Friday, September 9, 2011

TAKBIR MALAM RAYA

Setelah malam raya tiba, kami pun busy le memasak utk juadah raya esok harinya.... tapi malam tu juga ada acara bertakbir dari rumah ke rumah.... kami pun bersiap siagalah dengan 2 jug air teh dan juga kuih muih buat hidangan untuk tetamu yang datang untuk bertakbir....

Nurul sedang setia menunggu kedatangan tetamu .....


Maka lampu warna-warni pun dipasang untuk menambah kemeriahan suasana....
Tidak lupa juga dengan lampu lip-lap..... telah kami pasang juga...


Antara juadah yang dihidangkan..... tapi bila tetamu tiba, kuih yang penuh sepinggan telah tinggal separuh pinggan sahaja akibat di kidnap oleh Nurin yang amat gemarkan kuih cheese tart ini...

Kek yang baru dibakar ini juga dipotong untuk hidangan tetamu...



Kuih2 raya yang telah siap diisi ke dalam balang kuih....


Sambil menunggu giliran rumah kami tiba kami menonton le cerita2 di peti TV yang ditayangkan khas pada malam raya itu..... akhirnya tiba juga rombongan penduduk yang datang untuk bertakbir ke rumah kami.... dalam pada itu sempat juga saya terlelap 2 - 3 round depan TV tu sbb lama sangat menunggu....


Setelah selesai.... B.Chah dan A. Zul pun memulakan aktiviti memasak nasi beryani.... akan tetapi saya tak dapat menolong kerana terlalu mengantuk... maka masuk beradu le saya dalam bilik sampai esok pagi.... zzzzzzzzzzz....