Wednesday, September 11, 2019

KE SEKOLAH PEPAGI HARI...


Waktu persekolahan di Jubail ini bermula pada pukul 7.30 pagi pada setiap hari Ahad hingga Khamis.  Hari Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti bagi sekolah2 disini.  Setiap hari Nurul dan Nurin akan keluar untuk menunggu pemandu mereka datang untuk menghantar mereka ke sekolah seawal pukul 6.50 atau 6.55 pagi.  Pemandu mereka selalunya akan datang pada pukul 7.00 pagi. 

Cuaca pada masa ini masih lagi panas.  Mereka berdua akan menunggu di bawah pokok besar diluar rumah.  Tidak pasti saya pokok apakah itu tetapi daunnya seakan2 daun pokok Neem. Mungkin juga ia memang pokok Neem.  Bila tiba musim bunga, pokok ini akan mengeluarkn bunganya yg berbentuk kecil2 dan berwarna putih2 kekuningan, penuh di atas pokok.  Bunganya juga sangat wangi. 


Pukul 7.00am, pemandu mereka kali ini yg bernama Yasmi akan tiba dihujung simpang dan Nurul dan Nurin akan berjalan menuju ke kereta.  Seterusnya mereka akan hanya pulang dari sekolah pada pukul 2.30pm.