Yang ni henpon sapa pulak nih?.... begini ceritanya.... selepas Aniq menerima henponnya, tiba2 kami perasan yang ada yang tak kena dengan Hilmi.... macam orang sakit perut aje lagaknya... masam mencuka aje wajahnya.... puas ditanya apa yang tak kena tapi dia masih tidak menjawab... selepas keluar dari Low Yat kami pun terus berangkat pulang ke JB.... dalam perjalanan pulang Baba decide utk singgah di Putrajaya utk makan tengahari dan solat disitu... maka kami pun singgah di Alamanda Putrajaya.... disitu keadaan Hilmi kami lihat semakin teruk dan membimbangkan.... mulutnya muncung sedepa dan telah mengingatkan kami akan paruh burung Enggang yang besar itu.... setelah disiasat maka kami mendapat tahu akan punca perubahan yang drastik terhadap Hilmi itu.... puncanya tak lain dan tak bukan kerana dia tidak berpuashati kerana Abang Aniq mendapat henpon sedangkan dia tidak.... kami cuba memujuk dan Hilmi sedia menerima penjelasan dan alasan yang kami berikan... akan tetapi dia masih tidak berjaya untuk menghilangkan paruhnya itu....
Setelah makan tengahari kami berjalan2 disekitar kedai2 yang terdpt disitu dan tiba2 kami terlihat kedai 'Sony Ericson' kat situ... kami decide nak masuk utk saje2 tengok dan membandingkan harga henpon Aniq disitu dgn di Low Yat.... tapi tak kelihatan pulak model yang Aniq beli tu.... tiba2 seorang sales person disitu mempromosikan sebuah henpon basic dengan harga RM199.... ada radio, camera, torchlight, boleh tengok YouTube dan bbrp function lain yg basic2 lagi... kami pura2 tanya Hilmi samada dia nak beli tak henpon tu? Tiba2 dia tersengih2 dan wajahnya yang dari tadi macam ayam berak kapur terus berubah dgn serta merta... tak sampai hatinya kami..... akhirnya henpon tu menjadi milik Hilmi juga... hatinya yang dari tadi membengkak akhirnya dapat pulih juga dan dia tidak berdaya utk berhenti sengih hingga ke telinga.... maka syarat2 pengunaan henpon juga telah ditetapkan utk Hilmi sama seperti syarat2 yg telah ditetapkan utk Abang Aniqnya.... sekiranya syarat2 dilanggar maka henpon mereka akan dirampas...
Malam itu kami sampai di JB dalam pukul 9.00 malam gitu.... tiba2 Aniq tanya sempat lagi ke nak beli simcard.... haiiii.... satu hal lah pulak nak pegi beli nombor pulak.... maka sebelum sampai rumah, Baba pun singgah di Giant Extra... kami pun pergi le beli nombor kat situ sementara Baba tunggu dlm kereta sbb Nurin masih tidur... Aniq memilih utk memiliki nombor Celcom, begitu juga dgn Hilmi.... maka saya pun belikanlah pek Celcom Blue RM10 sorang satu...
Malam itu mereka tidur dengan tenang dan aman damai sambil tersenyum2.... entah apalah yang dimimpikan....