Tuesday, October 8, 2019

DINNER DI OKASHI, JUBAIL


Jumaat petang yang lalu kami ke Okashi, sebuah restoran di Jubail al-Balad.


Kami pergi pada pukul 4 ptg, sudah agak lewat juga memandangkan waktu maghrib masuk pada pukul 5.30pm.  Sekira masuk waktu solat semua kedai2 dan restoran2 disini akan ditutup sebentar untuk memberi laluan kepada pekerja2 untuk melakukan solat.


Mujur juga kami sempat sampai di sini sebelum waktu solat.  Kami pun terus membuat pesanan makanan yg diingini.


Selepas memesan makanan kami pun mencari meja yg kosong untuk duduk. Setiap meja di bahagian 'Families' mempunyai tirai.


Kami pun duduk di hujung ruangan tersebut sambil menunggu makanan tiba.


Akhirnya makanan yg dipesan pun tiba dan dihantar oleh pekerja mereka ke meja kami.  Nurin memesan Dynamite Shrimp Sushi.

Baba memesan Singaporean Beef Noodle.


Saya memilih untuk makan Mandarin Chicken yg dihidang bersama nasi putih.


Nurul pula tidak memilih apa2 dari kiosk Okashi tetapi memilih makanan dari kiosk Chick N Dip yg terletak bersebelahan dgn Okashi.  Order untuk Nurul ialah Buffalo Sizzling Chicken. 


Nampaknya mereka berpuashati dengan dinner kali ini. 


Setelah siap makan kami pun gerak untuk pulang memandangkan lagi beberapa minit lagi akan masuk waktu Maghrib.  Akan tetapi kami dapati pintu telah dikunci oleh pekerja untuk menghalang pelanggan2 baru dari masuk ke kedai semasa waktu solat.  Maka kami meminta mereka membuka pintu sebentar untuk membolehkan kami keluar untuk pulang.  Mereka dengan senang hati membukakan pintu untuk kami.  Kemudian kedengaran suara azan menandakan masuk waktu Maghrib.  Kami bergegas untuk balik ke rumah.

Hari telah mulai gelap.


Di sepanjang perjalanan pulang ke rumah kelihatan lampu2 dari kilang2 bersebelahan dengan lebuhraya yg kami lalui mula menghias susasana malam.



Sampai ke rumah masih ada waktu solat yg berbaki memandangkan perjalanan pulang hanya mengmbil masa lebih kurang setengah jam sahaja. Alhamdulillah.

Wednesday, October 2, 2019

LAWATAN KE EDDY

Yang sebenarnya Eddy (nama kedai bukan nama orang) sudah lama membuka cawangannya di Jubail tapi kami belum pernah lagi singgah untuk meninjau2 ke sini.  Kalau dulu2 kami selalu pergi ke cawangan Eddy yg terletak di Dammam.   Tetapi kali ini kami telah pergi membuat lawatan cuci mata ke cawangan Eddy di Jubail yg terletak berdekatan juga dengan pasaraya Lulu.


Lawatan kali ini tidak berakhir setakat dengan cucian mata sahaja tetapi saya berjaya membuat bbrp tangkapan.  Antara hasil tangkapan yg berjaya dibawa pulang pada hari itu ialah sebuah whistling kettle, sebuah periuk non-stick dan juga sebuah stoneware baking dish.  Disebabkan harganya berpatutan, saya 'grab' jugalah barang2 tersebut...

Akhit kata, layanlah bbrp keping gambar di sepanjang perjalanan untuk ke Jubail al-balad di bawah ini.



LAWATAN KE SACO BARU

Saya baru dapat tahu yang ada sebuah cawangan Saco baru dibuka di kawasan Jubail Industrial Area.  Baru2 ini kami telah membuat lawatan mencuci mata ke cawangan Saco yg baru tersebut. 


Mula2 jauh kami pusing untuk mencari simpang untuk masuk ke kawasan tersebut.  Akhirnya jumpa juga exit untuk ke Saco tersebut.  Jalannya baru sahaja siap sebab itu lah kami x perasan simpangnya.  Tapi akhirnya jumpa juga.


Kami tidak membeli apa2 barang di sini.  Cuma setakat mencuci mata sahaja kata orang tu.  Nama pun lawatan saja kan.. So melawat saja lah... Hehe.. 

Sunday, September 29, 2019

RED GINGER RESTAURANT

Alkisah pada petang td kami telah pergi ke Jubail balad untuk makan tengahari.  Pada kali ini kami teringin untuk mencuba makanan di Restaurant Red Ginger setelah saya terpengaruh dengan iklan di laman instagram mereka.  Nmpk mcm sedap2 pula makanan dalam iklan mereka itu..

Maka sampailah kami ke restaurant Red Ginger pada pukul 2.00 petang.


Restaurant ini terletak bersebelahan dengan pasaraya Lulu.  


Setelah berpuluh kali kami ke Lulu tidak pernah pulak kami singgah di sini untuk makan walaupun jaraknya dr Lulu hanya beberapa langkah aje. Cuma pada hari inilah kali pertama kami menjejakkan kaki ke restaurant ini. 

Tingkat bawah sekali merupakan Single Section iaitu tempat utk org2 lelaki bujang atau yang datang makan dengan member2 lelaki sahaja.  Bagi yg berkeluarga tempatnya di Family Section iaitu di tingkat atas.  Kami perlu menaiki tangga ke tingkat atas.  Akan tetapi tadi ada disediakan lif maka kami pon naik lif ajelah.  Senang kann... 


Kami diberikan meja dan tempat duduk untuk 4 org. Untuk family section selalunya disediakan pembahagian2 seperti compartment gitu.


Kebiasaan untuk 'Family Section' di restoran2 di Saudi ini selalunya disediakan 'pemidang pemisah' berlipat untuk menutup compartment meja makan kita bagi tujuan privacy untuk pelanggan yg berkeluarga dan supaya tiada orang bole skodeng2 isteri dan anak2 pompuan mereka. Bila makanan yg diorder sampai baru mereka buka pemidang tu dan menutupnya kembali setelah menghantar makanan dan minuman. 


Setelah diberi menu kami mula membuat pilihan makanan yg ingin dicuba.


Nurul memilih hidangan Chicken Schezwan yg dihidang bersama nasi goreng. 


Selain itu Nurul juga memilih minuman 'Saudi Mocktail'. Boleh tahan sedap airnya.


Nurin pula memilih hidangan Mongolian Beef yg dihidang bersama nasi goreng juga.


Saya pula memilih Chicken Massala dihidang bersama nasi beriyani.


Baba pula memilih Lamb Briyani dimana hidangannya ditutup dgn lapisan doh roti macam Beriyani Gam nmpk gayanya.


Bila di potong dan dikoyakkan lapisan doh roti itu barulah nmpk nasi beriyani kambing nya didalam.


Hehe.. Kami memang berpuashati dgn hidangan yg disediakan.  Smpai licin semua pinggan dan mangkuk2 lauk dan nasi.  Setelah itu kami pun mula bergerak balik ke rumah dlm keadaan mata mula terasa mengantuk gitu... Akibat kekenyangan barangkali.. Alhamdulillah...


InnsyaaAllah sekiranya ada rezeki kami akan repeat lagi sekali untuk kesini.

Saturday, September 28, 2019

BREAKFAST GRILLO


Pada hari Jumaat yg lepas, kami sekeluarga telah keluar seawal pukul 6.15 pagi untuk ke Pasaraya Tamimi.  Tujuannya adalah untuk membeli groceries bagi stok seminggu.  Kami selalunya akan membuat groceries secara rutin samada pada hari Jumaat atau hari Sabtu.  Pada minggu ini kami memilih untuk membuat groceries di pasaraya Tamimi kerana pasaraya ini dibuka 24jam.  Maka sekiranya kami pergi seawal pukul 6.15 pagi pasaraya memang dibuka manakala kebanyakan pasaraya yg lain hanya dibuka seawal pukul 8.00am atau 9.00am shj.  

Sekarang waktu subuh di sini masuk pada pukul 4.13 pagi dan waktu syuruk pukul 5.33 pagi.  Maka pada pukul 6.15 pagi matahari memang sudah meninggi.  Hari sudah terang benderang. Cuma masih belum ramai lagi manusia yg keluar pada waktu ini.  Kami  dapat pergi membeli belah dengan aman sekali. 

Pada jam 7.30 pagi kami pun selesai membuat groceries.  Masing2 mengadu kelaparan.  Kami berkira2 untuk makan breakfast dimana.  Akhirnya, keputusan dibuat untuk membeli breakfast di Restoran Grillo dan makan dirumah sahaja. 


Antara breakfast yg kami pilih ialah pizza.


Falafel...


Chicken Shawarma...


Dan juga juice Avocado... 

Alhamdulillah... Makanan x abes... Maka kami habiskan pada waktu lunch pula... Untuk dinner pula saya memasak bubur ayam sempoi.. Jadiklah. Syukur Alhamdulillah. 

Monday, September 23, 2019

SAUDI ARABIA NATIONAL DAY

Pada hari Isnin yg lepas iaitu 23 September 2019 merupakan National Day bagi Arab Saudi.  Cuti umum diberikan pada hari Ahad dan juga Isnin. Maka Nurul, Nurin dan baba dapat menikmati cuti hujung minggu yg panjang pada minggu yg lepas selama 4 hari. Namun begitu kami menghabiskan waktu cuti panjang tersebut dengan hanya duduk dirumah sahaja dan tidak pergi berjalan kemana2 pun. 

Kelas tusyen Nurul pada hari Jumaat dan Sabtu juga dibatalkan memandangkan cikgu tusyen Nurul yg bernama Mr. Faisal berhajat untuk pergi menunaikan ibadah umrah pada minggu itu.  Akan tetapi cikgu tetap datang ke rumah untuk kelas tusyen pada hari Isnin.  Maka kami memang tidak kemana2.  Hanya berehat2 di rumah sahaja.

Pada hari Ahad kami pergi membuat groceries di Pasaraya Lulu Al-Balad.  Kami sampai di pasaraya Lulu tepat jam 8.00 pagi. 

Kelihatan hanya ada beberapa orang sahaja yg baru tiba disitu.  Setelah pintu dibuka pada jam 8.05 pagi (lambat pulak pintu dibuka) kami pun masuk.   Semasa memilih barang2 keperluan kami perasaan yg tidak ramai manusia yg kelihatan pada waktu itu.   Pelik betul.. Selalunya sudah ramai orang yang berpusu2 datang untuk shopping di Lulu pada waktu pagi begini.  Agaknya cuti panjang ramai orang yang pergi bercuti keluar negara atau paling tidak pun mereka pergi menunaikan ibadah umrah di Mekah.  Seronok pulak rasanya shopping diwaktu orang kurang ramai ni. Terasa seperti "ini tempat ana yg punyaaa... '. Hehehe... 

Setelah selesai shopping kami singgah ke kedai 5 riyal.  Semua barang2 disitu berharga 5 riyal ke atas.  Tetapi macam kurang minat pula saya untuk membeli memandangkan tiada apa barang yg menarik perhatian saya pada waktu itu.  Saya cuma beli bekas plastik bertutup yang bersaiz macam bekas orang berniaga taufu fah tu je. Untuk buat apa beli saya pun tak tau lagi. Simpan je la dulu.. Nak guna nnti kendian hari senang.. Kannn.. 


Sempat pulak amek gambar padang kriket dari tingkat atas kedai tersebut. 





Sunday, September 22, 2019

SEPETANG DI DAREEN BEACH



20 September 2019, pada suatu waktu petang hari Jumaat, kami berempat beranak keluar untuk jalan2 ke pantai.  Sebelum itu kami singgah ke pasaraya Tamimi untuk membeli aiskrim Baskin Robbins yg kedainya terletak bersebelahan dengan pasaraya Tamimi.  Setelah itu kami terus ke Dareen Beach untuk menikmati aiskrim yg telah kami beli sambil mencuci mata pemandangan tepi pantai pada waktu matahari hampir tenggelam (dah nak Maghrib le maksudnya tu)... 

Maka setelah matahari melabuhkan tirainya kami pun selesai menghabiskan aiskrim kami.  Perisa aiskrim yang saya pilih pada waktu itu ialah 'mocha  caramel cheesecake' dan 'bubblegum'. Dengan topping caramel, nuts dan juga cherries. 

Setelah itu kami pon pulang ke rumah. Puas dapat makan aiskrim. Sekali sekala sahaja. Tak boleh selalu.  Bila lah agaknya bole repeat...... 

Wednesday, September 11, 2019

KE SEKOLAH PEPAGI HARI...


Waktu persekolahan di Jubail ini bermula pada pukul 7.30 pagi pada setiap hari Ahad hingga Khamis.  Hari Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti bagi sekolah2 disini.  Setiap hari Nurul dan Nurin akan keluar untuk menunggu pemandu mereka datang untuk menghantar mereka ke sekolah seawal pukul 6.50 atau 6.55 pagi.  Pemandu mereka selalunya akan datang pada pukul 7.00 pagi. 

Cuaca pada masa ini masih lagi panas.  Mereka berdua akan menunggu di bawah pokok besar diluar rumah.  Tidak pasti saya pokok apakah itu tetapi daunnya seakan2 daun pokok Neem. Mungkin juga ia memang pokok Neem.  Bila tiba musim bunga, pokok ini akan mengeluarkn bunganya yg berbentuk kecil2 dan berwarna putih2 kekuningan, penuh di atas pokok.  Bunganya juga sangat wangi. 


Pukul 7.00am, pemandu mereka kali ini yg bernama Yasmi akan tiba dihujung simpang dan Nurul dan Nurin akan berjalan menuju ke kereta.  Seterusnya mereka akan hanya pulang dari sekolah pada pukul 2.30pm.



Monday, July 29, 2019

DURIAN MAKTEH


Alkisah tersebut, pada jumaat lepas kami menerima panggilan dr makteh kuantan.  Beliau berhajat nk hntr bbrp biji durian dr kebunnya.  Maka dpt lah kami merasa buah durian dr kebun pakteh. Alhamdulillah.


Bbrp ulas telah sy ambil utk dibuat serawa durian.  Maka pagi ini kami sarapan pagi dgn memakan roti bersama kuah serawa durian tersebut.  Alangkah sedapnya..... 


Semoga Allah murahkan rezeki makteh dan pakteh sekeluarga. 

Sunday, July 21, 2019

LULU HYPERMARKET DI 1SHAMELIN MALL BARU DIBUKA


Kalau di Saudi kami selalu jugak berbelanja barang2 dapur di Lulu Hypermarket di Jubail balad.  Tapi bila balik bercuti di Malaysia pada kali ni, kami dapati ada cawangan Lulu baru dibuka dekat je dgn rmh kami di KL.  Awal dibuka pada 1hb Julai 2019 tempohari.  Tapi kami taklah pergi serbu terus.  Dah seminggu dua dibuka baru kami pergi visit.  Hehe..


So, pada hari jumaat yg lepas 19hb Julai 2019, kami pergi untuk membeli belah barang2 keperluan dapur dan juga stok2 untuk dibawa balik ke Jubail.


Kebetulan pula pada hari tersebut Lulu melancarkan Food Karnival yg dirasmikan oleh YB mana ntah saya x kenal pon.  Maka pihak Lulu telah menyediakan sebiji kek yg sgt besarrrr.... Saya dan Nurul lalu lalang beberapa kali disitu sambil memerhatikan kek tersebut sambil berbisik sesama sendiri " bila diorang nak potong kek nih.... Boleh kita rasa... Mcm sedap je nmpk.."

Untuk tidak membuang masa kami pon meneruskan memilih barang2 yg diperlukan dan yg ingin dibeli.  Setelah selesai kami pun menuju ke kaunter bayaran.  Tetapi sebelum smpai ke kaunter, tetiba teringat pula pasal kek besar td.  Dah dipotong kah belum kah.... Kami tertanya2.  Kami pon dengan lagak konon2 ada brg lagi nk dicari patah balik menuju ke kawasan kek tadi yg berada di bahagian makanan2, kek2 dan roti2...

Tiba di bahagian ikan2, saya ternampak ikan bilis.  Lalu singgah dulu untuk memilih ikan bilis.  Semasa nk timbang, brader yg jaga bahagian ikan pon tegur kami, "kak, pegilah makan kek dulu... Beso tu..."... Sy pon konon2 malu buat2 tanya "kek tu untuk staff aje ke atau customer pon bole makan jgk?..."....
"Ehh.. Taklah kak.. Untuk semua orang... Pegilah amek" brader tu jawab...


Maka saya dan Nurul pon meninggalkan sebentar troli kami yang penuh barang tu di situ dan berjalan menuju ke kek tersebut... Kelihatan staff sedang memotong kek dan mengedarkannya kepada pelanggan2 dan staf2 yg lain.  Sy pon menunggu disitu lalu diberikan dua potong kek dgn porsi yg agak besar juga.  Wah... Senyum lebar Nurul... Katanya kalau mama x abes Nurul bole abeskan.... Oklah camtu... Kami pon bawa kek menuju ke troli yg kami tinggalkan di bahagian ikan2 dan daging2 td...


Di situ kami pon menikmati kek tersebut... Memang sedap keknya... Lembut dan dalamnya ada buah2an....

Setelah habis kek barulah kami menuju ke bahagian kaunter bayaran dan pulang ke rumah kekenyangan..... Alhamdulillah....

Saturday, July 20, 2019

AUMMM.... CAKK... EH... LAMANYA TAK MUNCUL..


Hurmmm... Lamanya tidak berblog.. Smpai terlupa cara nk post new posting. Xde apa ssbenarnya nk cerita. Saja nk try balik posting kat blog ni yg dh lama x visit.

Gambar  di atas bukan duit syiling sebenar.  Ianya sebenarnya adalah coklat dalam bentuk replika duit syiling yang dibeli oleh Nurul kat kedai Ecoshop semasa kami balik JB minggu lepas. Ok Bye.