Thursday, April 9, 2009

HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN JOHOR

Hari Rabu 8 April adalah cuti umum sempena hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor. Mulanya kami cadang nak jogging kat Kebun Bunga Istana tapi rupanya ada upacara sambutan hari keputeraan kat Istana... so tak boleh masuk... maka ramai joggers yang regular kat situ semua kena jogging kat depan Mahkamah aje... kami tak join sama... kami pegi cari tempat lain utk jogging...

Kat depan Mahkamah tu ada air pancut ni dan tempat berjalan kaki... so ramai le orang berpindah jogging kat sini...



Kami pun menuju ke Hutan Bandar... kat situ pun ramai orang jugak, nasib baik ada parking kosong satu... so kami jogging kat situ je...

Jogging kat Hutan Bandar ni mencabar sikit sebab berbukit-bukit... letih lebih sikit le...

Kat sini banyak pokok2 hutan yang masih dipelihara...

Kat sini ada juga kolam2 buatan yang diletakkan kura2... so Nurul dgn Nurin enjoy jugak nengok kura2 kat dalam kolam tu... Ni Nurul tengah tengok turtle kat tepi jambatan tepi kolam...

Jalan ni penuh dgn pokok buluh... kalau nak jalan kat sini kena tunduk sikit sebab penuh pokok buluh...

Walaupun pemandangan kat Hutan Bandar ni cantik tapi yang tak bestnya kat sini banyak nyamuk... tergaruk2 Nurul dgn Nurin dibuatnya.....

Lepas jogging diorang buat stretching and cooling down.... kitorang (ladies) tak join... pegi nengok ikan pulak....

Sempat main buaian dulu

Nengok ikan dari atas jambatan....

Ikan Koi.... tak banyak sangat macam dulu2... agaknya dah banyak mati kot....

Berfeluh2 tuh.... lencun diorang... kitorang (ladies) kering jer tapi banyak kena gigit nyamuklah pulak....

Pastu Baba decide nak duduk2 kat Taman Merdeka pulak untuk sejukkan badan... mula2 Hilmi ingat Baba nak sambung jogging kat sini... nak nangis dia dibuatnya...."Hu..hu..hu...Hilmi dah penat ni.....". Muncung dia macam idung Pinocchio...

Sambil rehat2 kat sini sambil ambik2 gambar lah...

Tak jogging pun... saja jalan2 ambil angin...

Nilah antara gambar2 pemandangan yang diambil oleh Aniq... dia berangan jadi photographer kejap...

Macam astaka... tak tau untuk apa...

Ada orang jugak panjat benda ni untuk view the whole Taman ni...

Menara jam...

Tak tau tempat apa ni... tak pernah explore pun sampai situ... toilet kot....

Situ ada gazebo2... tak pernah pegi situ pun...

Antara gambar2 flora and fauna yang Aniq ambil..... ni orkid hutan...

Bunga keembong maroon....

Teratai putih...

Teratai pink dah kembang habis....

Teratai putih ni pun dah kembang betul...
Another bunga teratai pink....

Ni tak tau pokok apa... tapi baba bagi assignment kat Aniq suruh cari nama pokok ni....

Ni macam pokok yang orang ambik daun dia untuk buat tempe... ye ke?
"Are you enjoy?" kata Makcik Ella Ratu Rock kita... Enjoylah jugak....