Sunday, March 22, 2009

TELUR PINDANG LAGI!

Kali ni Maktok masak telur pindang untuk kenduri kahwin Ain pulak. Kali ni tak sampai seribu biji cuma dalam 800 biji aje tapi kami tambah lagi 3 papan telur lagi untuk majlis khatam Quran atiqah, amirah and Syikin, pastu untuk ganti kalau ada telur2 yg pecah2 atau retak2.

Seperti biasa, Cik Mandor kita ni lah yang akan supervise kerja2 memasak telur pindang ni....
Ni lah dia helpers yang sangat rajin menolong kami menyusun telur2 tu dalam periuk.

Memang sukalah diorang... macam main pondok2 je masak daun2 nih...
Kakak Nurul siap pesan suruh tunggu dia balik tadika dulu baru mula masak telur ni sebab dia beriya2 nak tolong Maktok...
Busy sungguh le budak dua ni.... habis tolong takde dapat upah pun... basah baju ada la...
Bukan senang nak cari semua daun-daun ni especially daun pokok jambu batu dgn daun salam tu... setiap kali kalau keluar berjalan pasti melilau mata maktok cari pokok jambu batu. Banyak cabarannya semasa nak cari daun2 nih... kena kejar anjing le, kena gigit nyamuk le... daun jambu batu maktok dapat kat rumah sorang nyonya kat Kluang tu... dah mintak izin dgn nyonya tu... daun pokok senduduk pulak senang sikit nak cari... kat tepi2 jalan pun ada... saya berhenti kereta tepi jalan, Maktok pun mulakan operasi memetik daun senduduk...
Tapi kena tahan sikit dgn gigitan nyamuk2 kat dalam semak tu... saya tolong Maktok sekejap dah kena gigit sana- sini... Daun salam maktok dapat dari rumah sorang kawan kepada kawan dia (nak cari daun pun kena bnyk networking). Daun pandan tarah pokok kat rumah B.Chah aje... daun serai dan daun lengkuas dpt kat blkg rumah jiran... serai dan lengkuas nya pulak beli kat pasar... masa kat pasar sempat jugak maktok mintak kulit2 bawang yang nak dibuang dari sorang nyonya yg sedang membersihkan kulit2 bawang di situ... so complete le bahan2 yang diperlukan untuk buat telur pindang nih...
Nilah rupa pokok senduduk yang kami ambil kat tepi jalan berdepan dgn Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim tu (MPTI - tapi skrg dah tukar nama, tak ingat apa)