Friday, February 26, 2010

PERGI BREAKFAST

Pada suatu pagi kami sekeluarga telah keluar untuk pergi bersarapan pagi.... akan tetapi kami tidak dapat decide nak breakfast kat mana... so kami pun jalan... (actually naik kereta)... dan jalan... dan jalan... sampaaaaailah ke Kota Tinggi. Oleh kerana bebudak ni dah bising kelaparan kami pun singgah satu restoran di Kota Tinggi yang terletak di bangunan MARA. Kami pun breakfast di situ... sikit punya jauh pergi breakfast.... sekali sekala....tak mengapa... kebetulan di bangunan MARA tu ada sebuah klinik homeopathy kepunyaan sepupu Maktok.... Saya dan Maktok pun pergi le ke klinik tu untuk berjumpa dengan Wak Arip tapi malangnya dia takde...
Lepas makan kami pun jalan2 sekitar bandar Kota Tinggi.... try nak pergi ke Air Terjun K.Tinggi tapi jam. Patah balik.... Nurul bising nak pergi jalan2 dan pergi museum.... Baba pun bawaklah kami pergi Museum Kota Tinggi. Tiada bayaran masuk dikenakan... Kat situ tak buleh amek gambar... so, tengok2 je lah kesan2 dan peninggalan sejarah di sekitar Johor dan juga sejarah terbentuknya kerajaan Johor. Lepas tu kami pergi lebih jauh lagi ke Kampung Johor Lama. Jauh.... dah dekat nak ke Desaru....


Di kampung tu ada Makam Temenggung Johor yang digelar Makam Bidan.

Ni lah Makam Bidan yang masih ada tu...


Masuk ke dalam lagi kami jumpa Museum Kota Lama....

Masuk ke Museum adalah free juga ...


Hilmi...


Nurul....


Di sinilah kubu yang masih terdapat di Kota Johor Lama, tempat asal kerajaan Johor pada masa dulu... kubu ni dibina untuk mempertahankan kerajaan Johor Lama dari serangan musuh.... Kota ni terletak atas bukit di tepi sungai Johor.... Kat sinilah pedagang2 semua datang...


Lubang2 di celah2 kubu...

Boleh nampak lagi kesan batu2 yang diguna untuk buat kubu ni...


Batu2 ni digunakan mungkin untuk mengukuhkan lagi binaan kubu...



Celah2 kubu ada laluan/lubang...


Excavation site - banyak lagi lubang2 ni digali untuk mengesan peninggalan sejarah... ada lah jumpa pinggan mangkuk tembikar, barang2 tembaga dan lain2 lagi...


Ni tempat apa entah...
Museum ni actually tapak asal istana Kerajaan Johor Lama... ni macam replika dia lah...


Ada makam dijumpai disitu ....

Wednesday, February 24, 2010

NOSTALGIA MEE SIPUT

Kali terakhir saya makan mee siput ni adalah semasa saya form 5... lebih kurang 24 tahun yang laluuuuuu... fuh, lamanya. Mee siput ni telah mengembalikan nostalgia semasa zaman persekolahan saya di SMS Muar. Masa tu everytime balik prep malam mesti ada sorang Pakcik ni nunggu kitorang depan pintu pagar asrama puteri dengan motor dia. Pakcik tu jual mee siput ni. Kitorang gerenti beli, best mee siput dia makan dengan sambal dia sekali... tapi mee siput yang saya goreng ni keras lah... ngilu gigi nak geget dia.... mee siput yang saya makan kat sekolah dulu tu rangup jer...
Masih boleh bayangkan budak2 balik prep berebut beli mee siput depan pintu gate masuk ke asrama puteri sebelah dewan makan... pastu teringat pulak scene budak pompuan kena histeria depan pintu gate asrama pompuan tu... masa tu kami baru balik prep malam... sampai je pintu gate tu budak tu takut nak masuk sbb kata dia ada org pakai baju putih tunggu dia kat depan gate tu.... dalam dia takut2 tu terus jerit2 and terus kena histeria.... nostalgia betul lah.....

Monday, February 22, 2010

ULAR DAH DATANG

Petang kelmarin kami terpaksa membongkar dapur Maktok untuk mencari seekor ular yang dah terlepas masuk ke dalam dapur Maktok.


Ular tersebut telah masuk ketika saya sedang dalam toilet. Oleh itu ketika Maktok menjerit memanggil saya untuk tolong dia, saya memanglah tak dengar. Masa saya dalam toilet tu maka datanglah saudara Arif Hilmi lalu memaklumkan dengan tenang kepada saya bahawa Maktok memanggil saya untuk menunjukkan seekor ular yang sedang makan seekor katak... pada ketika itu saya ingatkan ular itu berada diluar rumah, tidaklah saya tahu bahawa ular itu sudah separuh badannya masuk kedalam pintu dapur itu... maka saya pun rilek jelah sambil menghabiskan bisnes saya di dalam toilet iaitu memandikan si Nurin itu... tiba2 datang lagi si Hilmi lalu memaklumkan kepada saya dengan tenang sahaja bahawa Maktok meminta sebatang buloh... saya pun teringatkan ada sebatang tongkat buloh arwah tok Bak tersandar ditepi toilet itu lalu memberikannya kepada Hilmi....

Selepas itu datang lagi si Hilmi dengan sedikit cemas (sedikit je) memaklumkan kepada saya bahawa ular sudah masuk ke dalam rumah... pada ketika itulah saya pun terus berlari ke dapur dan diberitahu pula oleh Maktok bahawa ular itu dah lari masuk bawah kabinet semasa Maktok nak halau dia keluar.... instead of keluar dia lari masuk pula...


Tapi bila dilihat dibawah kabinet memang dia tiada disitu... heran juga kemana agaknya si ular itu pergi. Jadi untuk mencarinya terpaksalah kami membongkar segala barang yang ada kat atas kabinet dapur Maktok.... malangnya tak jumpa juga... kami menarik keluar kabinet itu untuk mencari kot2 ada belakang kabinet pulak.... hampa juga... kemanakah gerangan si ular itu.... pandai sungguh dia bersembunyi... kami hampir putus asa juga... andai kata jika kami tak jumpa juga si ular itu, memang tak tidur malam le Maktok dibuatnya memandangkan bilik tidur Maktok sebelah dapur... heeee...

Tidak mahu give-up saya mencari lampu suluh sebab hari pun dah nak Maghrib, dah gelap sikit. Entah macamana setelah saya pun berdoa dipermudahkan oleh Allah untuk mencari ular itu, tiba2 tergerak pulak nak menyuluh di atas kabinet area2 sinki tu... disitulah saya ternampak macam ada benda berbelang kat corner tempat sinki tu... mula2 nampak tang ekoq... pastu baru nampak tang kepala... confirm lah dia sembunyi belakang tempat letak pisau2 dan senduk2 tu...

Bila dah jumpa, Maktok pun mintak tolong 'Pak Din' untuk pukul ular yang pantas itu... Maktok tak begitu confident saya dan dia boleh melakukannya... memang saya tak confident pun... sebentar kemudian 'Pak Din' pun sampai dengan membawa sebatang buloh yang besar... bila dia nengok jer ular yang dimaksudkan itu, dia pun tak jadi nak guna buloh yang besor tu... " Huh... ular lidi tuuuuu", kata Pak Din... bagi kami (saya dan Maktok), ular tetap ular... tak kira ular lidi ke, ular batang penyapu ke, itu tetap ULAR....

So... saya lihat Pak Din membaca sesuatu lalu meniup ke arah ular itu sebanyak 3 kali... pastu dia bercakap2 dengan ular itu dalam bahasa Jawa.... saya orak ngertik dia omong opo.... tapi yang heran tu ular tu terus lari ikut atas sinki tu lalu keluar ikut pintu dapur... pastu Pak Din mintak segenggam garam lalu dia baca2 something and tabur garam2 tu kat belakang rumah... Pak Din langsung tak pukul ular tu... cuma halau dengan berbual2 dgn ular tu saja... tapi sayang tak dapat amek gambar ular tu.... sebab semua orang tengah panik... eleh... ular lidi je... takkan tak penah nengok kot... panjangnya dalam 2 kaki gitu... warna hitam belang putih memanjang kat bawah badan... walaupun lidi tetapi amat menggelikan...

Hmmm.... satu kije lah pulak nak hangkut balik oven2 nih ke atas kabinet dapur tu... boleh tahan berat microwave Maktok tuuuu....memain.....

MAKTOK PEGI UMRAH

Pagi tadi pukul 7.00 kami pegi hantar Maktok ke Senai Airport. Terpaksa ikut highway sbb takut jam org nak gi kerja... lepas check-in bag Maktok kami duduk2 kejap menunggu nak boarding. Sampai2 je airport tadi Maktok dah jalan dulu meninggalkan kami kat belakang. Masa ni Maktok sedang menilik balik tiket online dia...

Sementara Maklong pegi parking kereta kami pergi dulu kejar Maktok yang entah dah kemana tak nampak....
Maklong siap letak kusyen kecik atas trolley tu utk Nurin duduk...
Lepas beli asam2 utk jajan Maktok.... sib baik Nurin tak nampak all the lolly-pops yang besar2 dan colourful tuh....

Duduk2 sekejap....

Baca Metro dulu.... mcm2 cerita kelakar ada....
Maktok masuk ke balai berlepas dengan tenang walaupun sorang diri....
Semoga selamat pergi dan selamat pulang... semoga Allah permudahkan perjalanan ibadah Maktok... tolong doakan untuk kami semua ye Maktok....

Wednesday, February 3, 2010

PERGI TENGOK KAPAL TERBANG

Kami ada satu hobi iaitu 'kapal terbang watching'. Selalu kami pi nengok kat Tg. Langsat sbb dekat sgt dgn Changi Airport... kadang2 tu kalau time dia landing macam2 jenis kepal terbang kitorang boleh nampak and amek gambar... tapi minggu lepas yang kami pergi tu time kapal terpang take-off and tak berapa banyak kapal terbang masa tu... kadang2 dia landing ikut Tg Langsat tu, and kadang2 dia tukar utk kapal terbang take-off... sementara tunggu kapal terbang budak2 ni mainlah kat tepi laut kat situ...

Kat belakang Hilmi tu boleh nampak Changi Airport punya Tower.... kalau musim landing banyak le kapal terbang turun ikut arah belakang Hilmi tu...

Abang Aniq mula2 tak nak keluar kereta, last2 bila semua orang keluar, dia pun ikut jugak.

Nurul seronok main dengan Nurin...
Baru le dapat nengok Dak Nurin ni berlari2 sikit...

Kadang2 ada orang memancing kat tepi laut tu....

Kapal Terbang MAS berlepas dari Changi... nak pegi manalah tu... Baba sungguh excited kalau nampak A380.... SIA ada kapal terbang A380 nih... kadang tu boleh nampak....

AS-SYEIKH AL-ARIF AL-HILMI

Sebenornya Hilmi baru je lepas mengaji. Ustaz baru je balik ni.... tiba2 Maktok pun keluarkan kain tudung Pak Arab ni suruh Hilmi pakai.... dia teringin nak nengok... semoga jadi Ustaz kata Maktok... mudah-mudahan... InsyaAllah....

Kebetulan hari ni Hilmi mengaji pakai jubah putih. Jubah ni dijahit khas untuk dia masa dia dgn Aniq dihantar menyertai Pesantren Kilat di Maahad Tahfiz Al-Akhyar masa cuti sekolah yang lalu tu... lepas program tu diorang tak pakai pun jubah ni... especially Aniq memang taknak sungguh dia pakai... kena paksa baru pakai... Hilmi ni tak kisah orangnya.... apa kita suruh pakai dia pakai jer tanpa protes....
Nengok le tu... dia mendiamkan diri jer bila Maktok menggayakan dia dengan macam2 gaya ni... seronok Maktok suruh dia bergambar.... apa kita suruh dia buat jer.... Maktok keluarkan selendang Arafat pulak...
Pegang tasbih pulak...