Sunday, May 30, 2010

KARANGAN BAHASA MELAYU

Pada suatu malam yang indah, Hilmi nampaknya masih lagi terkial-kial untuk menyiapkan kerja rumahnya iaitu karangan Bahasa Melayu. Memang lazimnya Hilmi akan menyiapkan homeworknya hanya pada hari Ahad malam Isnin iaitu hari yang esoknya akan bermula hari persekolahan... maka oleh kerana Hilmi sedikit lemah dalam subjek ini maka dia pun meminta pertolongan saya (yang memang lemah bab2 membuat karangan ini) untuk membantunya.... adoihh... leceh... memang saya tak gemar buat karangan nih sejak dari tadika lagi... tapi memandangkan dah tugas saya yang kena tolong dia (sapa lagi nak tolong... ) maka saya pun cubalah pahamkan soalannya...

Tajuk karangan sangat simple iaitu 'Buah-buahan Tempatan'. Masa tu Hilmi telah cuba membuat introductionnya tapi lepas tu dia buntu untuk meneruskan karangannya... bila saya baca je intro dia saya pun 'terkesima'... (perkataan 'terkesima' tu sampai sekarang saya tak tau apa maksud dia tapi banyak sekali digunakan dalam cerpen2 melayu, kes malas nak rujuk Kamus Dewan Bahasa yang sangat berat itu)... dipersilakanlah baca karangannya itu di bawah ini....

Kalau tak dapat baca tulisan dia yang cantik dan kemas itu, biorlah saya taipkan balik :

Buah-buahan Tempatan.

Buah-buahan tempatan adalah buah yang ditanam di Negara Malaysia dan Mungkin telah ditanam di negara lain.

Buah yang saya hendak cerita adalah buah pisang. Cara untuk menanam pokok pisang adalah menanam bijinya di tanah. Warna buah pisang adalah warna kuning dan isinya berwana....

??????????????? hmmmmm......

Memang saya tau yang sesetengah pisang memang ada biji hitam yang besar2 tu yang kadang2 memang irritating sikit bila tergigit sebab rasa dia pahit. Tapi buleh tanam ke biji2 tu? ... Anak2 pokok pisang tu tumbuh dari apa ek?... bila dah tebang pokok pisang tu pun dia still keluarkan anak even though kita dah amek pisangnya kan... so.... buleh ke kita tanam biji dia tu??? Buleh kot... Sapa penah try????