Monday, September 23, 2019

SAUDI ARABIA NATIONAL DAY

Pada hari Isnin yg lepas iaitu 23 September 2019 merupakan National Day bagi Arab Saudi.  Cuti umum diberikan pada hari Ahad dan juga Isnin. Maka Nurul, Nurin dan baba dapat menikmati cuti hujung minggu yg panjang pada minggu yg lepas selama 4 hari. Namun begitu kami menghabiskan waktu cuti panjang tersebut dengan hanya duduk dirumah sahaja dan tidak pergi berjalan kemana2 pun. 

Kelas tusyen Nurul pada hari Jumaat dan Sabtu juga dibatalkan memandangkan cikgu tusyen Nurul yg bernama Mr. Faisal berhajat untuk pergi menunaikan ibadah umrah pada minggu itu.  Akan tetapi cikgu tetap datang ke rumah untuk kelas tusyen pada hari Isnin.  Maka kami memang tidak kemana2.  Hanya berehat2 di rumah sahaja.

Pada hari Ahad kami pergi membuat groceries di Pasaraya Lulu Al-Balad.  Kami sampai di pasaraya Lulu tepat jam 8.00 pagi. 

Kelihatan hanya ada beberapa orang sahaja yg baru tiba disitu.  Setelah pintu dibuka pada jam 8.05 pagi (lambat pulak pintu dibuka) kami pun masuk.   Semasa memilih barang2 keperluan kami perasaan yg tidak ramai manusia yg kelihatan pada waktu itu.   Pelik betul.. Selalunya sudah ramai orang yang berpusu2 datang untuk shopping di Lulu pada waktu pagi begini.  Agaknya cuti panjang ramai orang yang pergi bercuti keluar negara atau paling tidak pun mereka pergi menunaikan ibadah umrah di Mekah.  Seronok pulak rasanya shopping diwaktu orang kurang ramai ni. Terasa seperti "ini tempat ana yg punyaaa... '. Hehehe... 

Setelah selesai shopping kami singgah ke kedai 5 riyal.  Semua barang2 disitu berharga 5 riyal ke atas.  Tetapi macam kurang minat pula saya untuk membeli memandangkan tiada apa barang yg menarik perhatian saya pada waktu itu.  Saya cuma beli bekas plastik bertutup yang bersaiz macam bekas orang berniaga taufu fah tu je. Untuk buat apa beli saya pun tak tau lagi. Simpan je la dulu.. Nak guna nnti kendian hari senang.. Kannn.. 


Sempat pulak amek gambar padang kriket dari tingkat atas kedai tersebut.