Monday, November 29, 2010

MUSIM ORG BALIK HAJI...EEE...EEE... SUDAH TIBAAAA..... LAGIIIII....

Minggu depan 6 Disember, B.Chah dan A. Zul akan balik dari mengerjakan haji... anak2 dia dah tak sabar menunggu kepulangan mak bapak diorang.... Maktok pun begitu juga.... maka mereka akan ke KL untuk menyambut kepulangan Tuan Hj. dan Mak Hajah kita itu di KLIA.... cuma kami sekeluarga je tak dapat join sama kerana Baba tak dpt coti....
Ini lah keadaan di Airport Senai semasa musim orang pegi haji yang lalu... kaum keluarga dan sanak sedara yang menghantar ahli keluarga yang pegi haji duduk berehat sambil menunggu kapal terbang berlepas ke Madinah...

Kami pergi airport masa tu bukan nak hantar sapa2 pun... saja2 je nak tengok orang pegi haji... kami meneruskan tradisi arwah tokayah yang setia melawat org2 pegi haji di airport walaupun takde orang yang dia kenal...
Kakak Nurul gumbira melihat kapal terbang....

Adik Nurin tak berapa gumbira nampaknya....

Salah satu kapal terbang yang membawa jemaah haji terus ke Madinah haritu...