Friday, June 25, 2010

MISI MENCARI RUMAH PENGANTIN DI PARIT RAMBAI

Hujung minggu lepas kami pergi ke majlis perkahwinan sepupu Baba lagi sekali, tapi kali ni belah lelaki pulak.... belah pompuannya kat Kolumpo haritu... belah lelakinya di Parit Rambai, Pontian... kami takdak alamat rumah pengantin dan kami jugak takdak GPS... yang kami tau rumahnya di Parit Rambai... main redah je ni...so berhenti sana sini tanya orang... sib baik jumpa... kalau tak jumpa.... naya..

Rombongan pengantin perempuannya datang menaiki bas dari Kuala Lumpur... maka kami hanya berjumpa di majlis tu sahaja...

Mercu tanda bandar Pontian.... nenas le... apa lagi...
Pengantin dah sampai... diiringi dengan paluan kompang.......

Persembahan 'Silat Pulut' atau 'Silat Pengantin'...

Dah naik pelamin...

Masa ni cuaca sangat panas... bahang yang amat...
Bakal cikgu nih...

Pengantin lelaki anak ustaz tau...
Nurul bersama 'Opah Yang' yang sama2 mengikuti rombongan dari K.L ....
Hari panas... budak2 ni apa lagi... kejap2 pegi amek air minum... Nurin dah tido dah....

Kek pengantin... nak cair dah bunga dia sebab cuaca panas...