Thursday, January 15, 2009

HALWA OPAH

Opahnye ni memang sesangatlah rajin buat halwa betik...pantang ada anak2 sedara or cucu2 sedara dia nak buat kerja kawin pasti dan gerenti dia akan buatkan gubahan bunga halwa betiknya....macam2 bentuk gubahan dia akan buatkan untuk hiasan kepala meja pengantin...

Ghupe-ghupenya nak buat halwa betik ni bukanlah kerja sonang especially proses nak mengeringkan dan membentuk kelopak2 bunga tuh... susah yang amat... projek membuat bunga halwa ni memang amat tidak sesuai bagi orang2 yang tahap kesabarannya begitu rendah sekali dan tahap kerajinannya pun dibawah paras 0 darjah celcius macam saya nih ...

Maka inilah antara gambar2 halwa betik Opah yang sempat dirakam oleh Aniq semasa majlis perkahwinan cucu2 sedara Opah (tak taulah kenapa blur...agaknya ketaq tangan Aniq nak amek gambar depan pengantin kot)

Gubahan yang ni untuk cucu sedaranya yang lain pula...

Cantik kan!!!! Rasanya pun sedap dan memang amat sesuai untuk orang2 yang suka manis seperti saya ni... tapi tetamu2 di majlis kahwin tu selalu takut nak makan sebab rupa dia cantik dan diorang ingat untuk perhiasan saja....