Tuesday, June 15, 2010

HAIWAN BELAKANG RUMAH

Sesetengah orang suka bela ayam dalam reban kat belakang rumah mereka. Kami pula tak bela pun, tapi haiwan2 ni memang datang sendiri duduk kat belakang rumah kami... kadang2 kat depan rumah pun ada... kebetulan neighbour belakang rumah kami tu suka menabur lebihan nasi2 atau makanan2 lain ke atas jalan kat belakang rumah kami tu... maka akan datanglah haiwan2 ni untuk memakan nasi2 yang ditabur tersebut...

Amat leka sekali mereka memakan lebihan makanan2 tersebut.... Nurin pun amat leka memerhatikan mereka dari tingkap dapur kami itu...

Memang banyak sungguh burung2 merpati ni datang...

Sekejap lagi burung2 gagak pula yang datang menghalau mereka pergi lalu men'take-over' makanan2 itu...
Bukan sahaja burung2 yang datang, malah haiwan2 berekor panjang ini pun keluar bersama untuk menikmati lebihan makanan tersebut...

Mereka ini lebih berhati2 sikit.... mereka datang bila burung2 gagak yang garang itu membelakangkan mereka.... bila Gagak datang nak patuk mereka, diorang pun lari dan sembunyi main acah2 dgn si Gagak....
Kalau dgn burung merpati diorang berani sikit sebab burung merpati tu suka share2... dia tak marah pun kalau tikus2 ni keluar... kalau Gagak tu semua dia nak halau... sesama dia pun bergaduh rebut makanan....

Eee... manalah tak kotor belakang rumah kami tu.... kadang2 sampah diorang main campak aje, dgn tak masuk plastik sampah, kadang kalau ada plastik pun diorang tak ikat. Pastu anjing2 pun datang selongkar sampah2 tu sampailah berterabur atas jalan.... kita nak tegur tak berani ... nanti jadi gaduh pulak.... sabar je le... dah tak kuasa gitu...