Pada awal cuti sekolah haritu Aniq dan Hilmi berpeluang mengikut Maksu, Ayah Alang, MakYang, Opah dan Anis pergi ke Hong Kong, .... terima kasih semua kerana sudi membawa mereka berdua untuk pergi bersama ke Hong Kong.... inilah pengalaman pertama mereka pergi keluar negeri selain dari Singapore.... pengalaman pertama mereka menaiki kapal terbang... excited sungguh diorang masa tu... oleh kerana ni first time mereka nak jalan jauh, maka sibuklah kami pergi mencari dan membeli beg luggage sorang satu... pastu oleh kerana takut kat Hong Kong susah cari makanan halal, mereka dibekalkan jugak berjenis2 biskut dan roti serta mee maggi... maka penuhlah beg berisi makanan sahaja... lebih makanan dari baju2....
Maka inilah gambar2 mereka yang sempat dirakam di Disneyland sana... tak larat nak letak semua.... banyak sangat gambarnya... sampai penuh memory card camera tu... tak dapat le saya nak explain kat mana mereka berada masa ni, diorang je yang tau...