Thursday, June 17, 2010

SHEEYA KOKLEK UJUK....

"Nak sheeya koklek ujuk.... nak sheeya koklek ujuk...", minta si Nurin. Maka setelah diberikan apa yang dipintanya itu barulah dia diam dan berbaring sambil melayan perasaannya itu.... Tangan disebelah tidak henti2 menggentel hujung bantalnya...
Ya tuan-tuan dan puan-puan sekelian, marilah kita belajar bahasa Nurin 101 iaitu "Sheeya koklek ujuk" membawa maksud "Susu cokelat sejuk". Kalau dalam bahasa Aniq 101 dahulu "ngong-ngong" membawa maksud "susu". Maka sekiranya Aniq berkata "Nak ngong-ngong... nak ngong-ngong....", hah, cepat-cepatlah pegi buat susu untuk dia... Saya pun tak tau mana diorang belajar bahasa nih.. saya tak ajar pun... bukan salah ibu mengandung ye....