Monday, February 22, 2010

ULAR DAH DATANG

Petang kelmarin kami terpaksa membongkar dapur Maktok untuk mencari seekor ular yang dah terlepas masuk ke dalam dapur Maktok.


Ular tersebut telah masuk ketika saya sedang dalam toilet. Oleh itu ketika Maktok menjerit memanggil saya untuk tolong dia, saya memanglah tak dengar. Masa saya dalam toilet tu maka datanglah saudara Arif Hilmi lalu memaklumkan dengan tenang kepada saya bahawa Maktok memanggil saya untuk menunjukkan seekor ular yang sedang makan seekor katak... pada ketika itu saya ingatkan ular itu berada diluar rumah, tidaklah saya tahu bahawa ular itu sudah separuh badannya masuk kedalam pintu dapur itu... maka saya pun rilek jelah sambil menghabiskan bisnes saya di dalam toilet iaitu memandikan si Nurin itu... tiba2 datang lagi si Hilmi lalu memaklumkan kepada saya dengan tenang sahaja bahawa Maktok meminta sebatang buloh... saya pun teringatkan ada sebatang tongkat buloh arwah tok Bak tersandar ditepi toilet itu lalu memberikannya kepada Hilmi....

Selepas itu datang lagi si Hilmi dengan sedikit cemas (sedikit je) memaklumkan kepada saya bahawa ular sudah masuk ke dalam rumah... pada ketika itulah saya pun terus berlari ke dapur dan diberitahu pula oleh Maktok bahawa ular itu dah lari masuk bawah kabinet semasa Maktok nak halau dia keluar.... instead of keluar dia lari masuk pula...


Tapi bila dilihat dibawah kabinet memang dia tiada disitu... heran juga kemana agaknya si ular itu pergi. Jadi untuk mencarinya terpaksalah kami membongkar segala barang yang ada kat atas kabinet dapur Maktok.... malangnya tak jumpa juga... kami menarik keluar kabinet itu untuk mencari kot2 ada belakang kabinet pulak.... hampa juga... kemanakah gerangan si ular itu.... pandai sungguh dia bersembunyi... kami hampir putus asa juga... andai kata jika kami tak jumpa juga si ular itu, memang tak tidur malam le Maktok dibuatnya memandangkan bilik tidur Maktok sebelah dapur... heeee...

Tidak mahu give-up saya mencari lampu suluh sebab hari pun dah nak Maghrib, dah gelap sikit. Entah macamana setelah saya pun berdoa dipermudahkan oleh Allah untuk mencari ular itu, tiba2 tergerak pulak nak menyuluh di atas kabinet area2 sinki tu... disitulah saya ternampak macam ada benda berbelang kat corner tempat sinki tu... mula2 nampak tang ekoq... pastu baru nampak tang kepala... confirm lah dia sembunyi belakang tempat letak pisau2 dan senduk2 tu...

Bila dah jumpa, Maktok pun mintak tolong 'Pak Din' untuk pukul ular yang pantas itu... Maktok tak begitu confident saya dan dia boleh melakukannya... memang saya tak confident pun... sebentar kemudian 'Pak Din' pun sampai dengan membawa sebatang buloh yang besar... bila dia nengok jer ular yang dimaksudkan itu, dia pun tak jadi nak guna buloh yang besor tu... " Huh... ular lidi tuuuuu", kata Pak Din... bagi kami (saya dan Maktok), ular tetap ular... tak kira ular lidi ke, ular batang penyapu ke, itu tetap ULAR....

So... saya lihat Pak Din membaca sesuatu lalu meniup ke arah ular itu sebanyak 3 kali... pastu dia bercakap2 dengan ular itu dalam bahasa Jawa.... saya orak ngertik dia omong opo.... tapi yang heran tu ular tu terus lari ikut atas sinki tu lalu keluar ikut pintu dapur... pastu Pak Din mintak segenggam garam lalu dia baca2 something and tabur garam2 tu kat belakang rumah... Pak Din langsung tak pukul ular tu... cuma halau dengan berbual2 dgn ular tu saja... tapi sayang tak dapat amek gambar ular tu.... sebab semua orang tengah panik... eleh... ular lidi je... takkan tak penah nengok kot... panjangnya dalam 2 kaki gitu... warna hitam belang putih memanjang kat bawah badan... walaupun lidi tetapi amat menggelikan...

Hmmm.... satu kije lah pulak nak hangkut balik oven2 nih ke atas kabinet dapur tu... boleh tahan berat microwave Maktok tuuuu....memain.....