Tapi tahun ni tiada acara perarakan... so kurang meriah le... tapi yang penting ada acara makan dalam talam yang ditunggu2 oleh Aniq dan Hilmi tuu... Nurul tak pernah lagi rasa makan ramai2 dalam talam... so this will be her first experience...
Ya Allah, sinarilah hatiku dengan sinaran cahaya petunjukmu, sebagaimana Engkau menyinari bumi ini dengan cahaya matahariMu selama-lamanya.
Saturday, May 1, 2010
SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEK. AGAMA
Hari ini sekolah agama Aniq, Hilmi dan Nurul telah mengadakan sambutan Maulidul Rasul.... so mereka kena pergi sekolah pukul 7.00 pagi dengan memakai baju raya dan kasut raya dan tudung raya... Oleh kerana kami memang tak pernah beli kasut raya (cuma beli selipar raya jer) jadi ada sedikit kekecohanlah yang berlaku pagi tadi... kasut2 lama terpaksa dibongkar kembali untuk menentukan mana satu yang masih muat.... kasut2 'hand-me-downs' pun dikeluarkan semuanya untuk di try oleh mereka... akhirnya diorang pakai kasut sekolah je sebab itu je yang kaki mereka muat pakai...