Saturday, March 21, 2009

SEKITAR MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Majlis Anugerah Cemerlang sekolah Aniq diadakan pada hari sama dgn Mesyuarat Agong PIBG. Saya tak pergi pun sebab kalau pergi nak kena bawak Nurin sekali.. mau dia jerit, satu dewan terkejut nanti. Last year pergi, bawak Nurin, sekali tu bila dia dah boring mulalah dia meragam. Semua org nengok bila dia jerit... So this year suruh Baba pergi sorang je... tu pun gi Majlis Anugerah je... tak tunggu pun sampai mesyuarat PIBG, Baba dah cabut lari balik rumah. So... this is Aniq terima anugerahnya dari Guru Besar.


This is Aniq terima anugerah dari siapa ek... tapi pangkat tinggi2 lah dalam angkatan tentera tu..
Acara selingan adalah tarian Zapin untuk menghiburkan para tetamu... mula2 Aniq terpilih juga untuk Tarian Zapin ni... dah seminggu balik lambat belajar menari, last2 bila time rehearsal Cikgu decide buang dia atas alasan stage tak cukup besar, tak muat ramai sgt penarinya... so takde le dapat nengok dia menari Zapin... sorry Mak Yang... kempunan le nampaknya... next time kita suruh le diorang joget lambak jer dgn Syahmi and Syakir kat rumah Opah nanti....

Errr.... yang ni penerima anugerah seterusnya...
Tapi bukan untuk dia tapi utk org lain punya... kira tukang ganti orang yang tak dapat hadir utk terima anugerah... kesian le dia... frust betul dia bila satu subjek pun tak dpt hadiah... tapi cikgu pilih Hilmi untuk tolong amekkan hadiah org lain yang tak dpt hadir... so.. dia pun sama sibuk suruh gosok baju line kena tajam... kena pakai kasut putih melepak, rambut kena pendek dan kemas.... persediaanya sama macam org yg nak dpt hadiah anugerah macam abang Aniq...
So kenalah saya bawak diorang pegi potong rambut, kapurkan kasut mereka(tak cuci pun takut tak sempat kering...main kapur je asal putih), gosokkan baju kasi tajam line tepi lengan, etc...etc....
Baba pun tak sempat nak ambil gambar dia atas stage sbb tak perasan pun bila masa dia naik pentas, habis tu cikgu panggil nama orang lain bukan nama dia... mana nak tau... sedar2 dah turun pentas dah.. turun je pentas terus cikgu sambar balik hadiahnya utk disimpan semula... walaubagaimana pun Hilmi tetap tersenyum puas kerana diberi peluang utk menerima Anugerah Cemerlang (walaupun bukan utk dirinya)...