Hujung minggu lepas kami decide tak nak jogging but instead kami pegi practice main bola. jenuh jugak cari padang yang sesuai tapi tak jumpa.... kat kebun bunga istana rasanya tak boleh main bola.. pergi ke padang seri gelam, katanya kena mintak kebenaran bertulis dahulu... last2 kami head ke taman merdeka...
Kat sini pun actually takde tempat yang sesuai untuk main bola tapi at least dia tak tulis kat papan tanda tak boleh main bola kat situ... so coach diorang pun memulakan sessi latihan...
Kat situ ada la space lapang sikit untuk budak2 ni berlari2 .... setakat practice passing2 bola tu buleh lerr....
Aniq in action... lari pun macam ghuper berjalan jer... camana nak main liga ni ...
Budak ni pun nak menendang bola jugak... kalau dia tak dapat bola dia merajuk lerrr....
Abang pun kasi can le... pass bola kat dia... fuh dia tendang kalah abang... ada skill gitu...
Yang bahayanya kat sini kalau bola terbabas terus masuk dalam tasik kat belakang Nurin tu... haritu pun bola yang ditendang oleh Aniq tak berjaya ditahan oleh Hilmi sudah masuk itu tasik... panik kitorang kejap... ingatkan bola tu nak tenggelam ke dasar tasik ke apa... rupanya dia float... nasib baik ada ranting kayu yang panjang kat situ... so kami kait je le bola tu pakai ranting pokok tu.... nasib baik juga berjaya... sessi latihan pun disambung semula... tapi sebelum tu riuh le Aniq dan Hilmi bergaduh menyalahkan masing2 yang menyebabkan bola masuk ke dalam tasik... "Abang Aniq punya pasal lah ni... siapa suruh tendang kuat2".... "Hilmilah punya pasal, siapa suruh tak kejor bola tu???..." it goes on and on and on lah....
Kakak Nurul yang sentiasa ceria....
Kat sini ada jugak orang jogging tapi tak seramai kat istana tu... tapi ramai yang memancing kat tasiknya...
wow... Nurin buat sign apa tu? macam rocker gitu...
Abang Aniq yang cukup bersemangat untuk main bola....
Kat tasik tu banyak sangat bunga teratai ni... geram nengok nyer... besor2 pulak tuh... layan ler gambor2nya...