Wednesday, December 22, 2010

PESKIL - PESantren KILat...

Balik dari Hong Kong dan setelah bersuka ria di sana, Aniq dan Hilmi telah berjaya dipujuk untuk mengikuti pula program PESKIL atau singkatan kepada Pesantren Kilat.... Pesantren tu merujuk kepada sekolah agama di Indonesia .... Kilat tu maksudnya cepat... sebab sekolahnya cuma 15 hari jer.... so program ni berjalan selama 15 hari, diadakan di Maahad Tahfiz Al-Akhyar... dan mereka dikehendaki menetap di asrama Maahad tersebut sepanjang program dijalankan...

Ini merupakan penyertaan kali kedua bagi Aniq dan Hilmi.... tahun lepas pun diorang pegi jugak...
Di sini mereka telah diajar untuk menghafaz beberapa potong mahfuzot, hadis, hafazan surah Al-Mulk dan surah Al-Waqiah, Bahasa Arab, Motivasi dan lain2 lagi lah... Of course semuanya ikut kemampuan budak2 untuk menghafaz... Aniq dan Hilmi pun sampai habis 15 hari tu tak habis lagi hafaz surah2 tu.... hafaz separuh je.... tapi ada budak yang terang hati tu, boleh hafaz surah2 tu dalam masa yang singkat aje...
Semua anak2 tak dibenarkan berhubung dengan ibu-bapa langsung.... maksudnya tak boleh bawak hand-phone.... ini untuk memastikan mereka fokus dalam program tersebut... Kat sini mereka akan bangun pagi seawal pukul 5.00 pagi (ustaz akan kejutkan), solat berjemaah, makan ramai2 dalam dulang, beriadah, basuh baju sendiri, tidur atas lantai ramai2 (bertilam cuma takde katil), makan pun diberi cukup2 aje dan tidak berlebihan sampai kenyang sangat2... pendek kata, diorang diajar untuk menghayati kehidupan saudara2 mereka yang kurang bernasib baik macam di Palestin sana....
Lepas seminggu di sana, barulah ibubapa boleh jenguk anak2 sekejap pada hari Sabtu dari pukul 2.00 sampai 4.00 ptg.... masa ni lah mak bapak hantar makanan pada anak2.... ada yang bawak ayam kentucky lagi untuk anak diorang.... untuk budak berdua ni saya cuma bawakkan biskut2 kering jer...
Ni masa nak balik naik ke asrama diorang.... bawak sorang sebungkus biskut2 kering.... hehehe...
Kemudian.... pada tiga hari terakhir, mereka telah dibawa berkhemah di Hutan Bandar Putra, Kulai.... bermacam2 aktiviti dibuat disana.... antara aktiviti yang paling digeruni oleh Aniq dan Hilmi ialah masuk hutan sorang2 tengah2 malam buta hanya berpandukan tali untuk guide diorang keluar dari hutan .... mungkin tujuannya untuk melatih anak2 ni supaya berani dan bersemangat waja... budak dorang tu dah lah penakut... masuk toilet sorang2 tengah malam pun takut... inikan pulak masuk hutan tengah malam sorang2 dalam gelap gelita tu... hehehe... tapi alhamdulillah, pada tahun ni mereka berjaya melakukannya... tahun lepas Hilmi demam masa acara masuk hutan tu... so dia dikecualikan... Aniq pulak terlampau takut yang teramat sampai sekerat jalan je dia patah balik... tapi tahun ni dorang berjaya keluar hutan tu, walaupun terjerit2 ketakutan (sbb kat dalam tu ada AJK yang sembunyi dan tunggu untuk sergah2 diorang).... Saya teringat cerita oleh seorang ustaz, beliau menceritakan bahawa pada zaman Rasulullah saw dulu, ada sorang remaja (namanya saya tak ingat) yang umurnya dalam lingkungan 17 atau 18 tahun gitu yang berjaya mengetuai pasukan tentera semasa berperang... hebat sungguh.... zaman sekarang mana nak jumpa....
Pada hari terakhir, ibubapa dijemput hadir untuk sama2 meraikan acara penyerahan sijil dan seterusnya mengambil anak2 masing2 pulang ke rumah ... masa nilah anak2 ni akan menunjukkan kepada ibubapa apa yang mereka telah belajar selama berada di PESKIL....
Masa ni diorang sedang menyanyikan sebuah lagu nasyid tentang Palestin (Kalau tak silap Untukmuuuu.... Hai Palestina.... lebih kurang gitulah liriknya, lagunya tentang keinginan diorang nak bersama2 berjihad untuk Palestin)
Ada jugak persembahan2 sketsa tentang hadis dan mahfuzot yang mereka dah hafal.... kalau tahun lepas, salah satu mahfuzot yang saya ingat ialah "Bencana ilmu adalah Lupa" (maksud dlm bahasa arabnya saya dah lupa), lagi satu "Man Jadda Wa Jadda" ( maksud dlm bahasa melayunya saya dah lupa)... memang bencana ilmu betul!!!

Oleh kerana Hutan Bandar Putra ni terletak berdekatan dengan Airport Senai, maka memang banyaklah kapal terbang2 yang lalu rendah di atas mereka semasa nak landing .... bunyinya memang kuat sekali.... ustaz telah menyuruh mereka menggambarkan keadaan semasa Palestin diserang Israel pada setiap kali ada bunyi kapal terbang lalu dia atas mereka .... maka, setiap kali ada kapal terbang lalu atas mereka, semua anak2 akan meniarap atas tanah sambil meletakkan tangan di atas kepala untuk menghayati keadaan saudara2 mereka di Palestin semasa diserang Israel... tidak kira mereka sedang buat apa sekali pun, setiap kali bunyi kapal terbang yang kuat itu, diorang akan meniarap atas tanah, kecuali waktu solat dan waktu makan sahaja....

Setelah bersalam-salaman dengan ustaz... mereka dibenarkan pulang... dengan hati yang berat dan sayu Hilmi dan Aniq pulang meninggalkan ustaz2 dan rakan2 yang mereka sudah mula sayang.... sampai sekarang diorang masih rindu pada ustaz2 tu...

Sijil penyertaan .....Maka berbondong2lah mereka membawa barang2 masing2 termasuklah bantal busuk, baldi, baju busuk, kasut dan stokin busuk mereka....
Adik Nurul dan adik Nurin dah rindu pada abang2 setelah 2 minggu tak jumpa....
Abang2 pun dah rindu pada adik2...
Posing jap kat tasik sebelum balik...
On the way balik, ada pulak kejadian kereta terbakar.... macamana leh terbakar pun tak tau... sib baik bomba dah padamkan....

Thursday, December 16, 2010

HONG KONG DISNEYLAND

Pada awal cuti sekolah haritu Aniq dan Hilmi berpeluang mengikut Maksu, Ayah Alang, MakYang, Opah dan Anis pergi ke Hong Kong, .... terima kasih semua kerana sudi membawa mereka berdua untuk pergi bersama ke Hong Kong.... inilah pengalaman pertama mereka pergi keluar negeri selain dari Singapore.... pengalaman pertama mereka menaiki kapal terbang... excited sungguh diorang masa tu... oleh kerana ni first time mereka nak jalan jauh, maka sibuklah kami pergi mencari dan membeli beg luggage sorang satu... pastu oleh kerana takut kat Hong Kong susah cari makanan halal, mereka dibekalkan jugak berjenis2 biskut dan roti serta mee maggi... maka penuhlah beg berisi makanan sahaja... lebih makanan dari baju2....

Maka inilah gambar2 mereka yang sempat dirakam di Disneyland sana... tak larat nak letak semua.... banyak sangat gambarnya... sampai penuh memory card camera tu... tak dapat le saya nak explain kat mana mereka berada masa ni, diorang je yang tau...

According to them, ni kat Disneyland Hotel...
Ni pun sama...


Ni pun sama...

Ni pun sama...
Ni pun sama...


Ni kat dalam Disneyland....













Kemain lagi Hilmi, siap 'merangkul' bahu si Minnie... dipeluknya betul2....







Nak amek gambar dgn Disney characters ni pon kena beratur, diorang tak dapat amek gambar dgn Disney Princesses sbb beratur panjang sgt....


Sekian....

Tuesday, November 30, 2010

PERISTIWA YANG MENCEMASKAN, MENDEBARKAN LAGI MENYAYAT HATI...

Pukul 12.45 tengahari semalam, saya mendapat panggilan dari Maktok menyuruh saya datang ke rumah B.Chah dengan kadar segera...

Maktok : "Tolong datang sekarang.... ada emergency ni.... "
Saya : "hah? emergency? emergency macamana?..."
Maktok : "Dapur Chah ni terbakar sikit..."
Saya : "OK OK OK OK..." . Letak ganggang.

Saya yang mendengar perkataan 'terbakar' terus melompat mencapai kunci kereta sambil memanggil Nurul dan Nurin supaya masuk ke dalam kereta dengan segera.... keluar saja dari gate rumah, hujan turun selebat-lebatnya.... saya pun memasang lampu kereta... sepanjang dalam perjalanan kepala otak ini hanya memikirkan ada sesiapa ke yang tercedera? maktok? anak2 sedara ku? tak sempat pulak nak tanya maktok tadi.... dalam masa 15 minit kami pun sampai .... Nurin pulak sempat tertidur dalam kereta... dalam hujan saya mendukung Nurin masuk ke dalam rumah Maklongnya dan berlari keluar semula untuk mematikan enjin kereta...

Sampai saja depan pintu rumah saya disambut dengan bau asap yang kuat sangat dan dalam rumah masih ada saki baki asap hitam.... terdapat juga kesan2 jelaga hitam di siling2 cornice maklong... Maktok keluar dari dapur dan saya lihat air muka Maktok yang seperti hendak menangis.... tetapi kelihatan Mira, Syikin, Qila dan maktok takde cedera apa2.... cuma masing2 kelihatan macam terkejut dan sedih... terus saya masuk ke ruang dapur dan melihat keadaannya.... Kusmangat... terkejut saya... ni bukan sikit2 punya terbakar ni....


Cornice border tu dah jatuh akibat terbakar separuh... siling, lampu dan dinding pun hitam legam...

Hood dapur habis sama sekali....

Dapur tak terbakar.... menandakan punca api bukan dari dapur...
cornice border jatuh.... hanya bertahan atas pintu dapur...

Tiga pintu dari kabinet dapur rosak...

Nasib baik barang2 didalam kabinet selamat...

Kesan terbakar didapati bermula dari unit hood dapur hingga keatas siling.... dipercayai akibat litar pintas....

Tuan rumah belum tahu lagi kejadian yang menimpa ruang dapur dia nih... harap2 dia tak baca blog ni dari Mekah sana... biorlah dia balik Malaysia dulu baru diberitahu.... takut dia risau pulak kat sana nanti... Mira pun kata kalau mama dia tahu, takut mama akan nangis.... masing2 takut nak beritahu... fuh... berat nih...
Ketika saya sedang menolong maktok menyental jelaga hitam kat dinding tu, datang Qila sambil memberitahu yang jiran sebelah beritahu yang lampu kereta tak dipadamkan... Oh ... ye ke? terlupa pulak... Dalam kelam kabut semasa hujan tadi saya terus tutup enjin kereta tanpa memadamkan lampu kereta dahulu.... saya pun mencapai kunci kereta dengan intention untuk keluar membelikan nasi bungkus untuk mereka... setelah memadamkan lampu kereta, saya pun 'menyetartkan' enjin ( start enjin kereta....)... hampeh... dah tak mau hidup.... tunggu sekejap... kot2 kejap lagi dia mau hidup.... pegi beli nasi dulu, jalan kaki je... balik beli nasi, try lagi sekali hidupkan enjin kereta.... hampeh juge.... jalan kaki balik pegi kedai tayar dan bateri.... mekanik kedai tu datang naik motor bawak bateri baru dan terus tukarkan sekali.... baru le boleh hidup kereta itu... maka 'hangus' le duitku sebanyak RM200.50 pada hari itu... ni cerita pasal terbakar juga... tapi terbakar duit...

Monday, November 29, 2010

SATA...

Haritu bawak maktok pegi pasar malam Jln Datin Halimah... sekali tu ternampak orang jual SATA... baru je dua hari sebelum tu Aniq cakap teringin nak makan SATA lagi... dia kata dia teringatkan SATA yang dia makan masa kami travel ke kelantan-Trengganu haritu... memang sedap pun SATA yang kami beli kat Marang, Trengganu dulu tu.... maka saya pun belikan Aniq dan Hilmi sorang sebatang SATA... satu batang RM2.00 dan ada 3 biji SATA dicucuk pd btg tu... jadiklah.... dah teringin sangat je bunyik nya...

Ini le rupa SATA yang kami beli di Marang, Trengganu dulu.... makan dalam kereta... itu jam jugak habis....
Lebih kurang macam otak-otak cuma tak kaler merah...

MUSIM ORG BALIK HAJI...EEE...EEE... SUDAH TIBAAAA..... LAGIIIII....

Minggu depan 6 Disember, B.Chah dan A. Zul akan balik dari mengerjakan haji... anak2 dia dah tak sabar menunggu kepulangan mak bapak diorang.... Maktok pun begitu juga.... maka mereka akan ke KL untuk menyambut kepulangan Tuan Hj. dan Mak Hajah kita itu di KLIA.... cuma kami sekeluarga je tak dapat join sama kerana Baba tak dpt coti....
Ini lah keadaan di Airport Senai semasa musim orang pegi haji yang lalu... kaum keluarga dan sanak sedara yang menghantar ahli keluarga yang pegi haji duduk berehat sambil menunggu kapal terbang berlepas ke Madinah...

Kami pergi airport masa tu bukan nak hantar sapa2 pun... saja2 je nak tengok orang pegi haji... kami meneruskan tradisi arwah tokayah yang setia melawat org2 pegi haji di airport walaupun takde orang yang dia kenal...
Kakak Nurul gumbira melihat kapal terbang....

Adik Nurin tak berapa gumbira nampaknya....

Salah satu kapal terbang yang membawa jemaah haji terus ke Madinah haritu...

Thursday, October 14, 2010

SIARAN TERTUNDA 2

Kami masih dalam negeri Kelantan... meneruskan perjalanan, kami singgah di pantai bisikan bayu, berhenti kejap untuk melihat surroundings dan membeli SATA di gerai ini.... Aniq dan Hilmi pertama kali diberi peluang untuk mencuba makanan ini dan nampaknya mereka amat sukakannya...
Kini kami telah sampai ke kawasan Terengganu... pemandangan pantai saja sebab kami memang ikut jalan pantai...


Setelah itu kami sampai di Seberang Takir dimana terletaknya Lapangan Terbang Sultan Mahmud di situ...
Berhenti sekejap ditepi jalan untuk melihat sebuah kapal terbang AirAsia sedang landing ...

Meninjau sekejap kawasan Lapangan Terbangnya....
Cantik jugalah airportnya... tapi kami tak masuk dalam... lalu luar je....
On the way tu lalu Kompleks Sukan negeri Terengganu...
Kompleksnya berbentuk macam spaceship...

Kemudian kami lalu pula di hadapan Stadium Sultan Mizan....

Kelihatan kerja2 pembersihan bangunan yang runtuh sedang giat dijalankan....

beberapa sudut bahagian yang runtuh....

Akhirnya kami sampai di Kuala Trengganu... replika batu bersurat...