Thursday, June 17, 2010

MISI PERGI JUMPA OPAH

Hujung minggu pertama cuti sekolah kami sekeluarga pergi ke Melaka kerana ingin berjumpa dengan Opah yang kebetulan pada minggu itu Opah dan MakSu ingin menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat MakSu di Melaka. Maka Baba mengambil kesempatan itu untuk berjumpa dengan Opah.... maka bermulalah misi Berjumpa Dengan Opah....

Sempadan Negeri Melaka.... ada replika beca disitu...

Beca lagi... kami bermalam di sebuah hotel di Melaka kerana pada mulanya kami ingatkan Opah dan Maksu ingin bermalam di Melaka juga, rupa2nya mereka balik pada hari itu juga. Untuk tidak mengeciwakan budak2 nih kami pun stay satu malam di Melaka...


Keesokan harinya kami balik semula ke JB.... sebelum tu Baba bawak mereka ronda-ronda dulu di Melaka...

Kami pun singgah di 'Melaka Planetarium' setelah mendapat request daripada Hilmi...

'Saya nak terbang ke angkasa', kata Hilmi... takde lah, dia menggeliat jer masa nih..

Cuaca di Melaka pada waktu ni tersangatlah panasnya sehingga menggigit2 kulit rasanya...

Kat dalam tak buleh amek gambor.... so amek gambar kat luar jer lah...
Nurin pun tak sabar2 nak keluar dari sini sebab dia takut dengan keadaan di dalam planetarium ni yang sangat gelap... semasa menonton tayangan gambar 3D yang screen melengkung atas ceiling tu pun dia teramat takut sekali, dengan gelapnya, dengan sound effect yang sgt kuat lagi... sampai tercekik kita dibuatnya bila dia peluk kuat2.... last2 saya dan Nurin pun tidur jer lah sepanjang tayangan gambar tu memandangkan position kerusi dia pun dalam keadaan berbaring... dia suruh baring kita tidur teruslah...