Thursday, April 2, 2009

SEKITAR HARI JADI ANIQ KE 12

Hari Selasa 31 Mac lepas ialah hari jadi Aniq yang ke 12. So kami sambut sikit2 je lah... lepas diorang balik sekolah agama pukul 6 lebih terus suruh pergi mandi cepat2... then dekat2 Maghrib tu suruh le Aniq tiup lilin kek... kek pun tak sempat beli... buat aje kek cokelat... tuang topping pastu tabur smarties...dah siap... Ni ler ghupe birthday cake Aniq... kesian le dia... sempoi je kek dia... astu Mak dia bukannya gheti nak decorate2 cake nih... jadik le tu.. asalkan ada...


Dah pasang lilin suruh le dia tiup...
Padam je lilin tu Nurin pulak menangis... ghupenya dia pun nak tiup tak dapat... hah... pasang le balik lilin bagi dia tiup pulak... baru puas hati ..
Pastu potong le kek pulak.
Oh ya... Maktok sempat juga bacakan doa selamat untuk Aniq sementara kami semua meng-aminkannya....

Kemain khusyuk lagi Nurin meng-aminkan bacaan doa..

Si Nurul pulak jadi "party planner" nya... siap buatkan Abang aniq 'crown', mask dan birthday card. Kita le yang dia dera untuk tolong dia buatkan semua tu... pastu dia paksa Abang Aniq dia pakai crown tu...

Siap buat mask, sebab masa pegi Giant, Nurul nampak kat seksyen jual brg2 birthday party tu ada macam2 termasuklah mask... dia suruh beli, saya tak bagi... last2 dia mintak tolong buatkan.. kesian pulak... teringin le tu.

Nurin pun mesti la ada jugak... apa yang kakak dia buat, dia pun nak jugak...

ni kes dah boring lah ni...
Pastu diorang cepat2 siap untuk mengaji... kejap lagi Ustaz nak datang ajar ngaji.. postpone dulu le makan kek... lepas ngaji kang sambung balik...

Lepas Ustaz dah balik, Baba pun balik dari kerja jugak... so sempatlah join sessi bukak hadiah dan makan kek...

Yang lain2 pun excited jugak... especially si kecik tu le..

Hilmi pose muka boring.... boring jer dia sebab hadiah yang dia belikan untuk Abang Aniq tu sebenornya dia yang nak.... bagi dalam terpaksa le tu... lagi pun dia jeles birthday dia lambat lagi... kena tunggu bulan 8 sok...

Ewah... tayang le kejap hadiah dia dapat...

Oleh kerana Aniq minat architecture, belikan dia coloured pen ni untk dia lukis2...

Oleh kerana Hilmi minat Science, dia pilih science project ni untuk Abg Aniq (actually utk diri dia sendiri).
Nurul belikan Abang Aniq stationery juga..
THE END.
Oh..Ya... Hari ni Birthday MakTam dia pulak kan!! 2 April 2009... "HAPPY BIRTHDAY MAKTAM !!" from all of us .. Semuga Panjang Umur, Murah Rezeki, Sihat Sejahtera dan Bahagia Sentiasa. Amin.