Sunday, September 22, 2019

SEPETANG DI DAREEN BEACH



20 September 2019, pada suatu waktu petang hari Jumaat, kami berempat beranak keluar untuk jalan2 ke pantai.  Sebelum itu kami singgah ke pasaraya Tamimi untuk membeli aiskrim Baskin Robbins yg kedainya terletak bersebelahan dengan pasaraya Tamimi.  Setelah itu kami terus ke Dareen Beach untuk menikmati aiskrim yg telah kami beli sambil mencuci mata pemandangan tepi pantai pada waktu matahari hampir tenggelam (dah nak Maghrib le maksudnya tu)... 

Maka setelah matahari melabuhkan tirainya kami pun selesai menghabiskan aiskrim kami.  Perisa aiskrim yang saya pilih pada waktu itu ialah 'mocha  caramel cheesecake' dan 'bubblegum'. Dengan topping caramel, nuts dan juga cherries. 

Setelah itu kami pon pulang ke rumah. Puas dapat makan aiskrim. Sekali sekala sahaja. Tak boleh selalu.  Bila lah agaknya bole repeat......