. badan spotty2...


Masa ni diorang tengah makan... ada yang tak takut orang... ada jugak yang lari bila orang datang tepi pagar tu...

SIAPA PUNYA BEG NI?

Maktok baru balik dari trip to Singapore.. Puan TokSira44 kita telah mengirim barang... apa lagi kalau bukan luggage... so ... ini le bendanya... cantik tak? warna - cokelat.

Ni pandangan sisi...

Ini pulak pandangan depan...
Harganya pulak, macam dalam gambar ni lah.... beli kat Moustaffa Centre.


Jenamanya ? Oh..ada...ada...ada brand... namanya Balrin from Paris

So... bila nak dtg ambik nih?

Monday, March 23, 2009

SEKITAR HARI KAHWIN AIN DAN KHATAM QURAN

Ni laporan di sekitar hari majlis Khatam Quran untuk Atiqah, Mira dan Syikin yang diadakan pada hari yg sama dgn majlis kahwin Ain yg diadakan di Balai Raya Kg. Melayu tempohari... kami cuma tumpang majlis khatam tu pd sebelah pagi manakala jamuan mkn majlis Ain mula pukul 11.00. So, pagi itu kami semua bersiap2 le pergi ke Balai Raya... awal2 lagi kami diarahkan oleh Maktok spy memakai baju serba cokelat sbb nanti pengantin pakai baju cokelat jugak... nak sedondon dgn pengantin gitu... maktok dah pegi dulu dgn bunga paha utk majlis khatam tu.... si kecik Nurin ni pun nak bertudung macam kakak jugak...



Masa ni majlis khatam baru nak mula... tengah testing2 mikropon....
lambat nya lah nak mula... mikropon pulak asyik nak tumbang aje... masa ni Atiqah bukannya tengah bagi ceramah...cuma testing mike je...
Kat belakang tu adalah ahli2 Persatuan Ibu Tunggal yang turut dijemput hadir utk memeriahkan lagi majlis khatam ni. Mereka ni ada uniformnya... baju kurung putih bunga purple.. masa ni Maktok sorang tak pakai uniform dia sbb tertinggal kat rumah... dia pesan kami suruh bawakkan tapi dia cakap "Tolong bawakkan baju pink aku"... kitorang tak perasan pulak ada baju pink... so kami pun tak bawak le atas alasan tak jumpa baju pink maktok... rupanya dia maksudkan baju purple (bunga purple)... tak dapat le Maktok pakai... walhal dia dah gantung kat pintu bilik dia... Majlis belum start lagi, tudung Nurin dah nak tanggal...
Bunga pahanya pun maktok pilih warna cokelat juga... semuanya ada tiga paha sbb tiga org yg khatam... kalau tak ada lima (utk Ajam dgn Aisyah). Tapi sbb Ajam dah masuk asrama and Aisyah tak dpt balik (sbb warden asrama tak bagi balik), so cuma 3 je lah yg dpt khatam. Maktok sampai merajuk2 sbb Aisyah tak dpt balik... kalau tak dia dah nak cancel dah majlis ni... pujuk punya pujuk and disbbkan 3 orang lagi tu available masa tu (tak naik bendera merah), so dia setuju jugak nak teruskan majlis khatam ni.... kesian maktok... tercapai jugak hajat dia...
Habis je majlis khatam terus bermula majlis kenduri Ain pulak... Masa tu Ain jemput kumpulan muzik Arab utk menghiburkan tetamu.. ni lah penyanyi utamanya... namanya syed apa ntah tak ingat... dengarnya dia ni penyanyi famous zaman dolu2... org lama2 kenallah kot...
Penyanyi ni juga mempunyai stail menari yang unik.. sesiapa nengok dia menari pasti nak terikut sama. Ada ala-ala stail M. Daud Kilau gitu but minus the 'gelek' lah...
Ini pemain gambus.... muzik dia boleh tahan sedap... alah macam lagu yang kita dengar kat radio sebelum nak azan Maghrib tu... bak kata En. Wahab kita macam lagu nak buka puasa je... tapi bila dengar lama2 memang sedap dan terhibur jugaklah...
Inilah pengantin kita.... Ain dan Wan.
Ada pengantin, mestilah ada kompangnya...
Lama betul budak2 kompang ni main... tak sure kumpulan kompang dari mana...
Nurul tak berapa gemar bunyi kompang... dia kata bising sangat... Nurin rilek je sbb dia punya jerit lagi kuat dari bunyi kompang tu... sbb tu dia tak kisah...

Sunday, March 22, 2009

TELUR PINDANG LAGI!

Kali ni Maktok masak telur pindang untuk kenduri kahwin Ain pulak. Kali ni tak sampai seribu biji cuma dalam 800 biji aje tapi kami tambah lagi 3 papan telur lagi untuk majlis khatam Quran atiqah, amirah and Syikin, pastu untuk ganti kalau ada telur2 yg pecah2 atau retak2.

Seperti biasa, Cik Mandor kita ni lah yang akan supervise kerja2 memasak telur pindang ni....
Ni lah dia helpers yang sangat rajin menolong kami menyusun telur2 tu dalam periuk.

Memang sukalah diorang... macam main pondok2 je masak daun2 nih...
Kakak Nurul siap pesan suruh tunggu dia balik tadika dulu baru mula masak telur ni sebab dia beriya2 nak tolong Maktok...
Busy sungguh le budak dua ni.... habis tolong takde dapat upah pun... basah baju ada la...
Bukan senang nak cari semua daun-daun ni especially daun pokok jambu batu dgn daun salam tu... setiap kali kalau keluar berjalan pasti melilau mata maktok cari pokok jambu batu. Banyak cabarannya semasa nak cari daun2 nih... kena kejar anjing le, kena gigit nyamuk le... daun jambu batu maktok dapat kat rumah sorang nyonya kat Kluang tu... dah mintak izin dgn nyonya tu... daun pokok senduduk pulak senang sikit nak cari... kat tepi2 jalan pun ada... saya berhenti kereta tepi jalan, Maktok pun mulakan operasi memetik daun senduduk...
Tapi kena tahan sikit dgn gigitan nyamuk2 kat dalam semak tu... saya tolong Maktok sekejap dah kena gigit sana- sini... Daun salam maktok dapat dari rumah sorang kawan kepada kawan dia (nak cari daun pun kena bnyk networking). Daun pandan tarah pokok kat rumah B.Chah aje... daun serai dan daun lengkuas dpt kat blkg rumah jiran... serai dan lengkuas nya pulak beli kat pasar... masa kat pasar sempat jugak maktok mintak kulit2 bawang yang nak dibuang dari sorang nyonya yg sedang membersihkan kulit2 bawang di situ... so complete le bahan2 yang diperlukan untuk buat telur pindang nih...
Nilah rupa pokok senduduk yang kami ambil kat tepi jalan berdepan dgn Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim tu (MPTI - tapi skrg dah tukar nama, tak ingat apa)

Saturday, March 21, 2009

SEKITAR MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Majlis Anugerah Cemerlang sekolah Aniq diadakan pada hari sama dgn Mesyuarat Agong PIBG. Saya tak pergi pun sebab kalau pergi nak kena bawak Nurin sekali.. mau dia jerit, satu dewan terkejut nanti. Last year pergi, bawak Nurin, sekali tu bila dia dah boring mulalah dia meragam. Semua org nengok bila dia jerit... So this year suruh Baba pergi sorang je... tu pun gi Majlis Anugerah je... tak tunggu pun sampai mesyuarat PIBG, Baba dah cabut lari balik rumah. So... this is Aniq terima anugerahnya dari Guru Besar.


This is Aniq terima anugerah dari siapa ek... tapi pangkat tinggi2 lah dalam angkatan tentera tu..
Acara selingan adalah tarian Zapin untuk menghiburkan para tetamu... mula2 Aniq terpilih juga untuk Tarian Zapin ni... dah seminggu balik lambat belajar menari, last2 bila time rehearsal Cikgu decide buang dia atas alasan stage tak cukup besar, tak muat ramai sgt penarinya... so takde le dapat nengok dia menari Zapin... sorry Mak Yang... kempunan le nampaknya... next time kita suruh le diorang joget lambak jer dgn Syahmi and Syakir kat rumah Opah nanti....

Errr.... yang ni penerima anugerah seterusnya...
Tapi bukan untuk dia tapi utk org lain punya... kira tukang ganti orang yang tak dapat hadir utk terima anugerah... kesian le dia... frust betul dia bila satu subjek pun tak dpt hadiah... tapi cikgu pilih Hilmi untuk tolong amekkan hadiah org lain yang tak dpt hadir... so.. dia pun sama sibuk suruh gosok baju line kena tajam... kena pakai kasut putih melepak, rambut kena pendek dan kemas.... persediaanya sama macam org yg nak dpt hadiah anugerah macam abang Aniq...
So kenalah saya bawak diorang pegi potong rambut, kapurkan kasut mereka(tak cuci pun takut tak sempat kering...main kapur je asal putih), gosokkan baju kasi tajam line tepi lengan, etc...etc....
Baba pun tak sempat nak ambil gambar dia atas stage sbb tak perasan pun bila masa dia naik pentas, habis tu cikgu panggil nama orang lain bukan nama dia... mana nak tau... sedar2 dah turun pentas dah.. turun je pentas terus cikgu sambar balik hadiahnya utk disimpan semula... walaubagaimana pun Hilmi tetap tersenyum puas kerana diberi peluang utk menerima Anugerah Cemerlang (walaupun bukan utk dirinya)...