Wednesday, October 2, 2019

LAWATAN KE EDDY

Yang sebenarnya Eddy (nama kedai bukan nama orang) sudah lama membuka cawangannya di Jubail tapi kami belum pernah lagi singgah untuk meninjau2 ke sini.  Kalau dulu2 kami selalu pergi ke cawangan Eddy yg terletak di Dammam.   Tetapi kali ini kami telah pergi membuat lawatan cuci mata ke cawangan Eddy di Jubail yg terletak berdekatan juga dengan pasaraya Lulu.


Lawatan kali ini tidak berakhir setakat dengan cucian mata sahaja tetapi saya berjaya membuat bbrp tangkapan.  Antara hasil tangkapan yg berjaya dibawa pulang pada hari itu ialah sebuah whistling kettle, sebuah periuk non-stick dan juga sebuah stoneware baking dish.  Disebabkan harganya berpatutan, saya 'grab' jugalah barang2 tersebut...

Akhit kata, layanlah bbrp keping gambar di sepanjang perjalanan untuk ke Jubail al-balad di bawah ini.