Tuesday, October 8, 2019

DINNER DI OKASHI, JUBAIL


Jumaat petang yang lalu kami ke Okashi, sebuah restoran di Jubail al-Balad.


Kami pergi pada pukul 4 ptg, sudah agak lewat juga memandangkan waktu maghrib masuk pada pukul 5.30pm.  Sekira masuk waktu solat semua kedai2 dan restoran2 disini akan ditutup sebentar untuk memberi laluan kepada pekerja2 untuk melakukan solat.


Mujur juga kami sempat sampai di sini sebelum waktu solat.  Kami pun terus membuat pesanan makanan yg diingini.


Selepas memesan makanan kami pun mencari meja yg kosong untuk duduk. Setiap meja di bahagian 'Families' mempunyai tirai.


Kami pun duduk di hujung ruangan tersebut sambil menunggu makanan tiba.


Akhirnya makanan yg dipesan pun tiba dan dihantar oleh pekerja mereka ke meja kami.  Nurin memesan Dynamite Shrimp Sushi.

Baba memesan Singaporean Beef Noodle.


Saya memilih untuk makan Mandarin Chicken yg dihidang bersama nasi putih.


Nurul pula tidak memilih apa2 dari kiosk Okashi tetapi memilih makanan dari kiosk Chick N Dip yg terletak bersebelahan dgn Okashi.  Order untuk Nurul ialah Buffalo Sizzling Chicken. 


Nampaknya mereka berpuashati dengan dinner kali ini. 


Setelah siap makan kami pun gerak untuk pulang memandangkan lagi beberapa minit lagi akan masuk waktu Maghrib.  Akan tetapi kami dapati pintu telah dikunci oleh pekerja untuk menghalang pelanggan2 baru dari masuk ke kedai semasa waktu solat.  Maka kami meminta mereka membuka pintu sebentar untuk membolehkan kami keluar untuk pulang.  Mereka dengan senang hati membukakan pintu untuk kami.  Kemudian kedengaran suara azan menandakan masuk waktu Maghrib.  Kami bergegas untuk balik ke rumah.

Hari telah mulai gelap.


Di sepanjang perjalanan pulang ke rumah kelihatan lampu2 dari kilang2 bersebelahan dengan lebuhraya yg kami lalui mula menghias susasana malam.



Sampai ke rumah masih ada waktu solat yg berbaki memandangkan perjalanan pulang hanya mengmbil masa lebih kurang setengah jam sahaja. Alhamdulillah.