RUMAH SEWA SEMENTARA KAMI - FIRSTHOME
Mula-mula sampai Jubail kami menetap di bilik sewa di FirstHome. Ada sebuah bilik, sebuah bilik air, dapur dan ruang tamu.... hehe... comel je...
Setelah dah masuk bilik dan angkat barang semua ke bilik, Baba terus keluar semula dibawa oleh pemandu teksi tadi untuk mendapatkan kereta sewa.
Setelah kami mandi dan berehat2 Baba pun balik dengan membawa makanan iaitu nasi arab... wah.. .. lapar...
pastu tido time... semua orang sambung tido... pastu tido lagi... dan tido... dan tidooo...
Bersebelahan dengan bangunan First Home ada sebuah kawasan tanah lapang di mana setiap petang akan ada bbrp kumpulan orang bermain kriket dan bola sepak di kawasan itu. Maka kalau boring2 kami akan menonton mereka bermain kriket melalui satu2nya tingkap yang ada di bilik kami. hehehe...