Pada suatu pagi kami sekeluarga telah keluar untuk pergi bersarapan pagi.... akan tetapi kami tidak dapat decide nak breakfast kat mana... so kami pun jalan... (actually naik kereta)... dan jalan... dan jalan... sampaaaaailah ke Kota Tinggi. Oleh kerana bebudak ni dah bising kelaparan kami pun singgah satu restoran di Kota Tinggi yang terletak di bangunan MARA. Kami pun breakfast di situ... sikit punya jauh pergi breakfast.... sekali sekala....tak mengapa... kebetulan di bangunan MARA tu ada sebuah klinik homeopathy kepunyaan sepupu Maktok.... Saya dan Maktok pun pergi le ke klinik tu untuk berjumpa dengan Wak Arip tapi malangnya dia takde...
Lepas makan kami pun jalan2 sekitar bandar Kota Tinggi.... try nak pergi ke Air Terjun K.Tinggi tapi jam. Patah balik.... Nurul bising nak pergi jalan2 dan pergi museum.... Baba pun bawaklah kami pergi Museum Kota Tinggi. Tiada bayaran masuk dikenakan... Kat situ tak buleh amek gambar... so, tengok2 je lah kesan2 dan peninggalan sejarah di sekitar Johor dan juga sejarah terbentuknya kerajaan Johor. Lepas tu kami pergi lebih jauh lagi ke Kampung Johor Lama. Jauh.... dah dekat nak ke Desaru....
Di kampung tu ada Makam Temenggung Johor yang digelar Makam Bidan.
Ni lah Makam Bidan yang masih ada tu...
Masuk ke dalam lagi kami jumpa Museum Kota Lama....
Masuk ke Museum adalah free juga ...
Hilmi...
Nurul....
Di sinilah kubu yang masih terdapat di Kota Johor Lama, tempat asal kerajaan Johor pada masa dulu... kubu ni dibina untuk mempertahankan kerajaan Johor Lama dari serangan musuh.... Kota ni terletak atas bukit di tepi sungai Johor.... Kat sinilah pedagang2 semua datang...
Lubang2 di celah2 kubu...
Boleh nampak lagi kesan batu2 yang diguna untuk buat kubu ni...
Batu2 ni digunakan mungkin untuk mengukuhkan lagi binaan kubu...
Celah2 kubu ada laluan/lubang...
Excavation site - banyak lagi lubang2 ni digali untuk mengesan peninggalan sejarah... ada lah jumpa pinggan mangkuk tembikar, barang2 tembaga dan lain2 lagi...
Ni tempat apa entah...
Museum ni actually tapak asal istana Kerajaan Johor Lama... ni macam replika dia lah...
Ada makam dijumpai disitu ....