Tuesday, October 8, 2019

DINNER DI OKASHI, JUBAIL


Jumaat petang yang lalu kami ke Okashi, sebuah restoran di Jubail al-Balad.


Kami pergi pada pukul 4 ptg, sudah agak lewat juga memandangkan waktu maghrib masuk pada pukul 5.30pm.  Sekira masuk waktu solat semua kedai2 dan restoran2 disini akan ditutup sebentar untuk memberi laluan kepada pekerja2 untuk melakukan solat.


Mujur juga kami sempat sampai di sini sebelum waktu solat.  Kami pun terus membuat pesanan makanan yg diingini.


Selepas memesan makanan kami pun mencari meja yg kosong untuk duduk. Setiap meja di bahagian 'Families' mempunyai tirai.


Kami pun duduk di hujung ruangan tersebut sambil menunggu makanan tiba.


Akhirnya makanan yg dipesan pun tiba dan dihantar oleh pekerja mereka ke meja kami.  Nurin memesan Dynamite Shrimp Sushi.

Baba memesan Singaporean Beef Noodle.


Saya memilih untuk makan Mandarin Chicken yg dihidang bersama nasi putih.


Nurul pula tidak memilih apa2 dari kiosk Okashi tetapi memilih makanan dari kiosk Chick N Dip yg terletak bersebelahan dgn Okashi.  Order untuk Nurul ialah Buffalo Sizzling Chicken. 


Nampaknya mereka berpuashati dengan dinner kali ini. 


Setelah siap makan kami pun gerak untuk pulang memandangkan lagi beberapa minit lagi akan masuk waktu Maghrib.  Akan tetapi kami dapati pintu telah dikunci oleh pekerja untuk menghalang pelanggan2 baru dari masuk ke kedai semasa waktu solat.  Maka kami meminta mereka membuka pintu sebentar untuk membolehkan kami keluar untuk pulang.  Mereka dengan senang hati membukakan pintu untuk kami.  Kemudian kedengaran suara azan menandakan masuk waktu Maghrib.  Kami bergegas untuk balik ke rumah.

Hari telah mulai gelap.


Di sepanjang perjalanan pulang ke rumah kelihatan lampu2 dari kilang2 bersebelahan dengan lebuhraya yg kami lalui mula menghias susasana malam.



Sampai ke rumah masih ada waktu solat yg berbaki memandangkan perjalanan pulang hanya mengmbil masa lebih kurang setengah jam sahaja. Alhamdulillah.

Wednesday, October 2, 2019

LAWATAN KE EDDY

Yang sebenarnya Eddy (nama kedai bukan nama orang) sudah lama membuka cawangannya di Jubail tapi kami belum pernah lagi singgah untuk meninjau2 ke sini.  Kalau dulu2 kami selalu pergi ke cawangan Eddy yg terletak di Dammam.   Tetapi kali ini kami telah pergi membuat lawatan cuci mata ke cawangan Eddy di Jubail yg terletak berdekatan juga dengan pasaraya Lulu.


Lawatan kali ini tidak berakhir setakat dengan cucian mata sahaja tetapi saya berjaya membuat bbrp tangkapan.  Antara hasil tangkapan yg berjaya dibawa pulang pada hari itu ialah sebuah whistling kettle, sebuah periuk non-stick dan juga sebuah stoneware baking dish.  Disebabkan harganya berpatutan, saya 'grab' jugalah barang2 tersebut...

Akhit kata, layanlah bbrp keping gambar di sepanjang perjalanan untuk ke Jubail al-balad di bawah ini.



LAWATAN KE SACO BARU

Saya baru dapat tahu yang ada sebuah cawangan Saco baru dibuka di kawasan Jubail Industrial Area.  Baru2 ini kami telah membuat lawatan mencuci mata ke cawangan Saco yg baru tersebut. 


Mula2 jauh kami pusing untuk mencari simpang untuk masuk ke kawasan tersebut.  Akhirnya jumpa juga exit untuk ke Saco tersebut.  Jalannya baru sahaja siap sebab itu lah kami x perasan simpangnya.  Tapi akhirnya jumpa juga.


Kami tidak membeli apa2 barang di sini.  Cuma setakat mencuci mata sahaja kata orang tu.  Nama pun lawatan saja kan.. So melawat saja lah... Hehe..