Saturday, May 1, 2010

BUDAK KEMARUK NENGOK BOLA

Sejak bermula dari tahun lepas Aniq telah develop a love for sukan bola sepak nih... habih dah dia hapal nama2 players, nama2 team, nama2 manager, nama2 referee, nama2 linesmen, nama2 tukang pass botol air ke players, nama2 stadium yang diorang main, stadium capacity boleh muat berapa orang, stadium design bulat ke lonjong, nama bandar kat mana stadium tu, kaler baju home and away, goal score punya statistic, dan lain2 benda yang tak masuk peksa pun habih dia hapal...
Setiap hari dalam kereta semasa hantar atau ambil dia dari sekolah mesti dia bercerita sikit pasal perkara2 yang berkaitan dengan bola sepak ni... saya yang tak berapa paham tentang bola sepak terpaksa berlakon macam paham jek.... kadang2 tu dia tanya kita soalan2 yang tak terjangkau dek kepala kita nak memikirkan jawapannya tapi still saya maintain macam pandai jer... paling tak tahan sekali bila dia tanya pasal design stadium bola sepak kenapa bulat, kenapa lonjong. mana lebih praktikal, mana lebih muat banyak bangku, dah lah kita tengah concentrate nak driving... nak kena perah otak pikirkan jawapannya pulak... so.. kena maintain cool aje lah... jangan gelabah... kalau dah tak tau sangat nak jawap apa, jawap je "okay, nanti kita google kat internet ye"...
Masa ni tengah nengok Manchester United lawan team mana ntah... bila MU score goal, member siap tadah tangan pastu sapu kat muka gitu... dia ingat orang tak perasan dia buat gitu... masa dulu MU kalah member siap kesat air mata.... bila kita tanya MU menang ke kalah dia diam je langsung tak jawap... punyalaaah...