Friday, June 25, 2010

MISI KE MAJLIS KAWEN DI KOLUMPO

Musim cuti sekolah memang musim orang kawen kan... kami juga tak ketinggalan juga memenuhi permintaan jemputan kawen iaitu majlis perkahwinan sepupu Baba di Kolumpo. Sebelum ke majlis kawen di Kolumpo tu kami dengan Opah dan ahli keluarga yang lain mempunyai misi sampingan iaitu bermalam di Legend International Water Homes di Port Dickson. Mula2 tempat ni dah penuh tapi last minute MakSu Perak mendapat call bahawa ada last minute cancellation... so dapat le kami bermalam disini...


Cantik sungguh biliknya... dalam setiap unit ada kolam mandi...

Puas le budak2 ni mandi... tak hengat dunia...

Bangun pagi je terus masuk kolam...
Abg Syahmi berenang kuak dada...

Kakak Nurul tak puas2 main air...
Dari awal dia duduk sini....

Sampai akhir dia masih disini juga... rambut pun tak basah.... tak berani masuk air...

Adik Syakir yang cedera matanya tak berapa berani juga untuk masuk ke dalam air... hanya memerhati dari jauh...

Abang Hilmi buat apa tuh???

Dalam bilik ada lantai kaca untuk melihat laut di bawah unit bilik kami.. masa ni air surut... tu yang nampak pasir je...

Pagi2 lagi Opah dah bangun untuk 'mencucuk' bunga Halwa yang Opah buat sendiri untuk dibawa ke majlis perkahwinan di Kolumpo nanti...

Bunga Halwa Opah setelah berada di meja pengantin...


Nurul setelah dipaksa untuk bergambar... ehehe...