Saturday, September 28, 2019

BREAKFAST GRILLO


Pada hari Jumaat yg lepas, kami sekeluarga telah keluar seawal pukul 6.15 pagi untuk ke Pasaraya Tamimi.  Tujuannya adalah untuk membeli groceries bagi stok seminggu.  Kami selalunya akan membuat groceries secara rutin samada pada hari Jumaat atau hari Sabtu.  Pada minggu ini kami memilih untuk membuat groceries di pasaraya Tamimi kerana pasaraya ini dibuka 24jam.  Maka sekiranya kami pergi seawal pukul 6.15 pagi pasaraya memang dibuka manakala kebanyakan pasaraya yg lain hanya dibuka seawal pukul 8.00am atau 9.00am shj.  

Sekarang waktu subuh di sini masuk pada pukul 4.13 pagi dan waktu syuruk pukul 5.33 pagi.  Maka pada pukul 6.15 pagi matahari memang sudah meninggi.  Hari sudah terang benderang. Cuma masih belum ramai lagi manusia yg keluar pada waktu ini.  Kami  dapat pergi membeli belah dengan aman sekali. 

Pada jam 7.30 pagi kami pun selesai membuat groceries.  Masing2 mengadu kelaparan.  Kami berkira2 untuk makan breakfast dimana.  Akhirnya, keputusan dibuat untuk membeli breakfast di Restoran Grillo dan makan dirumah sahaja. 


Antara breakfast yg kami pilih ialah pizza.


Falafel...


Chicken Shawarma...


Dan juga juice Avocado... 

Alhamdulillah... Makanan x abes... Maka kami habiskan pada waktu lunch pula... Untuk dinner pula saya memasak bubur ayam sempoi.. Jadiklah. Syukur Alhamdulillah.