Sunday, September 29, 2019

RED GINGER RESTAURANT

Alkisah pada petang td kami telah pergi ke Jubail balad untuk makan tengahari.  Pada kali ini kami teringin untuk mencuba makanan di Restaurant Red Ginger setelah saya terpengaruh dengan iklan di laman instagram mereka.  Nmpk mcm sedap2 pula makanan dalam iklan mereka itu..

Maka sampailah kami ke restaurant Red Ginger pada pukul 2.00 petang.


Restaurant ini terletak bersebelahan dengan pasaraya Lulu.  


Setelah berpuluh kali kami ke Lulu tidak pernah pulak kami singgah di sini untuk makan walaupun jaraknya dr Lulu hanya beberapa langkah aje. Cuma pada hari inilah kali pertama kami menjejakkan kaki ke restaurant ini. 

Tingkat bawah sekali merupakan Single Section iaitu tempat utk org2 lelaki bujang atau yang datang makan dengan member2 lelaki sahaja.  Bagi yg berkeluarga tempatnya di Family Section iaitu di tingkat atas.  Kami perlu menaiki tangga ke tingkat atas.  Akan tetapi tadi ada disediakan lif maka kami pon naik lif ajelah.  Senang kann... 


Kami diberikan meja dan tempat duduk untuk 4 org. Untuk family section selalunya disediakan pembahagian2 seperti compartment gitu.


Kebiasaan untuk 'Family Section' di restoran2 di Saudi ini selalunya disediakan 'pemidang pemisah' berlipat untuk menutup compartment meja makan kita bagi tujuan privacy untuk pelanggan yg berkeluarga dan supaya tiada orang bole skodeng2 isteri dan anak2 pompuan mereka. Bila makanan yg diorder sampai baru mereka buka pemidang tu dan menutupnya kembali setelah menghantar makanan dan minuman. 


Setelah diberi menu kami mula membuat pilihan makanan yg ingin dicuba.


Nurul memilih hidangan Chicken Schezwan yg dihidang bersama nasi goreng. 


Selain itu Nurul juga memilih minuman 'Saudi Mocktail'. Boleh tahan sedap airnya.


Nurin pula memilih hidangan Mongolian Beef yg dihidang bersama nasi goreng juga.


Saya pula memilih Chicken Massala dihidang bersama nasi beriyani.


Baba pula memilih Lamb Briyani dimana hidangannya ditutup dgn lapisan doh roti macam Beriyani Gam nmpk gayanya.


Bila di potong dan dikoyakkan lapisan doh roti itu barulah nmpk nasi beriyani kambing nya didalam.


Hehe.. Kami memang berpuashati dgn hidangan yg disediakan.  Smpai licin semua pinggan dan mangkuk2 lauk dan nasi.  Setelah itu kami pun mula bergerak balik ke rumah dlm keadaan mata mula terasa mengantuk gitu... Akibat kekenyangan barangkali.. Alhamdulillah...


InnsyaaAllah sekiranya ada rezeki kami akan repeat lagi sekali untuk kesini.