Tuesday, June 15, 2010

SAMBUTAN HARI LAHIR SEPANJANG BULAN JUN

Ramai ahli keluarga kami menyambut hari lahir dalam bulan Jun. Bermula dengan Maktok yang menyambut hari lahir pada 31 Mei, kemudian Nurin pada 2 Jun, saya pada 3 Jun, Amira pada 9 Jun dan Adzman pada 18 Jun ini. Tak lupa juga PakTeh Perak (Piee) dan Ayah Alang (Epol) yang akan menyambut hari lahir hujung bulan Jun ini (lupa pulak tarikhnya 24 Jun? 25 Jun? atau 26 Jun? kena check balik nih).... Happy Birthday everyboddy!!!!

Pada hari lahir Nurin kami tak sempat menyambutnya kerana 'birthday girl' siang2 dah tidur dengan memakai baju hadiah dari MakLong (timakasih MakLong).... terpaksalah kami menyimpan kek harijadi dia dalam esbok.... tak jadi nak potong dan tiup2 lilin...

So... oleh kerana Nurin tidur awal maka pagi2 lagi dia dah bangun.... dan terus tanya mana kek harijadi dia?... kenapa tak makan?.... bila kami kata yang kek dia dah habis kami makan, teruslah dia menangis dan merajuk.... huhuhu... memang kami suka sakat dia...

Tak sampai hati nengok dia menangis, saya pun keluarkanlah kek harijadi dia dari esbok dan menyaksikan wajahnya bertukar dari menangis kepada wajah tersengih2.... dan terpaksalah kami potong kek itu jam jugak... masa ni dia belum mandi lagi, gosok gigi pun tak... kakak Nurul dan abang Hilmi pun dah pegi sekolah masa ni... cuma ada Abang Aniq dgn Baba jer... maktok pun tidur lagi masa tu...
Maka lilin pun dipasang untuk ditiup oleh Nurin dan dia sendiri yang menyanyi lagu Happy Birthday untuk dirinya sendiri memandangkan kami nyanyi pun nak tak nak aje... kesian..... actually kami cadang nak sambut birthday sama2 iaitu Maktok, Nurin dan saya, tu pasal kek tu tulih nama kami....
Maka makanlah dia kek harijadinya dengan sepuas hatinya... masa ni pukul 7.00 pagi lagi nih... pagi2 dah makan kek... lantak le asal bahagia....


Wah! Bahagianya dia....


Selang beberapa hari MakLong pula membawa sebiji kek lagi kerumah Maktok untuk menyambut harijadi Amira yang ke 16.

Canggih kek MakLong bawak ni, dalam dia ada pisang lagi...
Memandangkan Kakak Mira malu2 nak tiup kek maka budak berdua ni lah yang sebok meniup lilin tuh...

Kenapa Nurin dgn kakak Mira saling pandang memandang tuh? Makteh pula terpaksa menyerkup kepala Kakak Atiqah dengan tudungnya demi menjaga aurat kakak Tiqah... hehe..
Nurin menayang hadiah harijadinya... meynan le... apa lagi... pastu bersepah le rumah Maktok dengan meynan budak2 nih...

Maktok pula dapat hadiah sebuah kotak with 'oriental' design on it dpd MakLong....

Ada corak bunga Sakura... cantik kan...


Maka Maktok meletakkan kotak itu di suatu sudut di atas lemari hiasan dia...