Thursday, September 17, 2009

AKTIVITI BUDAK HABIS UPSR

Maka inilah dia aktiviti budak yang baru saja habis UPSR... main game PS2 sahaja... takdak kije lain... kalau ada kije lain pun dia takmau buat... dia masih nak buat kije ni jugak....

Haritu saya dah bungkus balik PS2 ni dan tak benarkan dia main sbb bila main dia tak hingat dunia... satu lagi sbbnya ialah bila dia main, dia akan mengganggu ketenteraman awam especially ketenteraman Hilmi yang sudah merengek2 mintak kebenaran utk main sama... mana bulehhhh... abiss peksa akhir tahun nanti baru buleh Hilmi main.... akan tetapi oleh kerana tidak tahan akan godaan dibulan puasa ini yang amat tidak tertanggung olehnya, Hilmi akan curi2 juga main semasa ketiadaan kami disitu... memang nak kena budak nih... dia ingat kita tak tau agaknya... Abang Aniq pun satu... kita dah simpan, dia pegi keluarkan balik benda nih... mana tak adik Hilmi dia tak tahan nak main sama....