Aniq telah berpeluang untuk menghadiri Klinik UPSR tempohari yang diadakan di UTM Skudai. Jadi dapatlah dia merasa belajar kat dalam dewan kuliah UTM sekejap walaupun untuk 2 hari shj. Klinik UPSR ini diadakan pada hari Sabtu dan Ahad dari pukul 8.30 pagi sampai 5.30 ptg. Dapat jugaklah dia merasa belajar dalam suasana di Universiti.. Hilmi pun nak merasa juga pergi Klinik UPSR ni... so dia cakap tahun depan dia pun nak pegi jugak... nanti dapat sijil (sijil kehadiran)... kononnya nak kumpul sijil bior penuh satu fail macam Kakak Qila (Aqilah kumpul sijil dapat nombor satu... Hilmi pun sibuk nak kumpul sijil jugak... apa2 sijil pun takpe asalkan banyak, kata dia...), sukatilah...
Nasib baik ada penunjuk arah... senang aje nak cari tempatnya...
Masa hantar Aniq tu, kami pun round2 dulu kawasan Universiti... terkonang le kejap tempat lama belajar dulu...
Ni Masjid UTM..
Ni pun mesjid dia..
Ni bangunan Fakulti FPPSM. Dulu2 pernahlah amek kelas kat sini. Banyak pokok zaitun kat tepi2 bangunan tu.
Ni bangunan Fakulti apa ntah... tak ingat... Jabatan Fizik
Ni... library dia... ambik nama sempena Sultanah Johor....
Ni tangga pi naik ke mana ek.. ke Pejabat kot... kalau tak silap atas tu ada Pos Opis.
Ni landskap2 dia... nengok jer lah...
Jalan kat UTM ni macam roundabout... dari Pintu Gerbang Entrance tu jalan je pusing satu round jumpa le balik Exit dia.
Turun dari Masjid pun boleh terus jumpa Exit... Ni le Pintu Gerbang Entrance / Exit dia.
Keluar dari Pintu Gerbang tu ada tasik / kolam kecik kat sebelah dia... kat sini pelajar2 UTM belajar canoeing....
Rupa2nya kat UTM ni ada kawasan ternakan Rusa... lepas dari kolam tadi tu jumpalah kawasan ternakan Rusa ni... kami berhenti tepi jalan aje bagi Nurul dgn Nurin tengok Rusa.
Cantik jugaklah Rusa2 ni.. badan spotty2...
Masa ni diorang tengah makan... ada yang tak takut orang... ada jugak yang lari bila orang datang tepi pagar tu...